Tahun berlalu silih berganti. Keperluan menuntut ilmu mesti terus dilaksanakan sebelum sampai masanya kita tidak larat lagi memenuhi tuntutan ini. Selalu terngiang-ngiang peringatan tentang perlunya memanafaatkan setiap masa yang ada supaya tidak rugi di kemudian hari. Teringat kata2: "Gunakanlah masa mudamu sebelum tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum sibukmu, masa kaya sebelum miskinmu dan masa hidup sebelum matimu."
Bermula dari hubungan kita dengan Allah, membawa kepada hubungan kita sesama manusia. Mari kita cuba untuk konsisten:
- Solat di awal waktu.
- Sentiasa berada di dalam wudhuk.
- Melatih diri berselawat keatas nabi saw/berzikrullah/membaca surah2 lazim yang pendek di kala memandu ke mana-mana, takkala memasak di dapur atau sedang melakukan gardening di luar rumah.
- Solat Dhuha sekurang-kurangnya 2 rakaat kemudian membaca ayat Seribu Dinar dan surah al-Waqiah selepasnya.
- Berusaha mengaji al-quran setiap hari sekurang-kurangnya 2 m/s setiapkali selepas Solat Zohor dan Asar. Jika lapang selepas Maghrib dapatlah sambung ngaji sementara menunggu masuknya Isyak. Alhamdulillah, penggunaan Musyaf Tajwid beserta terjemahan(terbitan Darul Fikir) begitu membantu, dapat semak terjemahan ayat2 yang dibaca serta cuba memahami maksudnya.
- Sujud syukur setiap kali selepas solat fardhu/sunat.
- Membaca surah al-Mulk selepas solat Isyak.
- Membaca 4 Qul & ayat Kudsi sebelum tidur.
- Kuatkan hati untuk dapat bangun malam - solat tahajjud dan witir.
- Berusaha mempelajari Hadis Rasulallah saw dan cuba mengamalkannya. Boleh gunakan kitab Riyadhus Shalihin(Taman Orang-orang Soleh) oleh Imam Nawawi(terbitan Pustaka Nasional) untuk belajar memahami, merenungkan dan cuba mengamalkan yang termampu hadis2 Nabi saw. Berazam untuk khatam kedua-dua jilid Riyadhus Shalihin selagi hayat masih ada dengan memohon pertolongan Allah swt dalam memberi kefahaman ilmu mengenainya.
- Meluangkan masa membaca Sirah Nabi saw untuk lebih mengenal dan mencintai Rasulallah saw. Buku-buku yang menceritakan perihal sirah Rasulallah saw yang menjadi rujukan ialah Ensiklopedia Sirah oleh Afzalur Rahman (DBP), Sirah Nabawiyyah oleh Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri(YADIM), Sirah Nabawiyyah oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat(Nufair Street) dan Rumahtangga Nabi Muhammad saw oleh HMH Al Hamid Al Husaini(Pustaka Nasional).
- Meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam setiap hari mendengar kuliah/tazkirah dari mana2 majlis ilmu melalui internet yang disampaikan oleh Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Hj Zahazan, Dr Asri(Mufti Perlis), Ustaz Shamsuri dan Ustaz Khairuddin Aman Razali dll.
- Membiasakan telinga mendengar bacaan ayat-ayat suci al-quran takkala sedang melakukan kerja2 rumah /memasak di dapur. Suka bacaan yang disampaikan oleh Syeikh Muhammad Jibril yang bacaannya tidak begitu laju dan senang diikuti(terutama bagi surah-surah dalam Juz Amma).
- Meluangkan masa untuk ikut hadir di majlis ilmu.
- Memperbanyakkan bersedekah.
- Menyebarkan salam.
Semoga dikurniakan Allah kelapangan masa, akal yang sihat serta kesihatan yang baik agar dapat cuba melakukan garis amal tersebut(motivasi khusus buat diri sendiri) secara berterusan. Jangan putus harap pada Allah. Jika sering tak terjaga untuk bangun tahajjud, jangan putus asa. Terus cuba dan cuba lagi sambil memohon pertolongan Allah untuk beri kekuatan pada kita dalam melaksanakannya. Moga dimudahkan urusan....aminn