CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Ambong Pelangi kak Ani siap




Alhamdulillah dah selamat deliver kueh2 yang kak Ani oder iaitu karipap 100 biji(10 pek) dan ambong pelangi 3 biji. Pagi-pagi tadi kak Ani siap call, ingatkan pasal ni. Saya dan suami pun cepat2 le bersiap dan bergegas ke rumah kak Ani di Jln Anggerik yang berdekatan dengan Surau Muhajirin.

Malam tadi lepas makan malam baru settle semua kueh kak Ani. Ambong terakhir yang dikukus, masak pukul 10.30 malam. Yang jadi lambat siap sebab sibuk dengan kerja2 lain di dapur. Maklum saja anak2 balik berkumpul. Bila jam 9.30 mlm masih belum buat lagi ambong yang ke tiga, saya dah mula nak give-up sebab dah penat. Tapi suami memberi kata2 semangat, "Buat je mama, jangan mengaku kalah".  

Hehehe... nasib baik dapat kata2 pembakar semangat tu, kalau tak kesian kak Ani dapat kueh ambong 2 biji je. Sedangkan kueh2 itu penting untuk kak Ani yang nak adakan majlis kenduri kahwin anaknya hari ini. Kueh2 itu semua rancangan kak Ani untuk dihidangkan buat rombongan pengantin lelaki yang datang bertandang.

So selepas semuanya selamat dihantar, kami langsung terus ke Restoran Salam Sentosa untuk cari breakfast. Macam biasa lah....order teh tarik kurang manis dan roti canai telor...yum,yum,yum....


7 comments:

sot said...

Alhamdulillah. Apam yg lazat. Karipap yg sedap.

salwaabubakar said...

wah!!npak sedap je..
makcik ni mcm2 pndai buat kn..
nk kena pi bljr ni..
xnk buka klas ke?
hehe

fzi said...

hehe... makcik ambik tempahan, kalau salwa duk dekat2 boleh oder...
Kalu salwa nak tengok kueh2 lain sila lah klik kat 'famous N3' dekat side-bar cari FZ Frozen Food dan FZ Homemade Cookies... Thx salwa :)

Unknown said...

ambong tu apakah? haha mcm best je?
*kurang pengetahuan sikit

fzi said...

hai shak...

Ambong tu nama bagi apam yang makcik buat tu ler... Orang kelantan bagi gelaran kueh apam tu 'ambong'... harap clear k hehe :)

Shak tolong tengok2kan amir k kat sana...thx

Unknown said...

ohhhhhh. ambong tu apam ke? laaa.
*mak org kelantan, adoi, ambong pon tak tau. haha terpengaruh dgn kehidupan kedah ;p haha

okaaay. insyaAllah :D

fzi said...

hehe...thanx shak...
hepi2 kat hostel tu ya, even bilik kecik, meja study kecik, kena share2 sabar je...sume tu cobaannnn..... :)