السلام عليكمم
Salam di pagi Jumaat yang mulia.
Nak kongsi pesanan Ustaz Amran berkenaan dengan doa iftitah yang kita baca dalam solat. Doa iftitah yang dibaca sebelum al-Fatihah, adalah doa yang sunat dibaca di permulaan solat. Iftitah memberi maksud 'pembuka'. Doa ini mengandungi maksud ayat yang indah sekali untuk kita mengertikan. Kita memuji Allah di permulaan solat sambil menghadapkan wajah kita kepada Dzat yang menciptakan seluruh alam ini. Maksud ayat:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Harus diingat, kena berhati-hati semasa kita menyebut perkataan musyrikin dan muslimin dalam doa iftitah. Jangan sampai kita tertukar tempat. Jika kita tersilap menyebut 'muslimin' di tempat yang sepatutnya 'musyrikin', maka ayatnya akan berbunyi ".... dan aku bukanlah dari golongan kaum muslimin." Dan jika kita tersilap sebut perkataan 'musyrikin' di tempat yang sepatutnya 'muslimin', maka ayat yang kita baca akan bermaksud, "Dan aku dari golongan orang musyrikin."
Ohhh nauzubillah...bahaya tuh..jangan sampai ini terjadi. Kena berhati-hati dalam membaca setiap baris ayat. Sebab itu lah penting untuk kita cuba memahami ayat2 yang dibaca khususnya bacaan di dalam Solat. Moga akan ada keberkatan dalam amalan kita.
سلامت برعمال
...السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم
Doa Iftitah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Ya betul kena hati2. Musyrikin tu yg sebut pada tengah2 doa tu & Muslimin tu yg pada penghujung. Jangan tertukar. Kalau tersalah maka baca balik. Selamat beramal.
Pa, Shilah tadi lepas baca post mama ni, gitau yang dia tak baca doa iftitah dalam solat sebab isau asyik tertukar musyrikin dengan muslimin ni. Mama kata, "...rugi tuh tak baca...Nak senang ingat, yang mula2 nak sebut tu musyrikin pastu yang keduanya baru muslimin."
hah ati2 sbut tu.. salah sbut, len maknenye tu.. mntak dijauh kan la..na'uzubillah..
rite bang...masa borak ngan kengkawan tu sampai2kan sama ek... :)
Sambil baca doa iftitah kena beri tumpuana. Ramai orang tak baca doa iftitah sebab mereka kata sunat saja.
Tapi kita berniaga mesti nak untungkan bukan sekadar balik modall
betul tu kak ani, kena bagi tumpuan masa baca, so takde lah tersilap jadinya...
sama2 kita semua tingkatkan kualiti solat kita...InsyaAllah
salam perkenalan..nice blog..sj singgah blog awk..just nk tmbah kenalan blogger..kalu free follow la blog sy yg x seberapa..salam ukhwah
Mieran...
Salam ukhwah...Timakasih singgah pkasih...jemput datang lagi :)
Post a Comment