CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Renungan pagi

Ada satu sesi tazkirah pagi di radio yang kebetulan saya dapat fokus mendengarnya. Kebetulan waktu itu tengah relax... breakfast belum lagi dan kerja rumah pun belum stat buat lagi. Semoga ilmu yang disampaikan ustaz di pagi itu dapat kita kongsikan bersama..

Isi tazkirah:
Syukurlah kerana masih diberikan nikmat, diberi kembali nafas, diangkat sebentar nyawa kita setelah di matikan pada malam tadi. Pagi ini kita kembali boleh keluar bekerja, keluar menuntut ilmu dan sebagainya.
Syukurlah kerana dihiaskan kehidupan dengan rumah tempat untuk berteduh, diberi nikmat punya kenderaan serta berbagai nikmat lain seperti rumahtangga dan kasih sayang. Nikmat yang paling agung ialah nikmat Iman dan Islam maka zahirkanlah rasa syukur kita ke hadrat Allah swt.

Bersyukurlah kerana kesyukuran ini akan mendorong kita untuk lebih hampir pada Allah. Cara untuk kita lebih hampir kepada Allah ialah kenalah tingkatkan amal. Semoga amal kita hari ini lebih baik dari kelmarin.

Ibadah datang dari Allah. Oleh itu kena buat ibadah mengikut syarat.
Contohnya di dalam ibadah solat, syarat sah solat ialah:

  1. perlu dilakukan dalam waktunya(tidak sah solat kalau belum waktu/diluar waktu)
  2. perlu seseorang itu suci terlebih dahulu. Kalau berhadas besar kena mandi wajib dulu. Allah tidak akan menerima sembahyang tanpa bersuci dari hadas kecil dan besar.
  3. seseorang yang sembahyang perlu dirinya, tempat sembahyang dan pakaiannya suci.
  4. perlu menutup aurat.
  5. perlu mengadap kiblat. Palingkan wajahmu ke arah Masjidil Haram.

Kelima2 syarat itu adalah perkara yang perlu dipelihara sebelum melangkah untuk solat. Syarat yang betul digabungkan dengan rukun yang betul digabungkan dengan kusyuk ketika solat akan hasilkan solat yang sempurna.

Sebagai kesimpulannya solat hendaklah dijaga kerana solat itu merupakan tiang agama. Barangsiapa yang kusyuk dan menjaga tertib2nya serta keperibadian dalam solat akan mewujudkan solat yang sempurna. Ingatlah bahawa urusan sembahyang adalah perkara yang pertama akan ditanya oleh Allah swt di akhirat kelak.

Wallahu'alam.


FZ Frozen Food


Alahai...penatnya.. hari ni lelah dan penat sekali rasanya. Apa tidaknya, sejak dari minggu lepas lagi tak berhenti uli tepung untuk siapkan tempahan bagi FZfrozen food kami. Alhamdulillah lepas cuti sekolah penggal ke2 tempohari ada saja order yang datang dari kawan2 maupun jiran di kawasan perumahan kami. Semalam saya struggle buat karipap...syukurlah dapat siapkan 19 pek sebab intinya dah siap sehari lebih awal. Kena siapkan semalam sebab stok karipap sudah habis sedangkan Mr Liew rumah depan order 6 pek karipap dan 4 pek donat, katanya hendak sebelum pukul 6 petang. Dulu kelmarin dah hantar 2 biji chocolate cake ke rumahnya, tak pasti dia order untuk makan anak beranak atau hendak bagi orang. Camana pun janji semuanya siap...mission accomplished! Syukur lah.. FZfrozen Food ini actually bermula operasi jualannya sejak awal tahun ini. Dalam cuti sekolah bulan 12 hari tu, dah mula buat sikit2 dengan bantuan anak-anak yang semuanya ada di rumah. Amir dan Shilah tolong uli donat dan pau, manakala kakak jadi background helper. Saya katakan background helper sebab anak saya yang seorang ini tak berapa minat sangat dalam kerja2 buat kueh (yang leceh2 ni..haha) so dia just tolong cuci pinggan mangkuk dan bantu dalam masak2 for lunch and dinner saja.

Untuk menjadikan impian menjadi realiti saya dan suami decide untuk cari freezer yang sesuai untuk memuatkan frozen food kami. Jadi, ada satu weekend tu kami spend masa round cari freezer yang kalau ikutkan saya mahu yang besar tetapi dengan harga murah. Selepas balik dari kenduri di rumah kak Aini di Taman Koperasi Polis, saya terus ajak suami survey freezer di Taman Sri Gombak. Ada yang berkenan di hati, tapi setelah tawar menawar masih juga tidak dapat harga yang berpatutan, kami lansung decide nak survey harga model yang sama di Rawang on the way back home. Alhamdulillah di sana akhirnya tercapai juga hajat untuk mendapatkan freezer tersebut yang panjangnya 3' dengan 'harga patut' (menurut kata 'Paul' tuanpunya kedai) iaitu rm1030.

Dipendekkan cerita maka terlaksanalah perjalanan operasi FZfrozen food dengan adanya petiais sejukbeku yang boleh memuatkan lebih 200 pek produk kami itu. Maka bermulalah episod saya berteman dengan tepung hampir setiap hari untuk menghasilkan donat, roti goreng (inti kacang merah), karipap, pau kacang merah, pau kaya dan pau kelapa. Waktu memulakan kerja2 menguli tepung biasanya bergantung kepada mood saya, kadangkala saya mulakan pagi2 lagi kadang selepas Shilah (anak yang ke 3) pergi ke sekolah jam 12 tengahari. Dalam sehari biasanya saya dapat siapkan 8 hingga 12 pek frozen food jika lapang atau waktu di mana saya tidak terkejar2 untuk siapkan kerja rumah yang lain.

Itulah business saya buat masa ini. Kerja ini sebenarnya memerlukan stamina yang kuat dan mood yang baik sebab semuanya dibuat secara manual. Tidak ada mesin penguli yang membantu dan saya juga tidak meggaji pekerja. Semuanya dibuat sendiri dan kalau kebetulan anak2 ada di rumah mereka saja lah yang menolong sedikit sebanyak.

Namun saya merasa happy dengan bisnes ini kerana ianya mendapat sambutan yang agak baik dari kawan2 maupun jiran-jiran. Pagi tadi alhamdulillah ada incoming call order 30 pek donat dan 10 pek roti goreng dari seorang regular customer yang kedainya beroperasi di Selayang. Semoga rezeki dari usaha ini mendapat keberkatan dari Allah swt...Alhamdulillah syukur...

Orkid Kesayangan


Orkid memang menjadi kesayangan saya. Saya sukakan orkid sejak dulu dan admire melihat berbagai jenis spesis orkid yang cantik dan menawan. Kecantikannya begitu menyerlah dan unik. Setiap kali melihatnya hati turut berbunga. Setiap kali memandangnya memberi suatu kepuasan yang sukar digambarkan. Hanya mereka yang meminati orkid terutama yang membela dan merawatnya akan dapat merasakan apa yang saya rasa ini.

Hobi ini sebenarnya bermula semenjak saya tinggal di rumah sewa 18 tahun dulu lagi. Kalau tak silap saya sehingga kini sudah ada 118 pokok orkid pelbagai spesis yang telah dapat dikumpul. Di sini saya paparkan beberapa snapshot orkid belaan saya istimewa untuk tatapan semua.


Di masa terluang biasanya saya keluar membelek, melihat kalau-kalau ada siput atau serangga perosak, membuang daun-daun orkid yang kering dan juga mencabut rumput liar yang tumbuh di dalam/sekitar pasu.

Kebanyakan orkid di rumah kami telah
matured, jadi tidaklah memerlukan penjagaan yang teliti berbanding ketika masih 'baby'. Waktu mula mengumpul orkid dulu, setiapkali turun KL saya biasanya mengajak suami singgah ke Taman Orkid di Lake Garden untuk mencari spesis yang belum ada. Kami juga tidak melepaskan peluang berkunjung ke mana-mana pameran/Pesta Orkid Antarabangsa yang sering diadakan setiap tahun untuk melihat spesis-spesis yang unik dari dalam dan luar negara.
Saya lebih suka membeli cutting/anak/baby nya sahaja dari membeli yang sudah bloom kerana lebih merasa keseronokan jika menanamnya dari mula dan seterusnya melihat ia bloom hasil penjagaan tangan sendiri. Dari segi harga pula membeli baby/cutting lebih menjimatkan terutamanya untuk spesis butterfly contohnya, jika dibeli pokok yang sudah matured harganya lebih rm25 setiap satu pasu berbanding hanya membeli baby butterly yang berharga sekitar rm3.50 - rm5.

Jadi dengan kos yang tak begitu membebankan ini, dapat lah saya mengumpul spesis-spesis orkid yang berlainan jenis dan warna yang ternyata mempunyai berbagai jenis nama yang pelik dan sukar diingat. Namun di antara spesis yang di tanam, yang paling saya minati sekali ialah spesis hutan yang mana setiap kali berbunga akan mengeluarkan bau yang wangi dan harum.


Seorang kawan saya satu waktu dulu ada menceritakan yang emak saudaranya di kampung membaja orkid hanya dengan menggunakan kerang yang dibeli di pasar. So saya apa lagi, 2 bulan sekali tidak lupa membeli 2kg kerang untuk dijadikan baja orkid saya. Setiap pasu saya letakkan 2 atau 3 biji kerang mentah bergantung kepada saiz pasu.

Cuma masalahnya, jika kita menggunakan kerang sebagai baja, ia akan mengundang bau yang kurang menyenangkan untuk beberapa hari. Jadi sebelum 'membaja dengan kerang' awal-awal lagi saya mengingatkan suami dan anak2 supaya
everybody notice pasal ni dan kenalah tahan baunya setiap kali melintasi pergola dan rumah orkid kami.

Selain dari baja kerang, saya juga sesekali menyiram orkid dengan baja kimia berwarna-warni yang perlu di bancuh dengan air terlebih dahulu. Baja ini sebenarnya perlu di spray pada daun dan batang orkid, tapi saya mengambil langkah menyiram terus pada keseluruhan pokok untuk menjimatkan masa.

Sebulan sekali pula, saya juga ada meletakkan baja organik kambing sebagai penyubur tambahan pokok-pokok orkid saya. Alhamdulillah, hasilnya orkid yang saya tanam dan rawat tumbuh dengan subur dan sentiasa berbunga. Bunga2 ini kadang kala saya petik untuk dijadikan penyeri ruang tamu kami atau sebagai
souvenir buat sahabat yang datang bertandang. Alhamdulillah syukur....