CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Ibu ILMU

Alhamdulillah di hening pagi semalam(Ahad), selamat ke Kuliah Subuh yang dibawa oleh Ustaz Zahidi. Berbunga2 rasa hati bila sesampainya kami di perkarangan masjid, tengok dah agak ramai yang telah memenuhi ruang solat... bersedia untuk solat Subuh berjamaah. Di ruang solat wanita pun boleh tahan ramai, rasa lagi ramai pulak yang hadir di sesi subuh ni berbanding bilangan yang hadir untuk kuliah maghrib. Suami kata, "...hari minggu, sume pakat2 datang ke majlis ilmu... tambah pulak Ustaz Zahidi pagi ni..."

Ustaz citer pasal Zuhud kali ni. Sebagai intro untuk warm-up kan majlis *untuk tak kasi kami semua mengantuk* ustaz citer satu kisah menarik....


______________________
Tersebut kisah tentang seorang hamba Allah yang baru mendirikan rumahtangga. Sehari selepas dinikahkan beliau sampaikan hasrat pada isterinya untuk pergi menuntut ilmu... ingin menambah ilmu di dada. Dengan restu isteri tercinta maka pergilah beliau bermusafir, padahal baru lepas sehari diijab-kabulkan.

Selepas beberapa lama dan berjaya mendapat ilmu selama 8 tahun, beliau pun mula teringat untuk kembali ke pangkuan isterinya. Maka berjalan pulanglah beliau dengan membawa sekali kitab2 yang terkandung ilmu yang dipelajarinya. Di pertengahan jalan, bertemulah beliau dengan seorang tua. Dipendekkan cerita, orang tua itu telah menanya apakah beliau tahu tentang maksud 'Ibu Ilmu'.


Termenung seketika pemuda tersebut, lalu dengan segera terus membelek kitab2nya untuk cuba mencari apa kah dia 'ibu ilmu' itu. Selepas beberapa ketika mencari, lalu berkatalah beliau, "Saya kurang pasti tuan..." Takkala didengar jawapan tersebut oleh orang tua tadi, pemuda itu lalu disuruh pergi lagi untuk sambung menuntut ilmu. Tak cukup lagi ilmu tu, masih perlu berguru.... Maka, pemuda yang berhati lurus itu berpatah balik lah untuk menyambung lagi pelajarannya, khusus untuk mengetahui maksud tersirat di balik kata 'ibu ilmu'.

Setelah belajar selama 4 tahun lagi yang mana keseluruhannya berjumlah 12 tahun, maka pemuda tersebut pun mula mengorak langkah memulakan perjalanan untuk pulang pada isterinya. Sekali lagi terserempak pula dia dengan orang tua yang pernah ditemui 4 tahun sebelum itu. Lalu ditanya lagi oleh orang tua itu soalan yang sama, "Dah jumpa tentang 'Ibu Ilmu?' Pemuda itu dengan kadar segera terus membelek kitab2nya yang makin bertambah. "Tak jumpa tuan..." Orang tua itu lantas mengambil tangan pemuda tersebut lalu ditulis sesuatu di tapak tangannya. "Genggam tanganmu ini, buka genggaman tanganmu hanya bila tiba di depan isterimu...", kata orang tua tersebut.

Pemuda yang berhati lurus ini tanpa kompromi telah memegang amanah orang tua tersebut, menggenggam erat 'penumbuk' nya sehingga lah beliau tiba di depan rumahnya. Sesampainya beliau di luar pintu rumahnya, tiba-tiba terdengar olehnya suara isterinya itu bersama2 dengan suara seorang lelaki. Rasa marah mula menerpa diri si pemuda. Tanpa membuang masa beliau terus membuka pintu rumah. Lalu, ternampaklah oleh beliau isterinya sedang memangku kepala seorang lelaki. Tersirap darahnya bila melihat keadaan itu.... amarah terus menguasai diri....

Lalu secepat kilat dia terus menghayunkan tangan ke arah lelaki yang ada di pangkuan isterinya itu
, tetapi berjaya ditangkis oleh lelaki tersebut. Maka penumbuk yang digenggam dari awal perjalananan tadi telah terbuka dengan sendirinya di depan isterinya itu. Apa yang tertulis dalam genggamannya rupa-rupanya "صبر" * iaitu SABAR. Ohh itu rupanya maksud 'ibu ilmu' yang diperkatakan oleh orang tua tempohari... perkataan yang merupakan satu sifat yang amat diperlukan oleh pemuda itu di saat berdepan dengan keadaan yang benar2 telah mengundang rasa marahnya itu.

Setelah mendengar penjelasan dari isterinya, rupa2nya anak muda yang dipangku isterinya itu adalah anak hasil perkongsian malam pertama perkahwinan mereka. Anaknya telah berupa seorang anak muda yang berbadan tinggi, gagah dan tegap dalam usia belasan tahunnya.


Begitu lah kisahnya tentang kunci... 'Ibu Ilmu', menitikberatkan sifat 'sabar' yang perlu ada dalam diri setiap dari kita. Cuba bayangkan jika tiada sifat sabar dalam kisah di atas, berbagai kemungkinan boleh berlaku terhadap isteri dan anak yang telah lama ditinggalkan oleh pemuda tersebut... Wallahu'alam



....bersambung di sini :)

10 comments:

atuk said...

Assalamualaikum FZI

si isteri sabar menunggu suami nya pulang walaupun hingga 12 tahun

Wassalam

Anonymous said...

Salam Fzi,

Satu kisah yang menarik yang mengajar kita bahawa kesabaran boleh menghindarkan segala yang buruk.

fzi said...

Wsalam tuan Rozali...
InsyaAllah berkat kesabaran isteri solehah akan membuahkan hasil yang lumayan... ganjarannya hebat jika ikhlas dan redha menerima ketentuan-Nya.

fzi said...

Wsalam kak ani...
Boleh dijadikan teladan buat kita para isteri khususnya untuk lebih banyak bersabar dalam menghadapi berbagai karenah dalam rumahtangga.. benda2 kecik toksah ambik pot kan kak ani, orang orang di zaman sebelum kita lagi hebat dugaannya..

indahhouse said...

Salam kak fzi,
Syahdunya rasa hati. Tinggi betul kesabaran isterinya. Suaminya pun sabar dlm mencari ilmu. Moga keduanya dirahmati Allah, juga buat kak fzi sekeluarga. Damai hati bila baca cerita macam ni pagi2. ;)

fzi said...

Wsalam Nur...
Timakasih doakan akak... doa yang sama buat Nur juga..aminn
Alhamdulillah TQ Nur datang singgah baca citer tu.. memang tinggi tahap kesabaran mereka suami-isteri..
Akak pun teruja dengar citer ustaz, jadi naik semangat... berazam untuk lebih dapat menahan sabar waktu tengah rasa marah.

Unknown said...

Assalammualaikum wbt...nice blog n n3...salam ukhwah dan kunjung balas kesini..saya follow yer..:)

mamawana said...

Lovely sharing. Yang penting kedua suami isteri berilmu dan solleh.

Kalu zaman skrg, lepas nikah, suami gi oversea buat Master ka apa ka...balik bawak mem. Isteri kena sabar lagi..jgn marah..

fzi said...

Waalaikumussalam wbt Nieza...
Timakasih follow sini.. alhamdulillah kita semarakkan perkongsian ilmu.. jemput nieza singgah lagi bila2 senang... :)

fzi said...

mamawana...
Moga kita semua InsyaAllah tersenarai sebagai orang2 yang berilmu dan beramal-soleh.. peluang semasa hidup dan masih sihat jangan disia-siakan... InsyaAllah ilmu dapat suluh hati agar tidak gelap dalam melayari bahtera rumahtangga.