"Solat di masjid la bang... jangan solat di bilik je dengan kengkawan...orang lelaki kena solat di masjid, berjemaah....biar ada rasa dalam diri kita cintakan masjid bang..."
Itulah antara kata2 yang selalu dipesan suami buat anak bujang kami. Kena selalu ingat2kan anak2 muda sekarang ni, bukan apa macam2 pengaruh di luar sana. Sebagai ibu-bapa nak kena selalu remind remind, bagi guide-line agar anak2 tidak lah terlalu terbabas dengan pengaruh duniawi.
Sementara menanti masuknya Subuh, saya menyemak fowarded e-mail yang beratur panjang dalam peti inbox. Wahhh... jumpa satu e-mail yang paparkan senarai masjid terbesar di dunia. Ohhh indahnya masjid-masjid tu semua...
Hati tambah teruja untuk terus menghadirkan diri di masjid berhampiran sementelah baru semalam dapat sms dari kak An yang bagitau kelas ustaz akan kembali bersiaran mula hari Rabu ni... terus menanam tekad di hati untuk meneruskan apa jua yang baik yang berjaya diamalkan sepanjang bulan Syaaban dan Ramadhan... lebih2 lagi zikrullah mesti sentiasa membasahi bibir... InsyaAllah.
Bila sebut tentang zikrullah ini, langsung teringat kata2 papa lagi.... "Dalam kalendar Islam dalam sebulan ada 3o hari, jadi setahun 360 hari. Bilangan itu bersamaan dengan jumlah sendi dalam badan kita...
Jadi ulamak2 besar ada yang mengensyorkan agar kita cubalah untuk berzikrullah sekurang2nya sebanyak 360 kali sehari, sebagai tanda kita mensyukuri nikmat sendi yang Allah kurniakan kepada kita..."
Subhanallah..
Berbalik pada cerita masjid, jom kita tengok senarai masjid yang terbesar di dunia ini.... jom cinta masjid....
بسم الله الرحمن الرحيم
Cinta Masjid
Labels: Motivasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Ya betul, Cintailah Masjid. Biar ada perasaan 'rindu' ke masjid mendirikan solat dan mengikuti majlis ilmu. Kerana Masjid itu Rumah Allah. Dan Allah Pencipta kita. Tanpa ehsan Allah dan tanpa nikmat Allah yang begitu banyak. Contohnya nikmat yang kita tak perasan pun iaitu 360 sendi yang Allah adakan dalam tubuh kita ini. Cuba bayangkan tanpa salah satu sendi2 itu, akan merana dan payahlah kita. Tapi bersyukur kah kita? Hinggakan hendak ke Rumah Allah pun kita sangat berkira?
Anyway kami anak beranak insyaAllah bertekad sebagai kesenambungan kesedaran dari program tazkirah ramadhan yang lalu sangatlah looking forward untuk mengikuti program kuliah maghrib dan kuliah subuh di Masjid As Salam BS bagi bulan Oct ini. Minggu ini insyaAllah program rasmi akan di cetak oleh AJK Masjid bagi hebahan. Masjid As Salam ini yg capacity nya dlm anggaran 3,000 jemaah kalau lah dapat di hadiri oleh kira2 10% iaitu 300 jemaah pada setiap majlis ilmu, maka Alhamdulillah sangat. Yang nyata hanya satu atau dua saf yang setia pada setiap solat fardhu berjemaah, iaitu sekitar 40 hingga 80 org. Sementelaahlah sepanjang syawal ini dgn program open house yang bersusun, bila lagi nak di ubah menjadi open mosque?
Jom Cinta Masjid !!
Salam ziarah dari Pak Karamu
Datang follow blog saya k
Pa, semua kena bertekad nak makmurkan rumah Allah... biar sama naik open house dengan open mosque :)
Pak Karamu tq singgah pkasih..
Hepi blogging :)
Post a Comment