Assalamualaikum wbt... di hari Jumaat yang mulia...
Bila teringat hari ini hari Jumaat, terus jadi teringat pagi2 lagi untuk ingatkan suami, orang yang paling dekat dengan diri ini supaya memperbanyakkan:
Bila teringat hari ini hari Jumaat, terus jadi teringat pagi2 lagi untuk ingatkan suami, orang yang paling dekat dengan diri ini supaya memperbanyakkan:
- berselawat ke atas Nabi SAW hari ini sebagaimana hadis Nabi SAW... "Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada hari Jumaat, kerana sesungguhnya selawat umatku dibentangkan kepadaku pada tiap-tiap Jumaat. Orang yang paling hampir kepadaku dalam kedudukannya, ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku."
- banyakkan berdoa, bilamana teringat nak berdoa terus angkat tangan berdoa tak kira waktu mana di sepanjang hari ini kerana sebagaimana disebut dalam hadis Nabi SAW, ada satu saat yang mulia di hari Jumaat di mana Allah akan kabulkan doa kita tetapi tidak diketahui oleh kita bila dan ketika-nya saat itu. Jadi kita ambik peluang berdoa je bila teringat.
- jika ada luang waktu baca quran sebelum solat Jumaat, bacalah Surah Al-Kahfi kerana sebagaimana disebut dalam hadis Rasulullah SAW, jika kita membaca Surah Al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat, InsyaAllah akan terpancar cahaya buat kita dari Jumaat ini sehingga tiba Jumaat yang akan datang.
Mari kita hidupkan sunnah Nabi SAW, biar jadi rutin yang konsisten dalam hidup kita. Dua tiga hari lagi kita akan bertemu dengan tarikh 12 Rabiul Awwal yang diketahui merupakan hari kelahiran Junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.
Moga dengan mengingati tarikh tersebut akan dapat membuatkan diri kita lebih mengingat sejarah dan perjuangan Nabi SAW, moga akan lebih memberi kesan buat diri kita dalam usaha mengenali dan mencintai Rasulullah SAW... bukan setakat mengingat tarikh semata-mata...
Wallahu'alam.
1 comments:
Salam..izinkan sy copy ye..TQ
Post a Comment