CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah kakak dapat UIA


"Ya Allah, jika UIA terbaik bagi-Mu buat anakku Nur Farihin menyambung pengajian, kurniakanlah Ya Allah...., jika itu tidak baik bagi-Mu, kurniakanlah yang lebih baik... Ya Allah"

Sesungguhnya apa yang baik buat kita tidak semestinya baik bagi Allah. Kita sebagai hamba Allah hanya mampu sebut keinginan, selebihnya terserahlah kepada Allah untuk tentukan mana yang lebih baik. Apa jua ketentuan-Nya, harus yakin pasti terselit seribu hikmah di sebaliknya....

Alhamdulillah kakak akhirnya dapat tawaran sambung belajar di UIA dalam jurusan Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan. InsyaAllah selepas tamat pengajian di peringkat asasi selama hampir 2 tahun, dengan izin Allah kakak boleh terus buat pengkhususan dalam bidang akaun sepertimana yang dihajati. Alhamdulillah syukur pada-Mu Allah.... moga mudah jalan kakak selepas ini...aminnn