CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Mohon sihat badan, telinga dan mata

"Mama, zikir ni ada dalam al-Mathurat kan..."

Masa tu baru selesai berkumandang seruan azan di radio Ikim yang kemudiannya disusuli pula dengan zikir tersebut selepas azan.

"Ha'ah betul tuh, mama kadang tambah baca doa tu masa doa lepas solat. Pendek je, senang ingat....", jawab saya mengiyakan kata-kata Shilah yang waktu tu tengah lipat kain.

Alhamdulillah, jadi tak terlupa untuk selitkan doa tu sebab kebelakangan ini.... innalillah...  mata dah rasa tak terang macam dulu dah.... faktor umur barangkali, ohhh... Allah dah tarik sedikit nikmat penglihatan yang selama ini dapat membaca dengan terang di waktu malam. Sebab tu kalau ngaji waktu malam saya hanya memilih surah2 yang biasa dibaca je, jadi takde lah kena perhati dengan teliti sangat huruf2 dan baris bacaan. Contoh, teramat lah tak nampak titik yang membezakan huruf  ي "ya" dan  ب "ba" , begitu juga dengan huruf ف "fa" dan ق "qof"...

Kalau boleh nak cuba elak dari kena pakai spek. Itu yang saya cuba ikhtiar cara lain... contoh makan carrot banyak2... hari2... dalam menu harian asyik boh carrot... bukan sekadar buat lauk je, selalu memaksimumkan penggunaan carrot dengan buat carrot cake dan juga muffin.

Dan yang pastinya satu lagi alternatif terbaik.... dengan cuba amalkan membaca salah-satu doa yang ada dalam
zikir al-Mathurat yang mohon pada Allah agar sihat badan, telinga dan mata itu....



..yang bermaksud:
Ya Allah ya tuhanku, sihatkanlah badanku,
sihatkanlah pendengaranku,
sihatkanlah penglihatanku.

Aminnn, ya Allah kabulkanlah...

Jom sama2 kita amalkan... alhamdulillah kebelakangan ini selalu kedengaran alunan zikir tersebut diputarkan di corong radio Ikim...  :) 

Krisis di MESIR

Krisis yang melanda Mesir semakin mendebarkan hati.  Mohon pada Allah agar anak2 Malaysia yang sekarang SEDANG dan MASIH berada di sana, agar selamat semuanya,  moga dilindungi Allah Taala dari segala bahaya...aminnn.  

Khusus buat beberapa orang rakan anaknda yang saya kenali iaitu Muaz serta semua anak2 yang dari Samt KKB, Arif kawan abang semasa di UIA,  Saifullah abang Farisha, Azuan/Adam dan semua yang lain, moga diberi kekuatan oleh Allah swt dalam menghadapi kesulitan dan ujian di sana. Makcik doakan semua anaknda selamat. Bersabarlah. InsyaAllah, moga nanti akan ada jalan keluarnya... aminn

Boleh ikuti up-date tentang krisis di:
1)Krisis di Mesir, Nasib pelajar kita
2)Pena Maya
3)Arifshah.com

Bukan benci tapi tak kasih...

Alhamdulillah kembali sambung pasal Kuliah Subuh yang dibawa oleh Ustaz Zahidi di Masjid As-Salam dari n3 sebelum ini.


Sedikit pemahaman ilmu dari isi kuliah:

Jangan kita tersilap dalam pengertian tentang Zuhud. Zuhud biarlah kena pada tempatnya. Harus bersandar pada ilmu. Ada orang yang faham zuhud hanya semata-mata benci dunia. Bukan begitu sebenarnya. Benci dunia yang dimaksudkan dalam konteks zuhud ialah di mana hati tidak begitu kasih pada dunia. Bukan tolak dunia tapi tak kasih. Ibaratnya jika hilang nikmat dunia, hati tak rasa apa-apa sebaliknya jika hilang nikmat untuk akhirat, hati akan rasa dukacita.

Contoh dalam pengendalian harta. Harus kita semak macamana cara kita dapatkan harta. Adakah sah jalan serta perlaksanaannya. Mesti pastikan harta yang kita miliki adalah bersumber dari yang halal dan bukan yang haram. Jika betul jalan dan perlaksanaannya maka InsyaAllah nikmat dunia itu akan dikira sebagai ibadah yang menjadi saham untuk nikmat kita di akhirat nanti.

Jangan kita termasuk dalam orang yang melakukan syirik hati. Syirik hati boleh berlaku tanpa kita sedari. Kekadang takut kita akan makhluk melebihi dari takut pada Allah Taala. Contohnya: Sebab nak patuh pada undang2, kita tak pernah lupa untuk pakai topi keledar setiap hari sebab takut kena saman. Kita juga cepat2 hidupkan road-tax bila tamat tempoh... bukan apa, takut nanti polis tahan bila ada road-block.

Dalam mencari rezeki pula, kita tidak meletakkan prioriti pekerjaan sebagai ibadah. Contoh bagi seorang Imam yang hanya mencari nikmat dunia, hanya mengharapkan imbuhan wang hasil dari perlaksanaan jawatannya. Jika nak suruh dia jadi Imam, mesti ada duit. Kalau takde duit, maka takde lah Imam.

Kita jadi taksub pada undang2 dan peraturan dunia sebab di sana jelas imbuhan dan hukumannya. Berbeza dengan ganjaran Syurga serta balasan azab api Neraka di akhirat kelak yang kita tak nampak... itu yang buatkan kita jadi kurang bersegera dalam melakukan amal soleh dan tidak bersungguh2 dalam menjauhi perkara mungkar.

Syirik hati boleh juga terjadi bilamana seseorang itu begitu percaya pada bantuan kuasa lain selain Allah Taala. Contoh: Percaya pada batu aked misalnya... begitu percaya selagi ada batu aked yang jadi tangkalnya, maka akan selamat hidup.*nauzubillah, mohon Allah jauhkan dari kesesatan yang nyata*

Maka, awas dan waspadalah terhadap syirik hati yang mungkin boleh berlaku dalam diri kita tanpa kita sedar.... amat berbahaya pada aqidah kita.

Ilmu dan amal ibarat seperti tanaman dan air. Bila air tak cukup, maka tanaman akan kurus dan kering. Ilmu tanpa amal tiada keberkatan. Bila kita belajar, hasilnya ilmu. Bila berilmu haruslah beramal. Amal itu datang dari keberkatan ilmu yang kita belajar.

Sesiapa yang Allah nak bagi kebaikan, Allah letakkan dia di lorong agama. Allah permudahkan jalan baginya. Contoh: Diletakkan rumah kita di depan masjid/surau supaya kita mudah untuk ke surau. Duit yang ada jadi berkat bilamana sebahagian rezeki kita salurkan pada agama.. bantu fakir miskin, orang yang dilanda musibah dsb... Allah kurniakan panjang umur sebab bila bertambah umur kita jadi bertambah kasih pada agama. Allah bagi kita sihat kerana ada keberkatan pada sihat itu bilamana kita manafaatkan kesihatan untuk perbanyakkan ibadah kepada Allah.

Diriwayatkan ada orang datang pada Imam Hassan Basri di satu ketika lalu berkata, "Tuan, saya ini keras hati, bagaimana caranya untuk atasi masalah ini..." Maka disuruhlah orang itu agar sentiasa duduk di majlis ilmu. Bila belajar kita akan dapat suluh diri kita. InsyaAllah akan jadi lebih baik. Maka kita akan dicontohi oleh orang2 yang dekat dengan kita bila kita jadi lebih baik. Anak2 akan mencontohi, isteri akan mencontohi...

Bila kita duduk dalam majlis ilmu, kita jangan pandang pada ustaz. Maksudnya ustaz mana yang beri ilmu. Tapi pandanglah pada ilmu yang disampaikan. Suluh apa yang diperkatakan.

Bila kita melangkah masuk ke masjid, tinggalkan urusan dunia di luar. Tumpukan perhatian untuk tuntut akhirat di sisi Allah. Memanglah bila kita nak buat ibadah, syaitan akan datang kacau. Walau kita di dalam solat syaitan tetap kacau. Jadi kena usaha atasi kelemahan, pertingkatkan...usahakan untuk kusyuk dalam solat. Cuba hindari gangguan dan perasaan was-was yang datang. Kena yakin dalam ibadah kita.

Syaitan memang tak akan biarkan kita jadi makin baik. Dia akan sentiasa kacau...bila kita ada jiran baik dia kacau... cuba rosakkan silaturrahim. Bila kita ada rumahtangga yang baik dia akan kacau...cuba huru-harakan.

Oleh itu nak buat apa-apa, jangan lupa untuk mohon pada Allah agar kita terselamat dari gangguan syaitan, dengan membaca:

Menghidupkan hati itu ilmu. Mematikan hati itu bebal. Jahil itu mati hati. Jahil itu buta sedangkan berilmu itu dapat melihat... ini halal ini haram, ini boleh dan ini tak boleh. Maka mengaji/menuntut ilmu itu adalah wajib tapi tak wajib untuk kita pandai. Yang bagi pandai pada kita ialah Allah. Maka mintaklah dari Allah agar bagi kita pandai.

Orang yang tinggi di antara kita adalah orang-orang yang bertaqwa. Maka tambahlah ilmu. Sabarlah dalam menuntut ilmu. Memang sulit untuk cari ahli ilmu yang boleh sampaikan ilmu dari hati yang kemudiannya dapat meresap masuk dalam hati kita. Latihlah diri kita agar dapat menerima ilmu, biar dapat menerima kebaikan dan menolak keburukan. Latih diri kita agar dapat ikut sunnah Rasulallah SAW. Dengarkan ilmu, belajar, amalkan kemudian sampai-sampaikan.


Wallahu'alam.