CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Gambar Kenangan Raya 2009


Hari ni baru betul2 dapat relax dan bersantai.

Penat!

...baru lepas clearkan pinggan-mangkuk yang buat mini open-house semalam. Pakat2 mengemas kami anak-beranak. Bukan buat besar-besaran pun...hanya nak rai-kan kawan2 abang je sebenarnya. Sambil2 tu dapat lah jemput empat lima keluarga jiran2 terdekat dan kawan2 rapat. Nak jemput semua memang tak larat, takut takdan dengan juadah yang disediakan. InsyaAllah akan ada mini rumah terbuka lagi... second round untuk rai-kan kawan2 kakak dan Shilah pula. Dalam pada tu boleh lah jemput jiran dan kawan2 lain yang mana2 tertinggal tu.

Rasa relax habis bila dapat duk lepak2 sambil temankan suami menonton tv. Abang dah balik Mahallah Abu Bakar(hostel) dan sekarang masih sedang struggle dengan final exam nya. Kakak duk iron baju untuk balik hostel petang ni. Shilah pula duk tak jauh dari saya, tengah duk godek2 themes baru di handfon barunya.. :)

Tiba2 terpandang meja komputer kosong, takde yang guna. Apalagi, bagi isyarat kat papa nak berganjak ke depan pc pulak...heheh... Belek2 gambar dalam shared document yang anaknda snapkan masa saya tengah sibuk di dapur sepanjang Ramadhan tempohari. Oklah! Elok juga masukkan gambar2 operasi buat cookies di saat2 akhir nak raya tempohari tu. Bolehlah dijadikan kenangan buat FZ Homemade Cookies 2009....hehe

Add Image


Dan ini gambar kenangan anak2 di pagi raya. Ada la juga kami keluar beraya dan turut menerima kunjungan raya... meriah le jugak lebih-kurang. Hari Raya ke empat rumah dah mula sunyi sebab abang dah gerak balik hostel...huuu...


Ini pula sorotan gambar2 sekitar open-house semalam. Kami sekeluarga sangat berbesar hati menerima kunjungan semua yang hadir... Moga juadah raya yang disediakan ok dan dapat memenuhi selera semua yang berkunjung... :))