CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan
Ramadhan
kali ini

penuh makna
agar dapat kulalui
dengan sempurna

selangkah demi selangkah
setahun sudah pun berlalu
masa yang pantas berlalu
hingga tak terasa
ku berada
di bulan Ramadhan semula


Puasa satu amalan
sebagaimana yang diperintah-Nya
moga dapat ku lenturkan
nafsu
yang selalu
membelenggu diri

tiada henti-henti

tak ingin ku biarkan
Ramadhan
berlalu saja

Tuhan pimpinlah daku
yang lemah
mengharungi
segalanya
dengan sabar


ku memohon pada Tuhan
diberikan kekuatan
ku merayu pada Tuhan
diterima amalan

selangkah demi selangkah...
dengan rahmat-Mu oh Tuhanku...
ku tempuh jua

Harapan Ramadhan_1...



6 comments:

sot said...

Puasalah kerana mematuhi perintah Allah, kerana iman bukan kerana adat atau ikut2an. Jangan sekadar berlapar dahaga semata tapi jadikan Ramadhan sebagai lubuk mencari untung laba pahala yang berlipat ganda dengan segala amal soleh. Amiin.

fzi said...

Sentiasalah setting niat,
Upgrade iman,
Download sabar,
Upload usaha,
Delete dosa,
Update doa dan topud ilmu supaya dapatlah redeem pahala banyak2

c-idah said...

selamat berpuasa!!!!

fzi said...

sama-sama idah...

Akak baru dpt forwarded e-mail pasal persediaan nak sambut Ramadhan ni... jom sama-sama manafaatkan ilmu...

*****
Oleh MOHD. ALI MUHAMAD DON

RAMADAN bakal menjelang lagi. Peluang keemasan ini sewajarnya dimanfaatkan oleh semua umat Islam dengan sebaik-baik mungkin. Malah kita perlu merasakan Ramadan kali ini adalah yang terakhir dalam hidup untuk membangkitkan motivasi agar dapat beramal dengan lebih baik.

Justeru, kita perlu memperbaiki azam untuk menjadikan Ramadan ini lebih bermakna daripada tahun-tahun sebelumnya. Antaranya, kita perlu memperbetul dan memperelokkan niat.

Kita perlu ikhlas bahawa ibadah ini demi Allah SWT semata-mata. Niat yang betul kerana Allah berupaya mendorong kita untuk lebih berusaha memperoleh pelbagai ganjaran.

Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesungguhnya setiap amalan dinilai berdasarkan niat dan bagi setiap orang apa yang dia diniatkannya. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Ini bermakna, kita perlu menumpukan kepada usaha mendapat ganjaran yang dijanjikan Allah dan bukannya berlumba-lumba membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya.

Perkara kedua ialah kita perlu bersedia daripada segi fizikal, mental dan material bagi meraih bonus yang tidak terhingga di bulan Ramadan. Umat Islam disaran menjaga kesihatan tubuh badan agar dapat berpuasa di siang hari.

Mereka juga perlu bersedia daripada segi mental untuk melawan nafsu tidur, makan dan keinginan lain yang boleh mengurangkan pahala ketika berpuasa.

Begitu juga seseorang perlu bersedia daripada aspek kewangan untuk memperbanyakkan amalan bersedekah dan menyediakan juadah berbuka puasa. Nabi Muhammad bersabda: Barang siapa yang memberi iftar (jamuan untuk berbuka puasa) nescaya akan diampunkan dosanya dan dibebaskan daripada api neraka.

Ketiga, kita perlu berazam untuk tingkatkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi ibadat puasa. Ini bermakna, kita perlu berazam untuk meningkatkan kualiti puasa. Ia boleh dilakukan dengan tidak membataskan puasa hanya dengan menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Sebaliknya ditingkatkan dengan menjaga seluruh pancaindera daripada melakukan dosa dan maksiat. Di samping itu perkara-perkara wajib yang lain seperti sembahyang fardu dan menutup aurat juga turut dilaksanakan..

Keempat, kita perlu berazam untuk diberi peluang beribadat di malam Lailatulqadar. Ia adalah malam kemuliaan yang datang sekali setahun. Malam yang pahala beribadah padanya menyamai 1,000 bulan atau kira-kira 83 tahun 4 bulan. Justeru setiap individu Muslim perlu mempersiap diri untuk menjejaki malam itu.

Dan yang kelima, kita perlu sentiasa berharap dan berdoa agar ibadah puasa diterima oleh Allah. Setiap umat Islam perlu menaruh harapan tinggi agar puasanya diterima.

Oleh itu, kita digalakkan memperbanyak amalan sunat seperti bersedekah, tadarus al-Quran, iktikaf di masjid dan sebagainya bagi menampung kecacatan dan kekurangan ketika berpuasa.

Akhirnya diperingatkan juga agar sesiapa yang masih berhutang puasa agar segera mengqada puasa berkenaan. Kegagalan melunaskannya kemungkinan menyebabkan seseorang dinafikan daripada berbagai-bagai keistimewaan yang disediakan oleh Allah SWT di bulan Ramadan.

PENULIS ialah Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru

mamamin said...

Assalamualaiku fzi...
dah beberapa hari x berhubung.. sya rindu kat awak.. mesti fzi tengah bz x ckup tgn menyediakan kuih muih yang ditempah pelanggan.. semuga rezki tahun ni bertambah lumayan ye fzi..
Ape yang dituliskan oleh pensyarah uitm johor tu mmg benar sebenarnya..
Niat itu penting..yang lain akan mengikut sebagaimana yang diniatkan..
insyaAllah.. Saya ucapkan kepada fzi dan keluarga.. selamat menjalan kan ibadah ramadhan dengan sempurna.. semuga ibadah kita sentiasa di terima di sisiNYA.. InsyaAllah amin...

fzi said...

Wsalam cikmin...
timakasih ..vice-versa saya pun harap cikmin sekeluarga sejahtera sentiasa...aminnn
Saya pun turut admire dgn apa yang ditulis pensyarah tu, tu sebab selitkan je dalam slot komen nih..moga dapat kita sume ambil manafaat...hehe
Saya tengah risau skarang ni cikmin...anak tengah demam....harap dapat tolong doakan ya...thx :)