Hari ni sekerat hari luangkan masa di Hulu Langat. Pagi2 lepas masak untuk lunch anak bujang kat rumah, kami bergegas ke Hulu Langat untuk jemput anak bongsu kami yang sedang mengikuti kem motivasi 4 hari 3 malam di sana. Ini merupakan kali ke-2 Shilah ikut Kem Motivasi SSQ 5R ~Keindahan bersamaMu~ anjuran JIM dengan kerjasama IKRAM ini.
Satu program motivasi yang bagus untuk remaja pada pendapat saya.... dah dua kali datang untuk sesi ibu-bapa dan anak2, telah berjaya membuat hati saya tersentuh. Anak2 dengan kita-kita sekali berlinangan airmata bila dipaparkan berbagai peringatan tentang pentingnya hubungan kekeluargaan dalam membina jati-diri serta menerbitkan perasaan kasih-sayang dalam diri anak2.
Sungguh, kadang kita hanya bersikap sambil lewa dalam mendidik anak2... tidak memerhatikan dan mengambil kira bagaimana perasaan mereka. Kurang menitikberatkan saat2 berharga yang sepatutnya dihabiskan dengan anak2 selain dari hanya luangkan masa bersantai bersama2 depan TV... Perlu, kita sebagai ibu-bapa ambik inisiatif memastikan kita dapat wujudkan suasana berkualiti contohnya solat berjemaah, mengaji quran, membaca hadis Nabi SAW, zikir al-mathurat dan terjemahan al-quran secara beramai2 sekeluarga. Bila itu dapat dicapai maka kita dapat mengajak anak2 untuk lebih dekat dengan Allah. Bila dekat dengan Allah maka Allah akan dekat dengan kita. InsyaAllah hidup pun akan sentiasa dalam pemeliharaan Allah.
Jika kurang ada masa dengan anak2, ia boleh menjadi salah satu penyebab mengapa terjadinya kurang interaksi dan komunikasi antara anak2 dengan kita, anak2 jadi tak dekat dengan kita dan tak dapat nak luahkan apa2 masalah mereka pada kita, rasa malu, takut, unsecure dan sebagainya....
Diberi saranan juga agar kita sesekali luahkan rasa sayang kita pada anak-anak contohnya dengan berkata... "mama sayang Shilah".. dan sebagainya... Kata2 secara langsung dari kita itu boleh membuat jiwa anak2 merasa diri mereka lebih dihargai dan disayangi..... So, jangan kita simpan perasaan kasih kita hanya dalam hati... sesekali, say it out, luahkan!... Wallahu'alam.
**************
Bila ditanya Shilah, "OK tak?"....
"OKayyyyy.... kena dera perasaan la cam dulu...hihi.... tadi nangis, semalam pun nangis... Tapi Shilah rasa best lagi yang mula2 dulu, lebih banyak aktiviti out-door... kali ni kurang sikit.... mandi sungai pun sekali je... hari pertama mula tu nak mandi, baru je masuk kaki dalam air, daaaa hujan... hari kedua baru dapat merasa mandi sungai... kali pertama dan terakhir kita orang mandi sungai...hehe... hari ke tiga dah tak dapat, kali ni banyak indoor activity jeh.. "
Alhamdulillah syukur kerana anakku berpeluang menjadi salah-seorang dari peserta KBM SSQ-5R... :))
8 comments:
Kem SSQ ini sangat bermanafaat bak komen seorang peserta remaja lelaki yg mengaku dirinya anak bermasalah, "program ini best dan berjaya menyentuh hati saya..." & ada seorang ibu pula bertanya, "saya pun heran macamana program kat sini boleh menyebabkan anak saya menangis?"
Semoga segala input yg anak2 dapat kat kem ini boleh memberi sedikit panduan dan semangat untuk melangkah ke depan. Ibupapa juga harapnya dapat improve untuk memberi sepenuh kasih sayang pada anak2 dan memberi sokongan bagi kebaikan serta penambah baikan.
as salam fzi,
kem motivasi begini memang amat sesuai diikuti oleh anak2 remaja kita, disamping memotivasikan diri , di masa ini jugalah ibubapa dan anak2 bebas meluahkan perasaan masing2..
saya masih simpan ikrar janji ketiga2 anak saya yang ditulis mereka semasa menyertai kem sebegini atau anjuran sekolah mereka
saya juga amalkan ciuman, pelukan dan ucapan sayang kepada mereka setiap hari
salam Fzi. Lama tak jumpa ek? Hmm bila di usia yang sesuai macam Ain ni, tak de peluang pulak untuk dia sebab kat sini tak de kem-kem macam ni, tak terbaca lagi iklannya. Tak tau la kalau sekolah masing-masing buat kem untuk pelajar sekolah tu je. Tapi yang penting ialah sentiasa ada kesedaran untuk memupuk kasih sayang dan jalinan hati yang erat dengan anak-anak. Doa ibu bapa sangat tajam. Semoga anak-anak kita menjadi anak-anak soleh dan solehah dan berbahagia di dunia dan akhirat. Amin.
Betul pa, moga input yang dapat dekat kem mampu ditranslate kan melalui perlaksanaan. Alhamdulillah Shilah baru je tanya mama tadi, "err...dekat blog mama ada zikir mathurat kan?"
...mmmm syukurlah, shilah nampaknya berminat dan bersemangat nak amalkan al-mathurat tiap hari.. :)
Wsalam ibu intan...
Alhamdulillah, anak2 zaman kini banyak terdedah pada berbagai peluang kehidupan yang berkualiti. Macam2 ada, boleh dapat dari banyak sumber. Antara hendak dengan tidak je untuk lakukan perubahan dalam diri masing2. Kita doakan yang terbaik buat kesemua anaknda... Dalam masa yang sama di pihak kita sendiri harus cuba berbuat yang terbaik...anak-anak ibarat kain puteh...
Wsalam Mazzuin...
Ohh...betul, dah lama tak hye hye bye bye...kan kita... :) Harap mazzuin sekeluarga bahagia sentiasa di sana...aminn
Ooo kat sana takde rupanya ek, takpe.. teruskan search cari, kot2 pasni jumpa kem motivasi yang sesuai untuk Ain.
Walau bagaimana pun keadaannya, doa kita InsyaAllah akan terus mengiringi perjalanan anak2 kan Mazzuin. Moga semua membesar jadi anak yang soleh...aminnn
hah blik kem ni wat juruh cket ye silah..tolong mama kat umah.. tolong bsuh kain, lipat kain, kemas family hall..hee..
bang...
...masa mama bacakan komen abang ni dekat shilah... senyum2 dia..
harap2 pasni makin rajin tolong mama...hehe
Post a Comment