CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Jangan Bazirkan Usia

Alhamdulillah selamat menghadirkan diri di majlis ilmu petang semalam. Selepas raya kurban, ini lah kali pertama saya kembali ke kelas di Surau Al-Bayan...

Ustaz semalam menyambung tafsir Surah Al-Kahfi ayat 79 yang menghuraikan jawapan yang dijawab oleh Nabi Khidir a.s. bagi menjawab persoalan yang menjadi kemusykilan Nabi Musa a.s. Penerangan ustaz alhamdulillah memberi lebih kefahaman buat diri ini dalam cuba memahami penceritaan dalam Surah Al-Kahfi kerana sebelum ini saya pernah mengikuti kelas tafsir Surah Al-Kahfi yang dibawa oleh Ustazah Jamilah beberapa tahun lepas.

Ustaz macam biasa menyelitkan tazkirah dalam menghubungkaitkan jalan cerita dengan perkara2 semasa yang kita lalui dalam kehidupan seharian.

Dalam hidup sehari-hari, eloklah kita manafaatkan usia kita dengan sebaik-baiknya. Jangan dibazirkan usia kita. Isikanlah luang2 waktu dengan banyak membuat perkara2 kebaikan, tinggalkan perkara sia-sia. Solatlah di awal waktu. Jangan nak tunggu habis dulu satu2 siaran tV yang kita tonton, baru nak bangun pegi solat sedangkan waktu dah nak habis, contoh tinggal 15 minit lagi. Boleh nak tengok tV tapi biarlah kita yang menguasai dia, bukan dia yang menguasai kita.

Oleh itu kalau tengok tV, apabila masuk waktu eloklah terus tutup tV dan pergi Solat.

Sabar itu perlu dalam hidup. Sabar adalah ciri2 orang beriman tetapi ada 3 jenis perkara yang kita tak boleh sabar dalam hidup ini iaitu;
  • bila terdengar laungan azan mengajak kita solat... maka mesti terus bangun, tinggalkan semua kerja duniawi.
  • jika buat dosa, tak boleh sabar atau bertangguh untuk minta maaf pada Allah. Mesti segera mohon ampun pada Allah.
  • kalau ada kematian, tak payah bersabar nak tunggu lama-lama... harus segera dikebumikan jenazah.

Kata ustaz lagi, dalam usia kita (yang agak2 dalam usia saya sekarang ni), sepatutnya dah selesai khatam macam2 kitab dah...contoh dah selamat khatam contohnya kitab Riyadhus Shalihin, Kitab Sirah Nabi SAW dan lain2 kitab lagi. Walaupun belum terlewat kalau baru nak mula, tapi usia yang berlalu macam kira dah membazir *di saat dan ketika itu, saya diam2 berazam untuk cuba lipat-gandakan usaha, harap2 belum terlewat... :)*

Jangan bazirkan usia dengan berlebih2an dalam hiburan. Banyakkanlah mengisi masa dengan mengaji serta pasang cd/kaset orang2 ngaji di rumah kita ...sekurang2nya telinga kita mendengar seterusnya memberi laluan ayat2 al-quran meresap masuk ke dalam hati kita...Subhanallah..

Jangan mengeluh bila kita ditimpa sakit/demam/selsema sekalipun *di saat ustaz berkata demikian, saya kebetulan tengah lap hidung dengan saputangan... selsema... :)* , itu tandanya Allah sayangkan kita, maka haruslah redha. Allah tak akan tetapkan sesuatu perkara melainkan Allah tahu itu baik bagiNya. Apa2 yang Allah tetapkan untuk kita dalam kehidupan ini, itu adalah untuk kebaikan kita sebagai peringatan untuk kita bermuhasabah diri..

....sebagaimana firman Allah:

"Kamu diwajibkan berperang(untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.
Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
(Surah al-Baqarah 216)


Berbalik tentang usia.... berdoalah mohon Allah kurniakan keberkatan dalam umur kita.... agar sisa-sisa umur kita terpenuhi dengan segala macam kebaikan sehingga lah kita sampai ke detik terakhir usia.


Wallahu'alam.


6 comments:

atuk said...

Assalamualaikum FZI

moga kita antara orang2 yg sabar kecuali drp tiga perkara itu

Wassalam

sot said...

Satu posting yg bermanafaat. Masa yg berlalu hilang sudah. Masa2 yg berbaki ini Kembalilah pada Allah dgn taubat nasuha. Islamkan diri kita sebelum ajal tiba di depan mata.

fzi said...

Wsalam Tuan Rozali...
Betul tu.. hidup mesti bersabar selalu... moga kita tergolong dalam orang2 yang sabar InsyaAllah :)

fzi said...

Alhamdulillah thx pa.. moga hari2 mendatang tidak berlalu dengan sia-sia.. InsyaAllah :)

shami2 said...

salam kak fzi...

Terima kasih atas perkongsian ilmu..saya suka kunjungi blog akak membaca setiap perkongsian majlis ilmu.....sebagaimana juga saya yg hadir pada setiap hari sabtu ,mengikuti kelas pengajian..ilmu tafsir, aqidah, quran tajwib dan juga feqah...alhamdulillah kerna kita ditempatkan berdekatan dengan rumah Allah yang makmur pengisiannya....
Walau jarang komen namun setiap hari tetap memandang blog akak..dan baca ringkasannya....tahniah

fzi said...

Wsalam shami...
Timakasih banyak sudi selalu ke sini. Takpe tak tinggalkan komen.. kurang2 shami sudi datang baca catatan akak...maaf lah kalau kenkadang mungkin tiada pengisian, hanya catatan hidup sehari2 bersama keluarga.

Alhamdulillah, dalam sibuk kita dengan urusan masing2 sempat untuk cuba hadir di majlis ilmu. Proses belajar memang sepanjang hayat. Makin banyak yang didengar dan dipelajari makin banyak yang rasa tak tahu... lebih2 lagi ilmu tajwid. Teringat kata2... jangan berhenti belajar tajwid walaupun umur dah lanjut. Ilmu tajwid mesti terus dipelajari supaya bacaan al-quran kita akan jadi lebih baik dan InsyaAllah diterima di sisi Allah... aminnn

Thx shami... :)