CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم
Showing posts with label senyum. Show all posts
Showing posts with label senyum. Show all posts

1.7.10

Kisah Computer

Senyum menceriakan hari anda....

Lepas baca citer kat bawah ni, mungkin nanti ada yang akan tersenyum sorang2... cam saya, dah tersenyum sampai ke telinga... hehe
Cerita santai je, dapat dari
forwarded e-mail yang bersusun dalam peti inbox.... :))

___________________________


Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Microsoft Word Helpline (bantuan berkenaan Microsoft Word melalui telefon). Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walaubagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Word Perfect atas dakwaan “Memecat tanpa Sebab”. Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:

Microsoft: Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?

User: Ya, err, Saya ada masalah dengan Microsoft Word.

Microsoft: Masalah bagaimana tu encik?

User: Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang.”

Microsoft: Hilang?

User: Ya, ia hilang.

Microsoft: Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?

User: Kosong, tak ada apa-apa.

Microsoft: Tak ada apa-apa?

User: Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip.

Microsoft: Adakah anda masih didalam Microsoft Word, atau anda telah keluar?

User: Macam mana saya nak tau?”

Microsoft: Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?

User: Apa tu si-perom?

Microsoft: Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?

User: Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon bila saya taip.

Microsoft: Adakah monitor anda ada power indicator?

User: Monitor tu apa?

Microsoft: Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV. Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidupkan?

User: Saya tak tahu.

Microsoft: OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?

User: Rasa-rasanya.

Microsoft: Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda.

User: Yaa, terpasang.

Microsoft: Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?

User: Iya ke?.

Microsoft: Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut.

User: Okay, jumpa dah.

Microsoft: Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda.

User: Alamak tak sampai laa.

Microsoft: Ok… boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?

User: Tak boleh.

Microsoft: Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?

User: Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap.

Microsoft: Gelap?

User: Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya ada adalah dari cahaya tingkap.

Microsoft: OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda.

User: Tak boleh.

Microsoft: Tak boleh? Kenapa?

User: Sebab kat pejabat saya “blackout”, tak ada elektrik.

Microsoft: Blackout… tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?

User: Ada… saya simpan kat dalam almari.

Microsoft: Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu.

User: Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?

Microsoft: Iya, rasa-rasanya macam itulah.

User: Err… okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa dengan pekedai tu?

Microsoft: Beritahu mereka anda terlalu BANGANG untuk memiliki sebuah komputer.


***nota fzi: Kurang2 kita nak kena tau gak sikit2 pasal komputer ni, ye tak... takde la wak segan sangat kalu orang tanya yang basic2 tu... Macam saya, pernah beberapa kali kena deal sendiri dengan technician Tm melalui telefon bila kena internet connection down dan sebagainya. Terkial2 gak le time ikut instruction adik technician tuh suh check wayar sana wayar sini....hehehe


14.8.09

Senyum di pagi hari


Pagi-pagi ni sebelum masuk keje kat dapur *untuk projek FZ Homemade Cookies*, duk la kejap ngadap pc. Orkid dan bunga2 di laman dah keluar dah tadi jengok. Dah siap letak hidung kat mana2 orkid yang ada aroma pot-pouri asli tu.... wangiiiii.......

Dah selesai cuci-cuci mata dan siram-siram pokok yang nampak kering tu, masuk umah on pc jap. Breakfast belum lagi... tadi neman je suami breakfast dengan roti taruk jem dan nescafe panas sebelum berangkat pegi ofis. Kita sendiri tak leh nak terima lagi pagi-pagi ni... hehe

Round-round internet, banyak input dapat dari info terkini kat dua tiga paper on-line.... dah tu, baca dan renungkan pulak kisah2 gembira, sedih dan lucu dalam mana2 blog rerakan blogger... banyak tulisan bermutu para blogger....best!

Dalam banyak2 tu, tetiba terjumpa la lawak kartun juragan ni... hehehe..... jom kita pakat2 senyum tengok kartun ni....*bese la tu...kebanyakan.. bukan semua... orang pompuan termasuk saya memang selalu tergoda dengan 'sale' di sana-sini (tak kira lah tengah pakai mask ke tak pakai mask ke, tetap nampak sign 'sale' tuh)* :)

pesanan penaja: ....senyuman menceriakan pagi anda... :)


24.6.09

Kentang oh kentang....

Teringat nak cerita pasal pengalaman beli kentang. Satu hari tu kalau tak silap dalam 2 minggu lepas, singgah lah kat pasaraya NSK. Macam biasa kalau ada urusan di Rawang, memang selalu lah singgah ke sana. Kalau tak ada nak beli lauk pun, kurang2 singgah beli air mineral dua kotak supaya tak terputus bekalan air minum kat rumah.

Hari tu beli kentang sekali. Saya kerap beli kentang. Sementelah kentang memang satu keperluan untuk projek karipap bagi fzfrozen food kami. Minggu sebelumnya dah beli, tapi tak puas hati sebab bukak2 kotak... kentangnya kecik yang amat! Padahal dah pesan siap2 kat budak yang kerja tu supaya ambik yang saiz besar.

Masa nak bayar tu saya bayarlah harga untuk kentang saiz besar. Macam selalu takde la saya mahupun suami nak
check saiz kentang yang dalam kotak tu. Kira harap kat budak tu saja lah. Tup tup bila balik rumah dapat yang teramat kecik la sangat... Sampaikan nak kupas sebiji pun punya la lama ambik masa... apalagi nak kupas untuk buat inti karipap saya*rasanya boleh 'sekerat hari' makan masa*.... aduhai...

Jadi bila pegi kali kedua ini, saya bagitau la suruh cari yang betul2 saiz besar. Sebab tak nak diaorang tersilap ambik lagi. Hah... nak sangat yang saiz besar..... hah, tu dia.....dapat yang extra large la pulak.... hahaha

ini le bezanya dengan saiz yang kecik itu hari.... ;D



20.4.09

Adegan di pagi hari




Pagi ini baru hantar kakak balik asrama. Jadi bertolak dari rumah seawal 6.30 pagi nak bagi 'dan' sampai pukul 7.00 pagi. Dalam kegelapan jalan yang tak berlampu jalan itu, saya nyalakan highbim bila tak bertembung dengan mana2 kereta. Duk asyik main highbim sampai le hari beransur2 cerah.

Sampai di sekolah kakak tepat jam 7.00 pagi. Woaahh...on time! Lepas hi hi bye bye kakak, mula memecut balik. Sampai separuh jalan di pertengahan jalan Rasa, jem le pulak. Hai jem apa kat tengah2 paya ni? .....Hmmm dah agak dah.... kerbau melintas rupanya. Adalah dalam 50 ekor kesemuanya yang badan hitam berkilat bersalut lumpur. Jalan ke dua2 hala, berderet kenderaannya yang duk tunggu VVIP ni melintas. Semua menyeberang jalan berlenggang lenggok macam takde nak cepat. Hmmm... jenuh nak tunggu sampai habis semua. Saya ok le juga takde rushing ke mana2, tinggal nak balik rumah je. Tapi sedara2 yang dalam kereta lain mungkin ada yang wajah dah berkerut2 melihat adegan ini. Yalah waktu tu semua rushing ke tempat kerja.... standard le hehehe

Adegan itu jarang dapat dilihat. Saya pun apalagi... capai handfon...tangkap muat leee...... :)


31.3.09

Kemahiran Hidup


"Lewatnya Shilah bangun hari ni ya.. Mama tadi kejut sampai 4, 5 kali baru nak bangun..", saya bersungut sambil tangan terus memegang stering, memandu menuju ke sekolah Shilah.

"Dah hari ni ada kelas PAFA, next time dah tau nak kena pegi awal, alert le sikit, bila mama kejut terus bangun..." sungutan saya bersambung lagi.

"Ya lah Ma... soriii.....hehehe", tu je la yang pandai jawab.

"Nanti mama tulis dalam blog citer Shilah bangun pukul 10 hari ni, nak tak?, saya macam mengugut tapi muka rasanya tersenyum.

"Ha'ah ok, nanti popular le sikit Shilah..hehe..", huh macam tu pula jawab yea... ishk...

Teringat pagi tadi, kelam kabut lah sikit anak saya tu bila dah terbangun lewat. Orang lain dah ke mana-mana dah waktu tu. Ishk rugi betul masa. Bila dah lepas breakfast, baru nak tengok mana2 kerja2 sekolah yang belum selesai, mana nak kemas buku, nak gosok baju lagi...

Itu semua termasuk dalam bab kemahiran hidup anakku... macam yang selalu papa ingatkan, kemahiran hidup ni sekolah tak ajar. Tu kena tau dan cuba belajar sendiri. Semua tu kerja2 asas je dalam kehidupan kita termasuklah juga kena terus kemas tempat tidur lepas bangun, terlangkupkan cawan yang dibasuh bukan dongakkan, susun balik buku2 atas meja jangan bagi berterabur lepas dah siap kemas buku yang dalam beg sekolah dan macam2 lagi lah. Tak larat mama nak kira.

Bila dah terbangun lewat tu, kerja2 kemahiran hidup tu kalau buat pun macam tak brapa sempurna. Ada je yang tak kena kat mata mama ni... :)

Sebab tu lah, kalau boleh usahakan agar hari2 mu lebih terurus anakku, baru semua kerja akan jadi lebih smooth dan hampir-hampir perfect(Kalau tak dapat sempurna 100% pun) .... Sekurang-kurangnya bagi mama puas hati sikit...

Sebelum turun dari rumah tadi, Shilah dah siap makan tengahari dulu(early lunch). Yalah baru pukul 11.30 dah makan tengahari. Saya tadi masak sotong goreng garam kunyit dan masak lemak cili api udang. Faveret dia la tu, jadi nampak berselera sekali anakku makan.

Abang pula nak makan kemudian... "Awal lagi la ma, kenyang yang breakfast tadi lagi", sahut abang dari pc corner masa diajak makan temankan adiknya.

Masa Shilah tengah bersiap-siap tu, saya pun bukak le satu cerita yang dapat dari satu e-mail pagi tadi. Saja nak tambah ceriakan mood anak2 ku sebelum keluar hantar Shilah. Dua-dua gelak bukan main lepas habis je saya bercerita... hehe...

Ceritanya begini...

Seorang gadis cantik menaiki bas yang penuh sesak.Seorang lelaki muda bangun tetapi belum sempat bercakap, gadis itu menolak lelaki itu ke tempat duduknya dengan lembut sambil berkata,

"Terima kasih, saya lebih suka berdiri".


Lelaki itu berdiri semula tetapi sekali lagi gadis itu menolaknya duduk semula dan menyatakan yang dia nak berdiri, jadi tak payah lah nak bagi tempat untuknya duduk. Kali ketiga bangun, lelaki muda itu sedikit menjerit,

"Kakkk, saya nak turun la! Dah terlepas dah perhentian saya tadi!"


:) -) :p (^_^)


23.2.09

Bercerita di warung kopi

Hari Sabtu lalu, merupakan hari yang agak sibuk bagi saya dan suami. Pagi2 lagi dah keluar rumah. Selalunya hari2 minggu macam tu sering kami isi dengan aktiviti berkebun. Tapi minggu ni banyak hal yang bersangkutan anak2 nak kena settle.

Mula2 sekali pegi hantar Shilah untuk acara berbalas pantun di sekolahnya. Papa dia sempat singgah di stesen minyak dan belikannya roti krim buat alas perut pagi tu. Majlis tu tak jemput ibu-bapa, hanya penyertaan para pelajar sahaja.

Lepas selamat hantar Shilah, kami pun pusing kereta singgah ke warung nasi lemak untuk bersarapan sebelum bertolak ke Kuala Kubu Bharu. Tadi tak sempat
nak breakfast kat rumah, so 'kita minum dulu...' Nak kena pegi Kuala kubu hari tu untuk menghadiri Majlis PIBG di sekolah kakak, SAMT kkb. Yalah, kakak dah form 5 sekarang ni, rasanya agak patut lah kami pegi sempena tahun penutup kakak belajar kat sana.. :D

Sambil makan banyak le juga cerita yang dibualkan. Yalah sementara nak habiskan makanan tu, macam2 kisah timbul. Tiba-tiba saya teringat nak cerita pasal satu e-mail yang baru saya dapat sehari sebelumnya. Nak tau sama kisahnya? Camni...


> Sewaktu si mamat dalam perjalanan menaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya,
> "Anak nak ke mana?".
> Si mamat menjawab ringkas, "KL"
> Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan dijawab oleh si mamat tadi "Ehm... bolehlah." Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya.
> Dalam hati si mamat berkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau???" Beliau meneruskan perjalanannya.
> Sebaik menghampiri Pagoh,orang tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?" Si mamat tersentak dan berkata dalam hati, "Nak buat lawak lah orang tua ni. Nak bagi aku kaya
> pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor agaknya. Atau nak menguji aku?"
> Si mamat pun jawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak"
> Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si... mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.
> Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?"
> Si mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana".Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, "Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo's untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik.
> Terima kasih, ya nak." lalu orang tua tu turun dari kereta.
> Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab.... .
> "Terima kasihlah pakcik" lalu meneruskan perjalanan.. .....
>
> ______________________________

______________________________________________________________________________________________
>
> hehehe.. lain kali kalau org tanya nak kaya tak? tanya dulu brand apa tau!


Hahaha... papa tergelak besar lepas dengar cerita saya...hehe... saya perasan orang kiri kanan yang makan di meja berhampiran pandang2 dekat kami. Tapi papa buat dak je malah terus tertawa. Hmm... bahagianya rasa hati dapat buat suamiku tertawa pagi tu....hehehe..


16.11.08

Bawang



Bila sebut pasal beli lauk, saya biasanya ke pasar sekali seminggu je. Kalau ada hari minggu yang termiss pegi pasar tu, saya hanya beli lauk-pauk dekat pasar malam je. Banyak choice , kebetulan pulak kat tempat kami ni ada pasar malam 2 kali dalam seminggu. So kalau tengah2 minggu lauk dalam peti-ais kehabisan, takde masalah, ke pasar malam lah jawabnya.

Satu hari tu, lepas joging dengan papa diaorang kat sekeliling area rumah kami, saya macam biasa masuk ke dalam rumah jap untuk ambil dompet saya dan suami, kemudian start kereta untuk kami keluar bersarapan di luar. Kami kadangkala hanya keluar berdua(to have a sweet time together..hehehe) tanpa anak-anak. Lagipun diaorang biasanya masih tidur(sambung balik tidur lepas solat Subuh yang sebenarnya merupakan satu habit yang tak berapa baik tu).

Kalau tidak gunakan kereta, kami hanya berskuter saja ke pekan yang hanya jauhnya dalam 4km saja jaraknya dari rumah. Tapi hari tu pegi dengan kereta sebab banyak tempat nak singgah iaitu ke pasar, ke kedai hardware(kedai faveret suami) dan juga rasanya mungkin akan ke Pasaraya Grand Union on the way back home(teringat bekas beras hampir kosong dan beberapa lagi barang dapur yang dah habis).

So lepas pekena roti canai kat Restoren Salam Sentosa (dan 'tapaw' 2 bungkus nasi lemak buat 2 puteri yang sedang beradu kat rumah) kami pun terus corner kereta masuk parking kat pasar. Saya dah berkira-kira nak beli LaLa(seafood) sebab hari tu kakak ada kat rumah (saya jemput dari asrama hari Jumaat). Teringat kakak suka sangat LaLa. Saya kalau beli LaLa, buat samada LaLa masak lemak atau LaLa Goreng Bercili. Jadi singgah le ke pasar beli lauk-lauk lain sekali termasuk le ayam 2 ekor, ikan kembong 5 ekor, ikan tenggiri 5 hiris(bapak mahal 5 hiris rm15) , udang setengah kilo, sedikit daging batang pinang, santan rm3 dan sayur2 berupa kobis cina, kacang panjang, terung dan taugeh(faveret kakak). Habis le dalam RM80 untuk stok seminggu.

Apa yang nak saya highlightkan di sini sebenarnya kisah masa saya singgah kat gerai jual bawang dan rempah2 kat gerai hujung sebelum saya menuju ke kereta. Suami dah sampai ke kereta duluan lepas tolong bawak ayam dan ikan2 yang berat tu.

Begini citernya....

"Assalamualaikum", sapa saya kat tuan punya gerai.

"Waalaikummussalam kak, nak apa kak?, balasnya sambil tersenyum simpul.

"
OOh, ok bagi akak bawang singgit, cili singgit dan kentang singgit k", pinta saya sambil membalas senyumnya.

"
Emp, akak nak bawang pakai baju ke bawang takde baju?", tanya wanita yang kelihatannya muda 2, 3 tahun dari saya itu.

Terkejut saya. Dahi rasanya berkerut, hairan.


"
Eh kenapa pulak, ada bawang pakai baju, ada yang takde baju ke pulak sekarang ni?",tanya saya sambil menahan ketawa. Tapi tak boleh tahan, tergelak juga akhirnya.

"
Ha ah kak, yang ada baju rega rm1.80 sekilo, tapi kalau kakak nak singgit saya boleh kasi yang takde baju, murah kak.. singgit je sekilo", pintas wanita itu cepat.

"OOh gitu ke...?, balas saya sambil terus menunjukkan wajah kehairanan(rasanya lah..hehe)


Beliau terus menunjukkan kepada saya camana rupanya bawang-bawang tersebut. Yang berbaju cantik dalam kulit bawang, manakala yang tak berbaju pula rupanya takde kulit bawang...


OOo...itu je bezanya.

Lama gak saya membelek2 bawang2 yang tak berbaju tu.

"
Emp... ok lah, akak ambik yang ni lah, ok apa.. tak berbaju, sama je, masih boleh guna lapisan yang luar ni, akak tengok ok je", kata saya, setuju dengan pilihan ke 2 yang ditawarnya.

"
Ha ah betul tu kak, lapisan luar tu cantik macam yang dalam kulit gak, sebab tu sume orang niaga beli yang takde baju je. Beza banyak kak..reganya bila dah beli berkilo-kilo", cerita beliau dengan bersungguh2.

"
Ha ah... betul tu", saya mengiakan kata-katanya sambil tersenyum, tanda setuju.

Selepas dapatkan ketiga2 barang dengan harga rm3 tu, saya berlalu meninggalkan gerai tersebut dengan wajah masih tersenyum2 seorang diri. Tak sangka dapat satu '
vocab' baru hari tu...hehehe..

Begitulah ceritanya pasal bawang yang takde baju ni. Actually benda ni first time saya dengar. Selalu tu saya bantai beli je bawang tak kira kat mana2, pilih2, timbang kemudian bayar. Padahal saya perasan boleh kata kat semua tempat yang saya beli bawang sebelum ni, semua bawang bercampur2 je tak kira ada baju ke atau takde baju. Mungkin pekedai 'take for granted' customer tak tau pasal perbezaan harga antara kedua-duanya. Tapi saya tak salahkan pekedai. Mungkin gerai kat pasar ni je yang bagi harga special buat bawang yang tak berbaju..hehehe..

Sajerr nak cerita. Wallahualam.