CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Bukan benci tapi tak kasih...

Alhamdulillah kembali sambung pasal Kuliah Subuh yang dibawa oleh Ustaz Zahidi di Masjid As-Salam dari n3 sebelum ini.


Sedikit pemahaman ilmu dari isi kuliah:

Jangan kita tersilap dalam pengertian tentang Zuhud. Zuhud biarlah kena pada tempatnya. Harus bersandar pada ilmu. Ada orang yang faham zuhud hanya semata-mata benci dunia. Bukan begitu sebenarnya. Benci dunia yang dimaksudkan dalam konteks zuhud ialah di mana hati tidak begitu kasih pada dunia. Bukan tolak dunia tapi tak kasih. Ibaratnya jika hilang nikmat dunia, hati tak rasa apa-apa sebaliknya jika hilang nikmat untuk akhirat, hati akan rasa dukacita.

Contoh dalam pengendalian harta. Harus kita semak macamana cara kita dapatkan harta. Adakah sah jalan serta perlaksanaannya. Mesti pastikan harta yang kita miliki adalah bersumber dari yang halal dan bukan yang haram. Jika betul jalan dan perlaksanaannya maka InsyaAllah nikmat dunia itu akan dikira sebagai ibadah yang menjadi saham untuk nikmat kita di akhirat nanti.

Jangan kita termasuk dalam orang yang melakukan syirik hati. Syirik hati boleh berlaku tanpa kita sedari. Kekadang takut kita akan makhluk melebihi dari takut pada Allah Taala. Contohnya: Sebab nak patuh pada undang2, kita tak pernah lupa untuk pakai topi keledar setiap hari sebab takut kena saman. Kita juga cepat2 hidupkan road-tax bila tamat tempoh... bukan apa, takut nanti polis tahan bila ada road-block.

Dalam mencari rezeki pula, kita tidak meletakkan prioriti pekerjaan sebagai ibadah. Contoh bagi seorang Imam yang hanya mencari nikmat dunia, hanya mengharapkan imbuhan wang hasil dari perlaksanaan jawatannya. Jika nak suruh dia jadi Imam, mesti ada duit. Kalau takde duit, maka takde lah Imam.

Kita jadi taksub pada undang2 dan peraturan dunia sebab di sana jelas imbuhan dan hukumannya. Berbeza dengan ganjaran Syurga serta balasan azab api Neraka di akhirat kelak yang kita tak nampak... itu yang buatkan kita jadi kurang bersegera dalam melakukan amal soleh dan tidak bersungguh2 dalam menjauhi perkara mungkar.

Syirik hati boleh juga terjadi bilamana seseorang itu begitu percaya pada bantuan kuasa lain selain Allah Taala. Contoh: Percaya pada batu aked misalnya... begitu percaya selagi ada batu aked yang jadi tangkalnya, maka akan selamat hidup.*nauzubillah, mohon Allah jauhkan dari kesesatan yang nyata*

Maka, awas dan waspadalah terhadap syirik hati yang mungkin boleh berlaku dalam diri kita tanpa kita sedar.... amat berbahaya pada aqidah kita.

Ilmu dan amal ibarat seperti tanaman dan air. Bila air tak cukup, maka tanaman akan kurus dan kering. Ilmu tanpa amal tiada keberkatan. Bila kita belajar, hasilnya ilmu. Bila berilmu haruslah beramal. Amal itu datang dari keberkatan ilmu yang kita belajar.

Sesiapa yang Allah nak bagi kebaikan, Allah letakkan dia di lorong agama. Allah permudahkan jalan baginya. Contoh: Diletakkan rumah kita di depan masjid/surau supaya kita mudah untuk ke surau. Duit yang ada jadi berkat bilamana sebahagian rezeki kita salurkan pada agama.. bantu fakir miskin, orang yang dilanda musibah dsb... Allah kurniakan panjang umur sebab bila bertambah umur kita jadi bertambah kasih pada agama. Allah bagi kita sihat kerana ada keberkatan pada sihat itu bilamana kita manafaatkan kesihatan untuk perbanyakkan ibadah kepada Allah.

Diriwayatkan ada orang datang pada Imam Hassan Basri di satu ketika lalu berkata, "Tuan, saya ini keras hati, bagaimana caranya untuk atasi masalah ini..." Maka disuruhlah orang itu agar sentiasa duduk di majlis ilmu. Bila belajar kita akan dapat suluh diri kita. InsyaAllah akan jadi lebih baik. Maka kita akan dicontohi oleh orang2 yang dekat dengan kita bila kita jadi lebih baik. Anak2 akan mencontohi, isteri akan mencontohi...

Bila kita duduk dalam majlis ilmu, kita jangan pandang pada ustaz. Maksudnya ustaz mana yang beri ilmu. Tapi pandanglah pada ilmu yang disampaikan. Suluh apa yang diperkatakan.

Bila kita melangkah masuk ke masjid, tinggalkan urusan dunia di luar. Tumpukan perhatian untuk tuntut akhirat di sisi Allah. Memanglah bila kita nak buat ibadah, syaitan akan datang kacau. Walau kita di dalam solat syaitan tetap kacau. Jadi kena usaha atasi kelemahan, pertingkatkan...usahakan untuk kusyuk dalam solat. Cuba hindari gangguan dan perasaan was-was yang datang. Kena yakin dalam ibadah kita.

Syaitan memang tak akan biarkan kita jadi makin baik. Dia akan sentiasa kacau...bila kita ada jiran baik dia kacau... cuba rosakkan silaturrahim. Bila kita ada rumahtangga yang baik dia akan kacau...cuba huru-harakan.

Oleh itu nak buat apa-apa, jangan lupa untuk mohon pada Allah agar kita terselamat dari gangguan syaitan, dengan membaca:

Menghidupkan hati itu ilmu. Mematikan hati itu bebal. Jahil itu mati hati. Jahil itu buta sedangkan berilmu itu dapat melihat... ini halal ini haram, ini boleh dan ini tak boleh. Maka mengaji/menuntut ilmu itu adalah wajib tapi tak wajib untuk kita pandai. Yang bagi pandai pada kita ialah Allah. Maka mintaklah dari Allah agar bagi kita pandai.

Orang yang tinggi di antara kita adalah orang-orang yang bertaqwa. Maka tambahlah ilmu. Sabarlah dalam menuntut ilmu. Memang sulit untuk cari ahli ilmu yang boleh sampaikan ilmu dari hati yang kemudiannya dapat meresap masuk dalam hati kita. Latihlah diri kita agar dapat menerima ilmu, biar dapat menerima kebaikan dan menolak keburukan. Latih diri kita agar dapat ikut sunnah Rasulallah SAW. Dengarkan ilmu, belajar, amalkan kemudian sampai-sampaikan.


Wallahu'alam.