CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Perihal Membaca Al-Quran

Satu ketika dulu saya ada mengikuti kelas pengajian Al-Quran yang dikendalikan oleh seorang ustaz muda yang berwibawa iaitu Ustaz Fauzi. Beliau ada menerangkan yang kita akan dapat membaca Al-Quran dengan baik jika 4 perkara diberi perhatian iaitu:

  • tajwid - hukum tajwid kena betul. Sampai ke penghujung usia, pembelajaran hukum tajwid mesti diteruskan untuk tujuan mengelokkan bacaan kita.(jangan rasa malu untuk belajar)

  • fasahah(fasih) atau kelancaran. Mesti cuba mempertingkatkan kelancaran dalam mengaji.

  • lagu - dianjurkan melagukan bacaan dengan suara yang merdu.

  • nafas - kawalan nafas penting dalam menyempurnakan setiap ayat yang dibaca.

Sebelum mula membaca Al-Quran dan selepasnya eloklah dibaca doa ini: 'Ya Allah kurniakanlah kerahmatan Al-Quran kepadaku'

Ada beberapa adab yang perlu dititikberatkan dalam hal ini:

  1. mestilah berwudhuk

  2. mengadap kiblat

  3. memakai pakaian yang sempurna dan menutup aurat- sebab kalau pakaian sempurna bacaan pun InsyaAllah sempurna

  4. membaca Istiazah(A'uzubillahhiminasyaitonirrajim) terlebih dahulu kemudian diikuti dengan Basmallah(Bismillahhirrahmanirrahim)


Marilah kita jadikan mengaji itu satu rutin yang mesti dalam hidup kita setiap hari. Bak kata suami saya....'Biar rasa resah kalu tak ngaji'... wassalam.


Jalan Bahagia

Pandangan kasih adalah satu anugerah. Bermula dari pandangan kasih Allah terhadap manusia, membawa kepada pandangan kasih sesama manusia. Berdoalah agar kita dikurniakan pandangan kasih-sayang dari Allah Taala. Moga Allah kurniakan rahmat untuk kita menjalani hidup di dunia yang sementara ini sebelum sampai ke destinasi iaitu alam akhirat. Moga Allah permudahkan segala urusan kita, ilhamkan segala kecerdikan dan lindungi kita dari kerosakan jiwa... aminn

Bukan intan permata
Bukan paras rupa
Pandangan Tuhan pada manusia
Beriman dan bertaqwa berakhlak mulia
Di sisi Tuhan itu yang utama
Siapa yang berbakti dengan ketabahan
Sabar menempuh ketentuan Tuhan
Baginya syafaat dunia akhirat
Kurnia Tuhan tidak terkira

Didalam menjalani hidup didunia
Tiada lepas dari pancaroba
Kita yang diciptakan dengan kelemahan
Perlukan petunjuk panduan Tuhan
Tiada yang kuasa melainkan Dia
Mentakdir menentukan segalanya
Supaya selamat dunia akhirat
Tekun pada amal ibadah

Oh.. Tuhan yang Esa
Pada-Mu kami panjatkan doa
Moga dipeliharakan ditetapkan iman
Dunia ini penuh cabaran
Oh Tuhan yang Esa
Untuk-Mu kami tempuh segala
Pandanglah dengan rahmat-Mu
Pandangan kasih-Mu
Pimpinlah kami jalan bahagia
Selamanya