"Sapa nama kawan Ti tu?", tanya emak jiran saya semasa sesi bersalam-salaman di hari kami mengadakan mini rumah terbuka Sabtu lalu.
Hah?
"Errr...kawan yang mana pulak makcik ni??", saya tertanya-tanya dalam hati....
Dek kerana kepenatan melayan tetamu yang berkunjung dari jam 2 petang lagi hari tu, fikiran saya jadi lambat pulak nak pick-up siapa yang dimaksudkan oleh makcik. Maklumlah dah mula rasa penat duk berjalan ke hulu ke hilir, dari dapur > ruang makan > ruang tamu kemudian ke dapur balik... ntah berapa kali berpusing-pusing....
Jadi tanpa bertanya, hanya mata saya je cepat2 melirik pada isyarat ibu jari makcik yang merujuk ke arah kawan yang dimaksudkan beliau.
Ohhh..... suami saya rupa2nya yang dimaksudkan sebagai 'kawan' oleh makcik. :))
*************
Teruja untuk berkongsi gambaran cerita tentang slot ringkas itu dengan kawan2 blogger. Betapa kebanyakan kata2 orang dulu2 agak berbeza dengan bahasa percakapan kita di zaman ini. Bahasa yang disampaikan mereka bukanlah secara melulu sebaliknya agak berlapik sedikit dan tersembunyi maksud sebenar. Yang jelas, rata2 terkandung di dalamnya nilai2 murni khususnya satu sifat yang semakin dilupakan iaitu sifat malu.
Ohh harap2nya anak2 kita di zaman yang serba cyber ini dapat kenal adab2 yang lebih bersopan-santun ini. Moga dapat diwarisi sedikit-sebanyak dan tidaklah ia terus lenyap ditelan zaman... :))
بسم الله الرحمن الرحيم
Nilai Murni Orang Dulu-dulu
Labels: Motivasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
betul tu kak..
sekarang dh macam2 bahasa dah..
kekadang nk paham pun susah..
semoga jenerasi anak2 kita memiliki nilai2 murni org dulu2 ye kak...
amin...
mmg kita ni elok bekawan ngan suami jer, tak de fitnah tak de gosip... lemahlembut jer cara percakapan orang dulu-dulu, kesopanan sentiasa dikekalkan
idah..
memang iya, sekarang ni tengok dh ada macam2 gaya bahasa dah.. Akak tak payah pegi jauh, kadang pasang telinga dengar perbualan anak2 dan kengkawannya pun, akak dah mula geleng2 kepala... :)
Mak Su...
..hahaha...canggitu lah nampak gayanya...elok benar lah kita just kawan ngan suami je.. kurang mudarat..hehe
Pasal gaya percakapan orang dulu2 yang jauh lebih lembut dan bersopan-santun tu...saya setuju sesangat maksu... kena buat anjakan dalam diri kita, cuba ikut stail orang-orang lama :)
betul betul.. bahasa dah jdi kucar kacir..
tapi dorang bleh paham tu sama sendiri fzi..
Anak2 saya pun sama gak masa mereka remaja..bahasa terbalik laa.. bahasa pendek2 sampai x paham apa hal nye..
dulu2 saya agak strict dengan anak2 dan saya mmg x suka dengar bahasa bukan2 ni.. :)
bahasa cyber lagi kelakar..kadang tu terikut pulak.. isk!! x boleh jadi ni.. hehe
mamamin,
haha...tu la pasal cikmin, kita pun naik risau dengar cara anak2 berinteraksi ngan kengkawan tak kiralah thru fon ke, ym ke...sume guna bahasa sms + rojakmee + rojakjawa...hehe
Suara jangan cerita lah, kita duk dapur pun boleh dengar suara diaorang cakap telefon..ishk
Didiklah anak-anak kamu mengikut zaman.....
mungkin ada sesuatu yang kita perlu kutip dari orang dulu2
tapi bukan semuanya sesuai untuk zaman sekarang.. agama je sesuai sepanjang zaman.....
terima kasih atas lawatan di blog anakkhas.
lawati http://bloganakkhas.blogspot.com
anda mungkin meminati isu pendidikan kanak2 istimewa...
Benar tu anakkhas...
akak baru2 ini kenal seseorang yang begitu sederhana kehidupannya namun alhamdulillah anak2 ramai yang dah berjaya dan baik budi pekerti.
Bila ditanya resepinya: beliau hanya menekankan soal solat dan mengaji quran pada anak2nya. Kata beliau bila dah kedua-dua perkara ini mantap, soal2 lain InsyaAllah akan ngikut je...*maksud beliau perkara-perkara lain seperti akhlak(percakapan maupun perbuatan)akan turut jadi baik. Semangat nak belajar/baca buku pelajaran pula akan jadi kuat dengan sendirinya, tak payah disuruh baca buku, semangat datang dari diri sendiri*
Moga Allah kurniakan kita ketetapan iman dalam beramal soleh...aminn
Timakasih anakkhas...
suka dgr cara org dulu dulu bercakap.."Berlapik" dan "beghaluh" je.. Tapi zaman skrg ni jarang jarang dah dpt jumpa kategori mak jiran k.fzi ni kan..
InsyaAllah kita kena pertahankan nilai nilai murni tu..tak kira la Zaman Cyber ke..Yg penting, sama mcm yg kwn baru k.fzi bg tau tu..jaga disiplin Solat, jaga Quran...
Betul tu Sue...
Apa2 hal pun kena titik-beratkan dua perkara asas tu dulu. Bila dah kuat jati diri takde la anak2 mudah goyah hati mereka biarpun dilanda angin ribut sekalipun. InsyaAllah akan tetap iman dan sentiasa berlapang dada menghadapi apa jua keadaan.
Akhlak dan perilaku akan turut terjaga..
Timakasih sue... :))
Post a Comment