CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Surah Al-Asr... Demi Masa

Assalamualaikum....

Alhamdulillah tadinya saya berpeluang mengikut suami dan anak bujang ke Surau Al-Faizeen berhampiran rumah kami untuk sesi Kuliah Maghrib. Termenung takkala mendengar isi tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz NurSalam di susuli dengan dua murid beliau iaitu adik Umar Al-Farouk dan adik Fatimah Az-Zahraa. Kedua2 murid ustaz yang didatangkan khas dari seberang itu masing2nya berusia dalam linkungan 10 - 12 tahun tetapi miracle bagi saya bila melihat kefasihan kedua-dua adik ini berbicara... gaya persis seorang dewasa yang begitu fasih dan pintar sekali berpidato...Subhanallah....


Ingin dikongsi sedutan ucapan ustaz yang terus melekat di fikiran....


....sesungguhnya manusia ini terdiri dari 2 golongan iaitu satu golongan yang rugi dan satu lagi yang beruntung. Janganlah kita menjadi orang-orang yang rugi contohnya bilamana kita meletakkan kemewahan dan darjat terus-terusan di hati kita. Tidak ke mana semua itu. Kemewahan kita tidak boleh ikut masuk ke dalam kubur, usai saja kita meninggalkan dunia ini. Kereta mahal yang kita beli tidak mampu mengekor kita selepas kita mati.

Bukan harta dan wang ringgit yang akan dibawa tetapi amal seseorang itu yang akan diambil-kira. Hati yang bersih, itu yang paling utama. Kalau hati kita sakit, seluruh badan kita akan turut menjadi sakit. Sebaliknya kalau hati kita bersih, yang lain-lain akan ikut bersih.

Janganlah kita merasa diri kita sudah penuh tetapi sebenarnya masih kosong...jangan nampak penuh tapi sebenarnya tidak berisi.....


Berusahalah agar kita termasuk dalam golongan orang-orang yang beruntung. Bagaimana untuk menjadi orang yang beruntung itu? Secara asasnya kita tidak perlu memandang terlalu jauh, hanya melihat dan beri penuh pengertian terhadap Surah Al-Asr yang bermaksud Demi masa.... Surah ini mengajak kita memahami erti yang 5 sebelum datangnya yang 5.....

  • masa sihat sebelum sakit
  • masa muda sebelum tua
  • masa kaya sebelum miskin
  • masa lapang sebelum sempit
  • masa hidup sebelum mati
Sering2 lah kita bangun untuk solat Tahajjud. Kerana solat Tahajjud itu penawar segala penyakit. Jika kita menderita oleh sesuatu penyakit, amalkan lah solat Tahajjud 40 malam secara berterusan dan tanpa henti sebagai salah-satu ikhtiar kita. InsyaAllah dengan izin Allah akan sembuh penyakit, itu pun kalau solat baik, mengikut adab2nya dan kita ikhlas semata2 hanya kerana Allah.

Diceritakan ada seorang tua yang usianya 87 tahun datang ke masjid. Badannya masih tegap dan nampak sihat, bunyi suaranya sedap bila mengaji Quran dan mata pula tidak kabur bilamana membaca ayat2 di lembaran al-Quran. Bila ditanya, rupa2nya jarak rumahnya dengan masjid lebih-kurang 1 batu jauhnya. Ditanya lagi. "Datang naik apa?" Maka dijawabnya, "Pakcik sudah biasa jalan2 sendiri, tidak ada masalah, dekat saja..." Dan bila ditanya lagi, "Apa rahsianya pakcik, matanya masih terang dan tidak kabur?" Beliau hanya menjawab, "Ohh pakcik tak tengok TV.... TV itu punca segala maksiat...."

Ohh...
Sama-sama kita renung-renungkan.....InsyaAllah.

Surah Al-‘Asr (سورة العصر) adalah surat ke-103 dari al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah dan terdiri atas 3 ayat. Kata Al 'Ashr bererti waktu/masa dan diambil dari ayat pertama surat ini.
Isi surat mengabarkan bahawa sesungguhnya semua manusia itu berada dalam keadaan kerugian kecuali dia termasuk mereka yang selalu beramal soleh, saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran.

Terjemahan ayat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  1. وَالْعَصْرِ Demi masa.
  2. إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
  3. إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

8 comments:

sot said...

Alhamdulillah kerana mama telah dapat berkongsi ilmu. Jadilah kita golongan orang beriman yang beruntung. Kerana hakikat hidup ini ramai yang hidup dalam kerugian tapi tidak menyedarinya, hinggalah nikmat nyawa telah di tarik.

anis said...

salam kakfzi. berbanyak t.kasih kerana sudi berkongsi ilmu sbb sudah lama sy tidak dgr kuliah sbb susah hendak menangkap butir bicara penceramah yg laju n pekat telonya. selalunya dgr di radio klantanfm ajalah. hehe...

fzi said...

Syukurlah pa...moga Allah tambahkan lagi kefahaman ilmu dalam diri kita...boleh disampaikan2 pula pada kawan2 lainnya...moga ada ganjaran di sisi Allah...aminn

fzi said...

Wsalam...
Sama2 anis.. Alhamdulillah moga ilmu yang dikongsi ada manafaatnya buat kita semua....terutama buat diri akak sendiri...banyak yang kena improve...tiada daya dan kekuatan untuk menahan diri dari berbagai godaan duniawi, melainkan dengan pertolongan Allah..

Selain dari ambik note, Anis boleh bawak Mp3 untuk record tiapkali pegi dgr kuliah...InsyaAllah dapat membantu..

Cikgu_Anie said...

salam kak seronok je byk info dr akak ni semuanya dpt menambahkan ilmu pengetahuan kita...smg akak sihat selalu..

fzi said...

Wsalam anie...
Alhamdulillah..sama2 lah kita sebar2kan ilmu yang bermanafaat anie.. semoga menjadi kebajikan..
Timakasih doakan akak, harap anie pun sihat dan hepi selalu... :)

Sharifah Natasha said...

Subhanallah. Mohon copy dan paste.

fzi said...

Sharifah Natasha...
Alhamdulillah.. Silalah kopipes memana yang rasa baik... moga bermanafaat.. Tqvm