CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Bersihkan Hati dengan Zikir

Meredah hujan kami malam kelmarin menuju ke masjid. Hati saya mahu pun suami teruja untuk duduk di majlis ilmu yang dibawa oleh Ustaz Zahidi... yang dikenali ramai sebagai ustaz yang menyampaikan kuliah dari Kitab Tasawuf - Penawar Bagi Hati.

Terdengar suara ustaz minta semua merujuk pada m/s 64... dalam pada itu helaian kertas yang termuat 5 rangkaian zikir diedarkan buat audion yang hadir.


~ Sebahagian dari isi tazkirah ~

...Banyakkanlah bersyukur dengan pelbagai nikmat Allah termasuk
  • nikmat umur
  • nikmat iman dan Islam
  • nikmat rezeki
  • nikmat sihat tubuh badan
  • nikmat ibadah *yang merupakan anugerah Allah bagi hamba yang dikehendaki-Nya*
Sama2 kita lakukan ibadah, bersihkan hati. Sesiapa yang ada ibadah maka dia akan beroleh kemuliaan di sisi Allah, di dunia apalagi di akhirat.

Amalkanlah zikir... zikir atau wirid adalah ditentukan. Wirid adalah satu benda yang jadi amalan. Ianya harus tetap. Bukan sekejap buat, sekejap tak buat. Jadi tentukan supaya 'tertentu' kita oleh Allah sebagai hamba-Nya. Biar tentu ibadah kita.

Bersihkanlah hati kita dengan zikir yang tetap. Jangan biarkan hati kita mati...
  • Hati dikatakan mati, bila buat dosa tak rasa apa2, tak rasa bersalah. Jadilah hati yang hidup... di mana hati selalu dalam keadaan jaga, kalau buat dosa akan terasa.
  • Dosa itu akan menghambat kita ke Neraka. Jangan lupa pada dosa kita, kalu tersilap makan hak orang atau terambil hak orang, mesti berusaha cari orangnya dan mintak halal.
  • Berdoa pada Allah mesti lah dengan sungguh2... doa kita biar benar2 mengharap pada Allah dan kena yakin Allah terima.
  • Makanan yang masuk dalam badan kita, pastikan bersumber dari yang halal. Bersyukur dengan nikmat makanan yang bukan semua orang dapat menikmati makanan yang enak sepertimana yang kita makan. Muhasabah diri... ramai yang tidak bernasib baik, susah untuk dapat makan... Orang susah bila bangun tidur akan tertanya2..."Apa... nak makan hari ni..." Berbeza dengan orang senang bila bangun tidur akan bertanya, "Nak makan apa pagi ni...sebut je.."

Wallahu'alam.


***Jemput baca n3 Kuliah Subuh yang juga disampaikan oleh Ustaz Zahidi...di SINI


4 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum fzi

sama2 kita berzikir dan mengingati Allah
supaya hati kita bersih

Wassalam

sot said...

Alhamdulillah, sebuah perkongsian ilmu yg baik. Maka sangatlah afdal untuk beramal dgn wirid... ya Fatah, ya Alim, ya Hakim. Untuk mencintai ilmu, mengingati, memahami dan mengamalkan dlm kehidupan.

fzi said...

Wsalam tuan Rozali...
InsyaAllah bersihkan hati dengan zikir.. biar jadi amalan tetap.. aminn

fzi said...

Pa...
Zikir merupakan makanan bagi roh kita, InsyaAllah dapat bersihkan hati... Ustaz pesan sama, rumah kediaman pun perlu dibersihkan dari semua benda/patung yang menyerupai sesuatu. Patung yang cukup sifat contohnya menyerupai katak, burung dll, manusia apatah lagi. InsyaAllah rumah akan bersih dari gangguan benda2 yang tak elok.