CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم
Showing posts with label FZ Homemade Cookies. Show all posts
Showing posts with label FZ Homemade Cookies. Show all posts

1.9.10

Fzi dan Cookies

Kebizian melanda di saat2 akhir nak raya ni. Fzi bertemankan cookies hampir 10 jam di dapur setiap hari. Penat, sedikit stress dan hampir rasa putus asa, timbul rasa tak sure... dapat ke tidak siapkan order untuk tahun 2010 ni.

Sot banyak membantu di dapur. TQVM pa. Anak2 yang berdua di uia Nilai dan PJ bizi untuk persediaan Final exam. Jadi tak dapat selalu balik tolong mama. Shilah pula akan berhadapan dengan PMR awal Oktober, sibuk dengan sekolah dan tusyen...itu pun banyak juga tolong mama dalam menyediakan juadah berbuka puasa.

Namun alhamdulillah, kebizian ini tidak patahkan semangat Fzi untuk tetap bersama2 Sot untuk ke masjid BS setiap malam, bagi mengisi slot Solat Sunat Terawih 8 rakaat beserta mendengar tazkirah selama +-30 minit. Ada ambik note dari isi tazkirah yang disampaikan oleh para ustaz yang dijemput, tapi tak sempat untuk ditaip masuk blog.

Ya Allah berkatilah bagiku 10 terakhir Ramadhan ini, permudahkanlah semua urusan Ya Allah....aminnn


25.8.09

Operasi FZ Homemade Cookies 2009

Jemput tengok perjalanan operasi cookies kami yang sedang berlangsung....


Moga Allah permudahkan segala urusan...aminnn


5.8.09

Kueh Raya Kembali Lagi


Assalamualaikum kawan-kawan sekelian - Ramadhan bakal tiba 2 minggu lagi…


Seperti biasalah FZ Homemade Cookies hasil keluaran kami yang beroperasi di rumah KEMBALI LAGI dengan 3 pilihan cookies dan 1 jenis kek iaitu Chocolate cake. InsyaAllah dengan kelazatan dan kesedapan yang tersendiri, dibuat dari bahan2 yang berkualiti, halal dan suci. Sangat sesuai untuk hidangan atau cenderahati di Majlis Berbuka dan Hari Lebaran.


Bagi yang berhajat TEMPAHAN kini dibuka…sila e-mail saya di fzi.pkasih@gmail.com sekiranya berminat. Delivery sekitar kL/PJ InsyaAllah boleh diuruskan. Boleh juga datang mengambil sendiri samada temujanji di Tol Bukit Beruntung/di Stesen minyak Petronas @ Esso/terus ke rumah kami. Tarikh tutup tempahan sejurus Ramadhan bermula...Thanks


Slip tempahan

Chip Sporties

RM19

Oat Rings

RM19

Nestum Crispy

RM19

Kek Coklat (1kg)

RM25

Nama

Contact No

Tarikh Penghantaran

Nota: Maaf Almond London not in production.


30.11.08

Chocolate cake

Hari ni lepas jogging terus bergegas masuk rumah sediakan breakfast berupa roti, sosej dan telor. Kami bersarapan sambil menghirup nescafe di foyer depan rumah mengadap laman. Lapang rasa hati memandang kehijauan taman. Suami dah berkira-kira nak mesin rumput pagi ni. Baru dua minggu lepas mesin dah panjang balik, al-maklum lah pearl grass dah bertukar cow grass....hehehe..

Saya pula nak kena siapkan kek coklat Mr liew rumah depan. Beliau selalunya sekali order kek 2 biji sekali gus. Anak-beranak ramai. Dah 2 minggu berturut2 beliau order choc. cake. Ini sure sebab musim cuti sekolah. Budak2 semua sepanjang hari ada kat rumah. Lain lah halnya kalau ada ibu-bapa yang ngantar anak-anak pegi kursus jangka-pendek cuti sekolah kat mana2 seperti kem bina semangat, kelas hafazan, kelas komputer dan sebagainya.

Macam anak2 saya, cuti sekolah semua duk rumah saja. Ada juga papanya suggest suruh pergi ngaji kat surau dekat rumah yang offer pengajian al-quran/fardu ain secara percuma untuk musim cuti kali ini, tapi macam yang saya dah agak kedua-duanya refused. Kakak tu kira ok le juga sebab dah kira macam ustazah. Kakak baru-baru ini dah selamat menduduki exam SMA(Sijil Menengah Agama) untuk tingkatan 4. Syukurlah, anak saya yang seorang ni menuntut di sekolah agama, jadi pengetahuan agamanya jelas lebih baik, berbanding mama dan papanya sendiri. Abangnya juga belajar di sekolah yang sama sehingga ke tingkatan 3 sahaja sebelum meneruskan pengajian di tingkatan 4 di MRSM kedah sana. Sedangkan Shilah (anak yang paling kecil), saya memang rasa elok benar ke surau dan belajar apa yang patut tapi macam tu lah, tak nak pula bila ada kelas2 macam ni. Kami malas nak paksa tapi papanya tetapkan syarat.... "Ok kalau macam tu, kena study kat rumah secara konsisten."

Berjela-jela pula cerita pasal anak-anak. Yang sebenarnya nak cakap pasal choc. cake....hehehe...

Ok, choc. cake siap tepat jam 1.30 tadi. Janji semalam kat Leo cucu Mr Liew, siap lebih-kurang pukul 1.00. Lewat la setengah jam. Anak dan suami yang tolong hantarkan ke rumah Mr. Liew dengan keadaan topping kek yang masih belum kering sepenuhnya. Kakak ikut sama sebab nak tolong bawakan karipap 4 paket yang turut dipesan.

kek yang baru masak dan belum ada topping



FZ Moist Chocolate cake sedia untuk dihidangkan



6.10.08

Mekar di Aidilfitri






  • Bila melihat cantiknya orkid yang mekar di Aidil Fitri, hati turut berbunga-bunga. Hilang rasa penat buat cookies sepanjang 2 bulan sebelum hari raya.

  • Dalam sibuk2 di dapur hari tu, sempat rakamkan beberapa snapshot Nestum Crispy yang baru keluar dari oven. Juga dimuatkan di sini gambar Almond London yang baru lepas salut chocolate.

  • Nampaknya hari ini selepas seminggu beraya, kena bergegas kembali ke dapur untuk siapkan beberapa tempahan customer yang nak buat open house.

  • Moga semua yang order FZ Homemade Cookies tahun ini puas hati dengan product kami. Terima kasih, budimu dikenang. Alhamdulillah syukur.

  • InsyaAllah jumpa lagi next hariraya 2009.

11.9.08

FZ Homemade Cookies up-date

Alhamdulillah syukur... berjaya siapkan 157 balang FZ Homemade Cookies setakat ini 10hb Sept 2008.

Dalam masa yang sama sempat sediakan beberapa balang kecil cookies sebagai compliment buat customer yang order melebihi kadar biasa.

Penat memang lah penat tapi misi tempahan tahun ini mesti disiapkan. Semoga Allah kurniakan daya dan kekuatan untuk terus menyempurnakannya. Hati merasa berbunga dengan bantuan dan sokongan padu papa, kakak dan shilah. Semua tolong mama.... Abang pula insyaAllah akan balik 23hb ini dan dah janji akan full time assist mama... terima kasih.... moga usaha bermusim ini mendapat keberkatan dari Allah swt... Amiin

16.8.08

Operasi Cookies bermula

operasi bermula seawal 8.30 pagi

Produk Nestum Crispy yang rangup dan berkhasiat

finishing product

Kebersihan diutamakan untuk produksi yang sihat dan bermutu


21.7.08

FZ Homemade Cookies

FZ Homemade Cookies kembali lagi, muncul sepertimana tahun2 lepas berikutan dengan hampir berakhirnya bulan Rejab dalam beberapa hari ini sebelum ketibaan Syaaban dalam destinasi menuju Ramadhan dan seterusnya kedatangan Syawal di mana kita semua umat Islam akan bersama-sama menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang mulia.

FZ Homemade Cookies
sekali lagi tampil menyediakan 4 jenis cookies yang berharga
RM19 setiap pek iaitu Almond London, Chip Sporties, Nestum Crispy dan Oat Rings. Sebagai juadah sampingan, saya juga turut menerima tempahan Chocolate cake yang berharga RM25 sebiji seberat 1Kg untuk jamuan keluarga dan rakan taulan.

Apabila menjelangnya musim raya yang setahun sekali ini, saya mulalah sibuk untuk mulakan kembali bisnes kueh raya yang kami sekeluarga usahakan secara rutin sejak lebih 10 tahun yang lalu. Pengeluarannya terhad, hanya mampu produce lebih-kurang 3oo pek sahaja memandangkan production line nya macam biasa hanya terdiri dari saya yang kadang dibantu anak2 jika kebetulan mereka bercuti.

Setakat ini kami belum menggunakan khidmat pekerja luar, oleh itu aspek mutu dan kualiti masih dalam pengawasan saya dan sentiasa diberi keutamaan. Sokongan suami pula secara tak langsung menguatkan semangat saya dalam menjayakan usaha ini lebih-lebih lagi beliau banyak membantu dalam bab
packaging & delivery. Nampak gaya, dengan bermulanya episod kueh raya ini, maka terpaksalah saya hentikan buat sementara production untuk FZ Frozen Food dan insyaAllah to be continued selepas Syawal berakhir.