CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم
Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

9.10.10

Bercerita di Salam Sentosa

Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak. Seorang sahabat dari Rawang pagi2 lagi menelefon nak belanja breakfast, ajak satu family. Jadi apalagi, bersantai2 le kami dua family di Salam Sentosa lepas hantar Shilah yang ada kelas Bengkel pukul 8.00 di sekolah.

Sambil makan2 tu, banyak lah keluar citer2 tentang kehidupan seharian. Sampai lah terkeluar citer pasal karenah manusia yang kengkadang boleh menyakitkan hati. Sambil duk gelak2 tu saya ambil le peluang kongsi satu kisah yang moga2 dapat sama2 kami renung2kan bersama.....


...kisahnya begini.....

Pada suatu hari, seorang bapa yang sudah tua bersama anaknya yang berusia 10 tahun pergi ke pekan untuk menjual seekor keldai peliharaan mereka. Bapa dan anak tersebut berjalan kaki sambil menarik ikatan keldai yang hendak dijual itu.

Semasa dalam perjalanan, mereka terserempak dengan dua orang pemuda kampung itu. Mereka terdengar perbualan pemuda kampung itu…
“Bodoh betul bapak dan anak itu, ada keldai tidak mahu ditunggangnya”.

Si bapa tua tadi pon memanjat belakang keldai bersama anaknya. Mereka meneruskan perjalanan dengan menunggang keldai bersama-sama.

Tidak lama kemudian mereka terserempak pula dengan sekumpulan makcik-makcik yang sedang berbual-bual di tepi jalan. Mereka terdengar makcik-makcik tersebut mengata…
“Tak berperikemanusiaan betul bapak dan anak itu, keldai yang kecil itu ditunggangnya berdua…”
Terdengar kata-kata itu, bapa yang tua itu pon turun dari keldai itu. Bapa tua itu meneruskan perjalanan dengan menarik keldai yang ditungangi anaknya.

Selepas itu mereka terserempak pula dengan sekumpulan remaja yang sedang bermain guli. Mereka terdengar perbualan remaja itu…
“Teruk betul anak orang tua tu, tak patut disuruh bapanya yang dah tua menarik keldai tu…”
Si bapa terus menyuruh anaknya untuk bertukar tempat. Si bapa menunggang keldai dan si menarik keldai yang ditungganginya. Mereke pon teruskan lagi perjalanan.

Sampai di satu simpang, mereka beselisih dengan sepasang suami isteri yag sedang berjalan kaki. Si bapa tua terdengar pasangan itu bercakap sesama mereka…
“Kasihan budak kecil itu, tidak berhati perut bapanya menyuruh anak yang masih kecil menarik keldai yang ditungganginya..”

Mendengar kata-kata sinis itu, si bapa tua turun dari keldai dan berjalan kaki bersama-sama dengan anaknya seperti mula-mula mereka keluar rumah.

Sebelum sampai ke pekan mereka bertembung dengan beberapa orang lagi yang bercakap-cakap tentang perihal mereka. Tetapi si bapa dan anak itu tidak menghiraukan cakap-cakap orang itu. Mereka tetap meneruskan perjalanan mereka dengan cara mereka sendiri.


Kesimpulannya:

Dapat diambil pengajaran melalui cerita ini, bahawa....

  • Kita tak berdaya nak puaskan hati semua orang disekeliling kita. Setiap apa yang kita lakukan memang akan sentiasa mengundang berbagai persepsi samada baik/buruk. Mereka yakin persepsi mereka betul, manakala kita pula tahu dan yakin tindakan kita betul.
  • Kita harus terima hakikat, setiap kejayaan, kegembiraan kesenangan, keselesaan kita akan ada saja orang yang tak menyukai... itu lumrah kehidupan
  • Apa2 pun, kita harus yakin dengan segala tindakan kita selagi ianya baik dan tidak menyakiti hati orang lain... tak payah lah kita nak peduli dengan apa orang kata.... sudah lumrah manusia memang sengaja suka mencari kelemahan berbanding mencari kebaikan dalam diri insan lain.

Wallahu'alam.

29.9.10

Gembala Kecil

Time keluar masuk antar ambik anak ke kelas tusyen, selalu terserempak dengan beberapa panorama menarik.

Tiap kali kereta melepasi gate depan rumah, otomatik kepala terus pandang ke depan, dongak tengok langit. Acap kali berbisik sendiri.."Woahhhh......", terpegun bilamana tengok lakaran langit yang begitu cantik....ohhh indahnya ciptaan Allah... Subhanallah

Bila melepasi pondok guard pula, tiada lain yang menunggu saya.... biasa mereka2 ini yang sering duk lepak2 di sepanjang jalan keluar. Bersantai je sume.... :)

Masa melalui jalan utama perkampungan orang asli pulak.... bukan takat seekor dua, selalunya segerombolan mereka-mereka ini sedang buat lalu-lintas.  Jadi kenalah bersedia menunggu dengan sabar sehingga mereka selesai melintas. 

Shilah selalu merungut..."Ishk, dah le lewat dah ni...."  :D

Gembala2 mereka pula terdiiri dari anak2 kecil yang benar2 kecil....betul, ada tu yang nampak cam tengah tadika lagi... tapi ada la sorang dua lagi yang besar sikit meneman... besar tak besar mana pun, rasa dalam tahun 2 atau 3 macam tu je.... heheh

Semua nampak cam hepi mengembala lembu walhal time tu cuaca tengah panas terik.... semua hi hi bye bye sambil tersenyum dekat makcik yang tengah duk tunggu turn nak jalan ni....  :))

27.6.10

Cerita di MIHAS


Sebenarnya nak post citer pegi Mihas ni semalam tapi tup-tup tengah half-way menaip, papa call dari luar rumah *papa masa tu tengah bertukang kat laman* kata ada member sekeluarga datang. Ohh... sempat tekan 'SAVE' je dekat n3 yang belum siap tu sebelum bangun berkejar clearkan apa yang patut... rumah time tu... alahai.....maklum le weekend... yang tukang sepahkannya ramai.. yang tukang kemas, biasa la sorang je... huuu

Orite... hari ni biar jadi gak nak
publish citer pegi Mihas(Malaysian International Halal Showcase 2010) yang bertempat di perkarangan Bangunan Matrade, Jalan Duta, KL tu.

Al-kisahnya, tiap tahun memang without fail, kita orang mesti pegi sana. Suka sebab banyak dapat beli barang2 makan yang segera2 ni. Pastu dapat merasa hasil keluaran makanan yang bermutu dari banyak negeri seperti Kedah, Kelantan, Tenganu dan lain2.

Biasa laa, kalu dah sampai sana semua.. split... sume ambik haluan sendiri. Macam saya berpusing sorang diri sampai merah jari2 dek kena bawak sendiri barang2 yang beli. Melilau gak mata cari papa, abang dan shilah, semua ntah kat mana *
kakak memang tak balik minggu ni, so miss la kakak untuk Mihas tahun ni*

Jom kita round tengok caner...

Macam-macam makanan ada, semua boleh terai..... jumpa
booth Noraini cookies, Fatihah Frozen, Air Penyicah MH Mohamed dari Kelantan, Keropok KakYah Tenganu, Sabah Teh dan banyak lagi. Booth barang2 penjagaan diri dan alat solek pun ada. Lama la jugak saya luangkan masa dekat Secret Garden cari syampoo, conditioner, hand-wash dan lain-lain.

Ini booth
Rahman Brothers. Beli la sardin De Rahman 5 tin kecik. Try tengok dulu sedap tak, they all kata istimewa sikit sardin ni sebab ambik ikan dekat perairan Sabah. Sardin De Rahman belum di jual di pasaran sini lagi, selama hari ni hanya jadi bahan eskpot.
Ini pula
booth jual kurma. Nak tergelak rasa bila ingatkan kisah kat booth kurma ni. Sesampai je saya depan pakcik Arab tu, dia terus unjuk sedulang kurma dan kacang2 terpilih untuk saya rasa. Kebetulan dah full, kenyang sesangat dah rasa bila dah terai macam2 sample makanan seperti puff, karipap, roti prata, capati dan bermacam jenis makanan lagi di samping pelbagai perisa minuman.
Saya hanya mengeleng2 kepala sambil mengangkat tangan sebagai isyarat dah kenyang. Tapi pakcik Arab tetap offer suh saya ambik rasa. Ohh...tak boleh jadi nih.. untuk tidak menghampakan harapan sidia, ambik la jugak tapi lepa matanya saya terus masukkan kurma yang sebijik tu dalam salah-satu beg plastik yang ada kat tangan. Tak dapat masuk dah walaupun hanya sebijik kurma pakcikkk.... hehe
Ini
booth Persatuan Nelayan2 kebangsaan. Beli 6 pek nugget ikan dekat sini berjenama 'Enna". Memang selalu beli jenama ni kat memana pasaraya, tapi mahal lah kalu kat luar sana. Kat sini dapat harga rm12 untuk 3 pek... alhamdulillah save budget. Sedap sangat 'jejari ikan' tu buat sandwich makan pagi2.

Semua penat, tak nak singgah memana lagi lepas tu. Nak terus balik je. Yalah, duk berlegar2 dari hall 1 - 4 hampir sekerat hari... :)
InsyaAllah ada umur, boleh ke sana lagi tahun depan...
:)

3.4.10

Penantian

Malam tadi ada annual dinner syarikat tempat papa kerja. Jadi ikutlah temankan papa pegi sebagaimana rutin saya macam tahun-tahun lepas. Kakak dah siap2 tukar kerja ke shif pagi sebab kami tak dapat nak pegi ambik kalu kakak shif malam. Kami sampai balik rumah pun dah pukul berapa.... Maka tinggalkan kakak dan shilah je kat rumah malam tadi memandangkan abang hari ni baru dapat balik, lepas habis kelas maths.

Bila dah ramai2 tu, ada la peluang untuk saya bertemu dengan isteri2 kengkawan ofis papa. Looking forward gak sebab jarang-jarang dapat jumpa diaorang. Kalu jumpa pun, time ada gader2 syarikat ataupun masa kitaorang jemput bila ada buat makan2 kat rumah.

Alhamdulillah, semalam tu makanan pun boleh tahan sedap. Banyak menu sayur dan cendawan. Satu hidangan yang sihat dan kena dengan selera saya. Yang paling saya dan suami suka...desertnya yang besttt sangat, berupa aiskrim combine dengan sagu, buah strawberi, fruit cocktail dan susu sejat *takleh nak snap gambar sebab cahaya lampu samar2...mujur lah takde menu ikan, kalu tak HARUS tercekik tulang makan dalam cahaya yang malap gitu...hehe*

Dinner semalam menampilkan Anuar Zain sebagai penyanyi jemputan. Pengacaranya pulla pelakon drama yang sering muncul di TV iaitu Ifa Raziah. Terhiburlah nampak semua warga syarikat. Nyanyian Anuar Zain begitu menghiburkan di mana beliau menyampaikan banyak lagu2 hit termasuklah lagu 'Keabadian Cinta' dan 'Lelaki Ini'. Saya memang sukakan suara Anuar Zain. Jelas dan nyata suara... :) Ternyata beliau satu2nya penyanyi lelaki yang masih boleh bertahan dan tetap diminati ramai dari dulu sehingga kini.

Antara lagu2 retro di zaman kami yang turut didendangkan beliau termasuklah lagu 'Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta' nyanyian Flybaits dan lagu faveret saya iaitu 'Penantian' nyanyian Zubir Ali dari kumpulan Harmoni.
Ohh menggamit kenangan zaman remaja bila dengar lagu2 zaman 80an tu... :)

Jom kita dengarkan lagu 'Penantian' di santai hujung minggu..... sambil berehat, hibur2kan hati.... :))

19.2.10

Program Bumi Hijau




"Salam.. kelas hari ni dibatal, jumaat jemput datang bumi hijau, tq..."

Begitulah bunyi sms yang dikirim oleh kak An hari Rabu lalu. Kelas ustaz cancel Rabu tu tapi kak An tak lupa remind sekaligus war2kan lagi pasal program BUMI HIJAU yang akan berlangsung pada hari Jumaat iaitu hari ini....

Jadi lepas dah siap settle kerja2 kat rumah tadi, saya terus bergerak ke Surau Ar-Bayan untuk ikut memeriahkan program tersebut. Sampai2 je, lori dari Jabatan Pertanian dah siap ambik tempat dah dalam kawasan surau berhampiran dengan ruang legar yang berbumbung. Dah siap bersusun kerusi untuk tempat duduk kami, para ibu dan juga beberapa orang kaum bapa *kebanyakan nampak macam pakcik2 pencen*

Sementara menunggu program bermula, saya dan kengkawan mengambil peluang melihat2 pokok2 'for sale' yang dibawa khusus untuk jualan pada hari ini. Tanah yang dah siap berbaja campuran pun turut dijual dengan harga RM2 sekampit. Jambu air pun ada.....bukan pokok je, ada dengan buah jambunya sekali. Gemuk2 buahnya tentu cukup baja dan cukup bela....hehehe

Saya pun apa lagi, terpukau lah jugak, terbeli lah pokok limau kasturi sepokok RM5,

pokok terung bulat RM1,

tanah 5 kampit @ RM10
dan buah jambu air 2kg @ RM9.
Ishk
.... makin seronok dan teruja bila masa tengah beli2 tu tiba2 nama kita pulak dipanggil. Rupa2nya ahli yang mendaftar untuk majlis hari tu dapat kit percuma *satu plastik besar yang didalamnya ada alatan berkebun, racun semburan untuk kulat, baja organik 2 kampit dan biji benih sayur-sayuran seperti kailan, bendi, kacang panjang, bayam dll* ......hihihi....sume seronok.....biasa la rasa seronok nya lain macam bila dapat barang2 free macam nih.... :))
Banyak tip dan ilmu yang dapat dari program ni....Alhamdulillah...
Antara yang ingin dikongsi untuk sama2 dapat manafaatnya termasuklah:

  1. Betik ada virus. Virus ini hanya boleh membiak dalam betik dan akan duduk dalam betik. Jadi sekarang Jabatan Pertanian tidak galakkan kita untuk terus menanam betik. Adalah dinasihatkan untuk tidak meneruskan apa2 projek untuk tanaman betik. Walaupun virus itu tidak memudaratkan manusia, namun ia akan berpindah di kalangan betik yang ditanam. Sila klik di SINI untuk lebih info.
  2. Cili adalah tanaman paling sensitif. Kalau diikutkan kena asap rokok pun tak boleh.... daun dia akan jadi berkedut dan pokok akan nampak sakit.
  3. Untuk basmi serangga perosak elok blend bawang putih, cili api dan serai wangi. Lepas itu dibancuh dengan air, tapis kemudian di spray ke pokok2 untuk mengelakkan dari serangan serangga pada pokok. Kalau ada bau bawang putih, ada bau serai wangi, dah cukup bagus untuk pokok. Kesimpulannya elok kalau nak cuba basmi serangga guna kaedah herba ini.
  4. Cuba sedaya upaya elakkan dari menggunakan Malathion(sejenis racun serangga). Jika tak dapat elak juga, gunalah dengan berhati2. Kalau spray tutup dahi kerana dahi terdedah pada 7 kali ganda bahaya jika terkena racun serangga. Kita selalunya hanya utamakan tutup hidung dan mulut tetapi selalu abaikan bahagian dahi. Dikhuatiari jika racun terkena pada dahi, akan terus masuk ke otak.
  5. Basuh bersih serta rendam sekejap sayur yang dibeli sebelum dimasak. Sebabnya sayur2 yang ada di pasaran itu banyak terdedah pada semburan racun serangga...hampir 90%.
  6. Untuk kesuburan pokok, jangan hanya tertumpu pada baja organik sahaja. Kena selang-selikan juga dengan baja 15: 15: 15 yang terdiri dari nitrogen: fosforus: K(untuk keluar bunga)
  7. Untuk pokok buah-buahan jangan biarkan melebihi 20 kaki. Jadi kena cantas tapi jangan cantas waktu panas terik.
  8. Tanaman pun makhluk Allah, jadi kena juga dibelai, bercakap2 dengan nya dan bagi cukup makan.
  9. Pokok yang subur perlukan cahaya matahari, udara dan air.
  10. Pokok memerlukan stress. Kalau lama tunggu pokok tak keluar buah, sakitkan sikit dia dengan cara meluka-lukakan sedikit dahan2nya. InsyaAllah akan mula keluar buah akhirnya...dengan izin Allah...Wallahu'alam.
  11. Tanah campuran yang sempurna untuk pokok ialah dalam nisbah 7: 3: 2 iaitu tanah merah 7 bahagian, sabut 3 bahagian dan sekam padi bakar 2 bahagian. Boleh ditambah 1 bahagian lagi dengan baja tahi ayam.
  12. Polybag elok dilipat di bahagian atas selepas dibubuh tanah sebab banyak kebaikannya termasuk senang untuk di alih-alihkan polybag ke sana ke mari, air siraman rata kena kat semua bahagian tanah bila ruang polybag terbuka luas. Jika tidak, air siraman akan terhalang oleh tepi2 polybag yang melintuk tidak tentu arah lebih2 lagi bila pokok dalam polybag makin membesar.
Sama2 kita manafaatkan masa yang terluang di hari2 minggu.
Jom berkebun...tak rugi berbudi pada tanah.... :))


12.2.10

Rezeki Yang Berkat


"Ado...ado kak......", terus terdengar suara Ming belum sempat saya kata hello.

Alhamdulillah...ada gak ikan yang saya pesan semalam. Dah dua tiga hari ke pasar cari ikan tenggiri kat gerai Ming adik Ustaz Sobri. Dah le nak
parking keta sikit punya susah, bersesak-sesak kat kawasan pasar tu. Saya pulak pesen 'lesen beli', kalu ruang parking sempit2 mula la risau. Turun keta nya belum, beli lauknya pun belum tapi fikiran dah siap2 pikir... "Camane la nak kluar dari pasar ni jap lagi...." ishk....

Tak boleh tunggu datang dengan papa diaorang esok sebab semalam ustaz kata ikan tenggiri takde hari Sabtu Ahad. Cina kat Pasar Borong tu tak bawak hari minggu. Jumaat InsyaAllah ada. Taknak beli kat gerai lain, sebab kat gerai lain selalu ikannya tak berapa
fresh, banyak ikan ais..... bila masak rasa kurang sedap isinya.

Itu yang saya siap2 pesan kat Ming kemarin, "
Ming, kalu ada esok... meseh kak deh!" Tapi tadi belum sempat Ming meseh(sms), saya yang talipon dulu tanya....hehe

Huh, apa lagi suka lah dapat sekor yang besar RM20 sekilo. Jadi sekor tu berharga RM41....
Hish boleh tahan rega....lari budget minggu ni.... :) Tapi takpe lah janji ikannya fresh, semua lauk nanti sedap masak..... nak goreng ke, kari ke, asam pedas ke semua boleh belaka....hehe

Sebelum bergerak tinggalkan gerai ustaz, saya sempat tegur2 Ming tanya,
"Ming gi ppasar borong kul brape ari2?"

"Pukul 3.00 gi doh kak, pukul 2.30 bangun, semaye2(solat) semetar pahtu gi lah.... tapi takpo kak, balik tu awal lagi boleh tidur semetar belum maghi bukok kedaa nih"


..
.Gulpp...Terkedu dengar citer Ming tu.... Terbayang time tu kebanyakan dari kita tengah sedap tidooo.... ishk

"Ohh....... ppagi nyo Ming tubik dih! Berkat tu Ming..... InsyaAllah berkat rezeki Ming tubik neggo pagi-pagi tuh...."


Gitu lah sedutan dialog antara saya dengan Ming, seorang yang kira pangkat adik lah bagi saya. Orangnya masih muda belia, berilmu dan baik budi pekerti. Bekerja membantu abangnya meniaga kat pasar buat sementara waktu. Moga Allah mudah kan urusan Ming... aminn..

28.12.09

Hujung Minggu Yang Sibuk

Satu hujung minggu yang sarat dengan aktiviti kali ini. Setelah hari Sabtunya pegi kenduri, lain pula ceritanya dengan hari Ahad semalam.

Baru lepas cerah tanah, jam baru tunjuk pukul 7 pagi, keta kami sekali lagi meluncur bergerak ke kL. Fuhhh dua hari berturut-turut turun kL, baru sehari sebelumnya pegi Keramat, penat tak hilang lagi....semalam pegi lagi.... Bermakna masa santai kami untuk bergardening takde lah hujung minggu kali ni....habis la ,,,kena tunggu minggu depan baru papa dapat mesin rumput kat laman yang dah penuh dengan kemuncup tuh.... huuuuu

Kami hanya bertiga kali ini....saya, suami dan Shilah *kakak tak nak ikut sebab nak rehat, kerja masih dalam shif petang*

Tujuan keluar tu nak hantar Shilah ke Kem Motivasi sekerat hari di Masjid Muadz Bin Jabal di Setiawangsa. Kem tersebut sebenarnya program follow-up selepas Shilah terlibat dengan kem sebelum ini di Ulu Langat selama 4 hari 3 malam di awal2 cuti sekolah hari tu.

gambar suasana semasa kem motivasi di Ulu Langat

Tiba di masjid tepat2 pukul 8.00 pagi. Rupanya kami sampai agak awal dari orang lain. Seorang demi seorang peserta lain tiba lepas tu. Semua macam dah jadi geng Shilah.... yang tak kenal sebelum ni akhirnya jadi kawan *sekarang sentiasa berhubung via telefon/my-space* selepas melalui pengalaman bersama di Ulu Langat tempohari... alhamdulillah ....

Lepas tinggalkan Shilah dan kengkawan bawah kawalan tiga empat orang fasilitator, kami pun bergerak menuju ke pasar keramat. Singgah di Restoran Mak Wan dekat2 pasar tu untuk bersarapan. Best dapat makan Nasi Berlauk lauk ikan Aya dan Pulut Pagi....mmmm.....sedappp... Minum pula papa oder Teh Panas yang boleh tahan 'kow' rasanya .... :)

Lepas breakfast, kami ke Jalan TAR.....tujuan nak cari kain untuk uniform sekolah Shilah. Lagi berapa hari sekolah nak bukak, baru mula sibuk nak cari kain....heheh... Tapi InsyaAllah sempat siap uniform tu sebab dah siap2 janji dengan kak yam *sahabat merangkap tukang jahit kami* kena jugak ambik tempahan saya even bagi kain last minute.
kain untuk 2 pasang uniform sekolah Shilah

Meronda2 lah kami kat Jalan TAR sampai pukul 12.30 tengahari. Sempat ke Sogo sekejap cuci2 mata tengok hand-bag yang cantik... :)

Dalam perjalanan balik ke masjid, singgah beli nasik kat gerai ayam kampung depan Stadium Merdeka. Tapow 4 bungkus dengan lauk ayam kampung, gulai kawah daging dan siput sedut. Jam 1 suku dah sampai kat Masjid Muadz Bin Jabal nak ambik Shilah. Alhamdulillah sampai2 kebetulan masuk waktu Zohor....

Jam 3.00 petang sampai balik rumah..... ohhh kesian tengok wajah papa yang nampak penat, takde rehat weekend kali ni.... :D

Duduk tak lama kat rumah, keluar lagi hantar kakak masuk kerja di kedai buku jam 4.00 petang. Dalam pada tu, kami ambik peluang singgah ziarah sekejap ke rumah encik Wan *kawan papa* yang baru kematian isteri *petang Sabtu* disebabkan derita barah. Luangkan masa hampir setengah jam, fokus dengar cerita en Wan perihal saat2 akhir sebelum kak zah meninggal. Innalillah.... Kami doakan agar en Wan sekeluarga tabah menempuh ujian ini dan moga Allah tempatkan roh arwah kak zah beserta dengan kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh... aminn

10.12.09

Terlepas Berdua

Hari ni kira hari ni dalam sejarah jugak la lebih kurang.... sekerat hari duk berpusing2 di jalanan dengan big boss....hanya berdua tanpa disertai anak2 yang bertiga tuh.... selama hari ni jarang kami dapat terlepas berdua macam ni....selalu tu kalu tak tiga-tiga, sekurang-kurangnya Shilah mesti nak mengekor....heheh

Pagi2 lagi tadi lepas goreng bihun untuk breakfast kakak, saya ikut suami ke hospital Kuala Kubu untuk temankan check-up yang 3 bulan sekali tuh. Abang esok baru balik dari kolejnya, Shilah pula ke kem motivasi selama 4 hari 3 malam. Kakak tak ikut lah sebab banyak lagi nak kena menghafal ....masih ada 2 paper lagi buat kakak hadapi SPM....pastu merdeka lah....InsyaAllah.... :)

Sementara duk menunggu tu, saya isi masa dengan baca novel yang dibawa iaitu Hikayat Amir Hamzah (Jilid 1) tulisan bermutu penulis Abdul Latip Talib. Jadi takde la rasa masa berlalu macam tu saja, menunggu. Lepas check darah, tengok jam ada masa lagi sebelum papa nak kena jumpa doktor. Kita orang pun ambik masa lari kejap ke kantin hospital. Papa baru dapat breakfast sebab sebelum ambik darah tak boleh nak makan atau minum. Dah berpuasa dari malam tadi lagi.

Masa breakfast tu, jam pun dah tunjuk pukul 10.30 pagi, jadi nampak begitu berselera papa makan bihun yang saya bawak bekal dalam
tupperware dari rumah. Kami hanya order nescafe je dari kantin hospital.


Dah selesai semua urusan kat hospital, pusing keta singgah beli baja jap kat Kedai Peladang.... hah habis RM22 tak pasal2....dengan baja organik ayam, baja 45(15:15:15) dan 3 kampit racun siput sekali.....semua cukup....baja paksa bunga masih ada stok lagi kat rumah.... so weekend ni kitaorang dah plan nak perubat sikit mana2 pokok yang nampak kurang berzat dekat laman tu... :)

Dari Kuala Kubu, terus memecut ikut jalan lama pegi Rawang pulak. Niatnya nak ke kedai bahan buat kek Larry dan beli barang2 makan sikit di NSK. On the way, singgah lunch kat Sg.Choh.... makan nasi ayam di 'Nasi Ayam
Traffic Light' di Sg. Choh sebelum meneruskan perjalanan ke kedua-dua destinasi. Siap2 lah 'tapow' sebungkus nasi ayam untuk kakak kat rumah.


Spend masa hampir 2 jam jugak la kat Rawang tu. Sampai balik rumah jarum jam dah dekat pukul 3 petang.... kesian, lambat kakak lunch....penat rasa tapi akhirnya senyum sendiri mengenangkan hampir sekerat hari kami tanpa budak2.... terlepas berdua..... :)


7.12.09

Adegan Yang Biasa Kami Lihat

Amboi....adegan apa tu.....

Adegan ni sebenarnya biasa kami lihat tapi rasanya ramai yang duk kat kL atau kawasan2 bandar tak berpeluang terserempak dengan adegan yang seperti ini. Payah nak tengok kalu duk kat kawasan2 yang sibuk dengan lalu-lintas di luar sana. Itu yang nak kongsi citer petang semalam nih... hehe


Bila menyusuri jalan dari BS - Rasa - Kuala Kubu Bharu, pemandangan yang sebegini adalah biasa bagi kami. Selalu dapat tengok gerombolan kerbau yang berpalut lumpur duk landing, lepak2 kat tepi2 padang atau tepi paya. Banyak pulak tu, satu gerombolan biasanya melebihi 40 ekor..... semua gemok2 dan sume nampak cukup makan.... ")

gambar yang dizoomkan

Kalu kebetulan lalu time diaorang nak lintas jalan...ohhh jenuh nak kena tunggu sampai habis semua selamat melintas. Kereta berderet dari ke dua-dua hala terpaksa menunggu dengan sabar....dah la cara jalannya berlenggang lenggok je....slow motion, maklum la takde nak rushing ke mana2.... hihi


Macam kami yang tinggal di pinggir bandaraya ni, sering je lah jumpa adegan semacam ini.....boleh duk siap 'hi hi bye bye' lagi dekat mereka mereka ni sume.... semua tenung balik kami macam paham kitaorang duk cakap2 pasal mereka mereka..... :)


8.11.09

Gambar Kelas

Pagi Ahad ni semua duk bersantai lagi..... Shilah sambung tidur lepas bangun solat tadi, papa pun.... Papa tu saya understood la malam tadi tidur lewat lepas tengok bola Kelantan lwn Negeri Sembilan yang berakhir dengan Kelantan tewas dengan mata 1 - 3. Saya yang tumpang sekaki tengok bola sebelah papa pun turut ghalik *kusyuk* tengok cara permainan geng n9 yang pada saya sangat fokus dalam permainan. Smooth je passing passing bola, macam machine.......

Apa2 pun tahniah buat yang berjaya merangkul Piala Malaysia 2009 dan bagi Red Warriors jangan putus semangat...InsyaAllah boleh baiki dan tingkatkan lagi mutu permainan di masa depan....

Intro pasal bola pulak dah kali ni. Sebenarnya nak post gambar2 yang ambik time dekat surau Rabu lalu. Paste kan kat sini sebagai kenang-kenangan beramai2 kami di majlis ilmu.

Rutinnya, selepas kelas, kitaorang solat Asar dulu berjemaah bersama-sama kemudian stay kejap untuk acara makan2 juadah2 ringan yang dibawa secara pot-luck....
:)

kaum ibu tengah kusyuk mendengar
penerangan dari ustaz.....



kak min posing...


makan2 sambil berpeluang beramah-mesra


sume dah nak beransur pulang...
InsyaAllah jumpa lagi minggu depan :)

21.7.09

Durian oh durian


Ahad lalu bawak anak2 jalan jap ke pekan Rawang. Kebetulan diaorang pun ada nak cari barang2 stationary kat Parkson. Hmmm... kesian pula, bila tengok sume duk spend masa kat umah je weekend tu... Papa pulak ada keje outside...

So, on the way masa pegi lagi sume dah berkira-kira nak saya beli durian... kesian anak-anakku... Yang dua orang *abang dan kakak* duk asrama. Jarang2 ada kat rumah... jadi teringin le nak makan durian. Lain lah dengan Shilah yang hari2 duk rumah, kerap le dapat makan sebab mama ngan papa memang antu durian... hehe

Mula-mula kami terus ke destinasi asal iaitu Parkson. Hampir 2 jam ronda2 cari barang sekolah dan saya pula have a sweet time meninjau di sekitar area pinggan-mangkuk *tempat faveret tuh ... :) * Seronok cuci-cuci mata. Sempat juga masuk ke Giant kejap mencari barang dapur yang hampir terputus bekalan.

Setelah itu kami pun mula lah bergerak balik sehinggalah kemudiannya berhenti di pertengahan jalan Rawang - Sg.Choh. Di situ memang ada satu deretan panjang gerai2 menjual durian *tempat yang biasa disinggah*. Jadi singgah lah kitaorang pilih-pilih durian. Harga durian sekarang ni dah murah. Itu yang masa duk tengah memilih, tokeh cina tu langsung offer saya 3 bakul RM20 *yang sepatutnya 1 bakul RM10*(bakul boleh tahan besarnya)

Bila belek2 sebiji dua durian dalam bakul tu nampak ok je, saya pun setuju je lah...

....tapi.......

Penangan dari kopek durian yang lebih-kurang berjumlah 40 biji itu, ouhhh... habis sakit dan luka2 jari saya. Yang lain tak reti nak kopek. Mama juga yang kena selesaikan tugas yang mencabar itu...hehehh.. Terpaksa di kopek semua, bimbang nanti kalau dibiarkan lama isi didalamnya tidak fresh lagi.

Alhamdulillah, 80% dari durian-durian tersebut, isinya teramat lah sedap dan mantap. 20% selebihnya bukan lah tidak elok tapi tidak berapa fresh, so saya reservekan buat tempoyak. Puas anak-anak makan durian...alhamdulillah syukur.....


5.5.09

Cuaca yang panas


Cuaca panas kebelakangan ini buatkan saya rasa tak mahu keluar ke mana-mana pun. Elok duduk di rumah saja. Nak keluar ke laman pun tunggu betul2 hari dah redup baru keluar menyiram. Walau apapun, kena siram pokok2 tu, semua nak minum juga... kesian...

Bila sebut pasal cuaca yang panas ini, fikiran saya teringat pada anak perempuan saya di asrama Kuala Kubu. Kakak ni tak berapa konsisten minum air. Masa kat rumah pun nak kena remind suruh minum air. Tu yang buat saya risau. Dah le hari tu, demam hingga membawa kepada hilang suara lebih kurang seminggu. Harap2 kakak boleh lipat-gandakan usaha dengan lebihkan minum air untuk balance kan kesihatan diri sendiri. Saya kat rumah hanya mampu mendoakan.

Untuk selesaikan masalah kekeringan yang agak kritikal ini, saya pastikan bekalan air barli di rumah sentiasa ada. Banyak manafaatnya rebus air barli ini, bukan saja dapat legakan panas badan malah ada fakta yang menyebut barli baik untuk merawat buah-pinggang yang bermasalah.

Barli adalah satu alternatif yang baik di samping minuman2 lain yang dapat membantu menyejukkan badan dan mengembalikan tenaga i.e air cap badak, 100 plus, dan juga jus buah-buahan serta sayuran. Jom pakat2 rebus barli, boleh dibeli dengan hanya RM0.60 sen saja sepaket... hehe siap promote lagi! :)

5.1.09

Kembali ke sekolah

Tahun baru Hijrah bermula. Azam saya agar tahun baru ini dimulakan dengan seribu niat untuk berbuat perkara2 yang baik sahaja. Itu pesanan dari tazkirah pendek suami buat saya dan anak-anak sepulangnya beliau dari majlis Maal Hijrah di surau.

Kata papa, semuanya bermula dari niat atau dengan lain perkataan 'lintasan hati'. Kena pasang niat untuk berbuat semua benda baik, contohnya niatkan dalam hati untuk ke tanah suci, nak istiqamah Solat Dhuha, nak cuba sedaya upaya solat di awal waktu dan lain-lain lagi. Dah niat yang baik itu pun, InsyaAllah dah dapat pahala. Kalau buat semua yang diniatkan itu, InsyaAllah lagi berganda pahalanya.

Moga tahun baru ini bermula dan berlansung dalam keteguhan iman bak kata seorang sahabat saya kak Asmah..."
berhijrahlah dengan keimanan"...

Bermulanya tahun baru hijrah bersaing dengan lembaran baru bagi tahun masehi 2009, maka anak-anak pun akan mula kembali ke sekolah. Semalam kakak dah selamat balik ke asrama SAMT kkb untuk memulakan sesi persekolahannya di Tingkatan 5. Manakala Shilah, anak saya yang ketiga pula akan masuk Tingkatan 2 di SMKBS. Amir, nak yang sulong pula telah terpilih untuk PLKN(khidmat negara) di Lumut, Perak. Maka kembali sunyilah rumah kami setelah ceria dengan gelak-tawa anak-anak selama 2 bulan cuti sekolah tempohari.

Saya sempat bakar choccolate cake buat bekal kakak balik asrama petang tu. Masa tengah sibuk-sibuk kemas barang untuk keperluannya di sana, hati saya dah mula terusik bila ingatkan kakak yang dah nak kena balik hostel setelah lama berada di rumah.

Teringat waktu-waktu di mana kakak tolong saya masak untuk makan tengahari kami di waktu saya kadangkala sibuk dengan kueh2 yang orang tempah. Terasalah pula nikmatnya bila sesekali dapat makan masakan anakku yang sedang remaja ini....Boley tahan sedap... terer anakku.. :)