CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Rumah ada air tak kak?


Malam tadi masa tengah basuh pinggan, dah perasan air paip cam kecik semacam je. Ishk jangan le takde air pulak... serik rasa time terputus bekalan air tempohari. Siap lori Syabas datang hulur bantuan.

Mula rasa tak sedap hati.... terus bilas tong2 kecik yang bertutup tu, terus tadah air. Stand-by apa-apa hal at-least ada air bersih buat masak. Untuk kegunaan lain, saya ok kalu pakai air tangki, tapi kalu nak buat masak rasa tak berapa seronok...

Betul macam yang agak, pagi ni bukak2 paip kat sinki.... kosong.... takdok air....huuuu

Keluar ke laman, komfem takde air seluruh taman perumahan bila Yanti rumah sebelah tiba2 tanya, "rumah ada air tak kak?" dan bila nampak Maria rumah depan kelam kabut nak pegi check meter air depan umah.

Harap2 tak lama.... Syabas plez tolongggg....


12 comments:

sot said...

kalau tak ada air, mandi guna air mineral ye.

Lynn Nasir said...

salam kak<

alamak..kesiannya! kalau saya, mmg tadah habis2an. hehe! bg saya elok takde letrik drpd takde air..payah nk solat, nk amik wudhu..

10 said...

selalu ek kat kawasan sana xda air?

Husna Adilah said...

area mana kawasan perumahan akak tu ?

fzi said...

Pa...
eh..eh wat lawak pulak ek..
Takpe pe pe hal, boley gi tumpang guna air kat masjid... :)

fzi said...

Wsalam Lynn...
Itu ler... akak pun sama, baik takde api dari takde air... ohh

fyi akak sekeluarga kuar pegi MIHAS sejak tengahari. Sampai balik umah kul 6 lebih.. alhamdulillah air dah ada dah... :)

fzi said...

10,
Hmmmm... boleh kata kerap gak le 10, maybe sebab tanah bukit bukit...wallahu'alam

fzi said...

Dyla...
Rumah akak area Rawang, Selangor.

anis said...

salam kakfzi. apa khabar? lama dah sy tak tinggal komen kat cni wp sering menjenguk blog akk. hehe...
alhamdulillah kat tmpt sy ni air sentiasa ada, klu tutup pn sekejap aje. org tua2 kata baik takde letrik dr takde air. mudah2an bekalan air kat umah akk dah pulih semula.:))

fzi said...

Wsalam anis...
Oh takpe anis tak tinggalkan komen, anis sudi singgah pun dah kira orite dah..thanx k.. :)
Memang payah kalu takde air berbanding takde api, banyak keje tertangguh bih2 lagi kain jadi berlonggok takleh nak basuh.
Alhamdulillah dah ok dah anis, sehari semalam je takde kali ni.. :)

indahhouse said...

salam kak fzi,
apa khabar kak?
sampai lori syabas datang? moga2 bekalan air dah pulih. susah kalu takde air.

fzi said...

Wsalam nur...
Akak sihat alhamdulillah...
Memang nur, hari tu festaim kitaorang dapat pengalaman ambik air dekat lori... kalu sebelum ni penah tengok pengalaman orang lain je dekat Tv, ari tu melaluinya sendiri...hehe