CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Kemeriahan Aidil Adha di Bukit Sentosa

Alhamdulillah, di pagi raya kami sekeluarga beramai-ramai ke Masjid Bukit Sentosa bagi menunaikan Solat Sunat Hariraya Aidil Adha bersama sekelian warga BS/BBB yang lain. Ramai sungguh yang hadir. Sampai2 dah berpusu2 orang-ramai memenuhi hampir setiap ruang di atas masjid. Kebetulan masa nak melangkah masuk ke masjid, terserempak dengan Kak Kam yang juga baru sampai. Hah, apalagi... pakat ngan kak Kam nak try menyelit jugak biar dapat masuk ke ruang solat. Saya terlupa bawak sejadah. Jadi kalau boleh tak nak solat atas tiles yang sejuk tu, nanti nak mudah jadi krem kaki.

Alhamdulillah...at-last dapat gak tempat di ruang solat berkarpet, di saf ke 2 pulak tu... hehe... Rupa2nya bukan kitaorang je yang sibuk menyelit, makcik Kay pun tiba2 je muncul di saat2 akhir nak mula solat, terus dapat saf pertama lagi...hehe.. Ok lah tu...alhamdulillah

Orite, jom kita tengok2 gambar yang sempat snap hari tu....
Selamat Hari Raya Kurban/ Aidil Adha buat semua muslimin dan muslimat tak kira di mana sahaja anda berada. Semoga pengorbanan kita ikhlas kerana Allah Taala...aminnn

...Suasana gotong-royong menjayakan ibadah kurban
yang merapatkan ikatan ukhwah warga BS, BBB

kak ros sedang fokus kupas bawang merah,
saya duk depan kak ros,,kupas bawang puteh

papa dan abang dalam group seramai 9 orang
incharge lembu no.13
Keseluruhan lembu berjumlah 14 ekor


abang nampaknya dah expert,
boleh la jadi usahawan lembu suatu hari nanti... hehe

Link
kak som, makcik kay, makngah, anak makngah dan zila...
...ramai2 duk pakat basuh daging kambing nak buat gulai.


10 comments:

sot said...

Alhamdulillah 14 ekor lembu & seekor kambing tumbang di Masjid BS untuk ibadah korban. Kemeriahan bergotong royong menyerikan Aidil Adha. Gulai daging segar dan sup tulang dinikmati bersama selepas solat Zohor berjemaah.

zulkbo said...

salam..
meriahnya suasana
aidiladha berkeluarga..
eratkan silaturrahim..

fzi said...

Pa,
Alhamdulillah.. hajat kesampaian mama nak makan gulai kambing... daging fresh pulak tu, takde bau langsung..terer diaorang masak.. :)

fzi said...

Tuan zulkbo..
Alhamdulillah memang meriah...
Terserlah ikatan ukhwah yang kukuh sesama saudara Islam...

Tq singgah pkasih.. :)

Lynn Nasir said...

salam,

bestnya kambing..lama dah tak mkn. kalau teringin nampaknya pi frozen je la :(

fzi said...

Wsalam lynn...
Alhamdulillah..best dapat makan gulai kambing dari daging fresh.. :)

muna b said...

tahun ni banyak ke dapat daging korban....

fzi said...

mona...
Alhamdulillah boley tahan... hari2 kita duk asyik goreng ngan menyinggang daging je..hehe

muna b said...

tulah...kita banyak juga dpt. nak cuba pulaklah daging goreng dengan daging singgang. nak ubah selera.makan panas2 tentu sedapkan....

fzi said...

mona...
...elok le tu mona... terai la wat daging singgang tu.. memang best.. kalu nak goreng pulak best kalu nak terai goreng stail yang kita suka.. ley tengok 'Daging Goreng Buku' kat Menu...
thx mona... :)