CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Tazkirah Ramadhan 1

Alhamdulillah, malam tadi solat sunat terawih di Masjid As-Salam diselangi dengan slot tazkirah selama setengah jam. Tuan Nazir masjid bertindak sebagai penceramah yang mula-mula membuka tirai tazkirah di bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Ustaz Abu Bakar Yan memulai tazkirah dengan petikan ayat al-quran dari Surah Al-Baqarah ayat 183 yang berbunyi:


Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.....


Ustaz huraikan....
Terdapat 3 golongan orang yang berpuasa:

  1. golongan puasa orang awam - Puasa golongan ini hanya menahan diri dari makan dan minum serta perkara2 lain yang boleh membatalkan puasa.
  2. puasa khusus - selain dari bepuasa (1), turut berpuasa pancaindera seperti lidah, mata, telinga, tangan dan kaki.Lidah berpuasa dari menuturkan kata2 yang buruk dan sia-sia, mata berpuasa dari melihat sesuatu yang mungkar, telinga berpuasa dari mendengar umpatan, fitnah dan hiburan yang melarakan, tangan berpuasa dari berbuat perkara yang tidak wajar seterusnya kaki berpuasa dari menginjak ke tempat maksiat atau yang boleh menjurus ke arahnya.
  3. khusus dalam khusus - bukan setakat berpuasa (1) dan (2), malah turut berpuasa 'hati', maksudnya berpuasa dari segala keinginan yang buruk-buruk. Ia adalah puasa tahap tertinggi, yang di miliki oleh para ambiya' di mana puasa bukan setakat anggota pacaindera malah hati turut berpuasa. Hati di jaga dari lintasan maksiat. Apa yang ada ialah kebajikan dan zikrullah menuju tahap takwa.
Janganlah kita hanya termasuk dalam golongan yang pertama kerana puasa orang awam ibaratnya macam puasa kanak2 sahaja. Tak sabar dan tertunggu2 waktu untuk berbuka, bila masuk waktu saja terus makan dan minum sampai tersadai kekenyangan. Tanamkan azam dalam diri kita agar sekurang-kurangnya kita mampu tersenarai dalam golongan ke dua iaitu puasa khusus yang ikut berpuasa anggota pancaindera....InsyaAllah


Imam Al-Ghazali menggariskan, untuk berusaha tersenarai dalam golongan puasa khusus:

  1. perlu tundukkan pandangan. Jaga mata kita dari melihat perkara yang tidak sepatutnya kerana bila kita keluar dari rumah, berbagai pemandangan yang menanti. Bila di dalam rumah pula, berbagai program tv yang mencuri pandangan mata kita.
  2. memelihara lidah kita. Ini yang ramai antara kita tewas. Tak kira lelaki dan wanita, sama sahaja. Kita mengata, mengumpat, mencari aib orang, mencari kelemahan orang dsb. Sebaiknya kita gantikan penggunaan lidah kita dengan perbanyakkan zikir, perbanyakkan baca quran kerana ganjaran baca quran di bulan Ramadhan lagi besar pahalanya...InsyaAllah.
  3. memelihara telinga kita dari perkara2 yang diharamkan. Hindarkanlah mendengar segala kata2 yang buruk dan sia-sia.
  4. memelihara tangan, kaki dan anggota yang lain dari segala yang tidak baik.
  5. jangan berlebih2an atau dalam ertikata lain, jangan membazir.
  6. himpunkan rasa takut dan berharap pada Allah. Biar kita rasa takut dan risau Allah nanti tak terima ibadah dan amalan kita. Bila timbul perasaan semacam itu kita akan cuba buat yang terbaik, bukan hanya sambil lewa sahaja. Kita berharap sangat Allah terima amalan kita...aminnn

Perkara2 yang boleh sebabkan puasa kita tak berkualiti:

  1. persediaan kita - contohnya orang yang nak masuk lumba lari mesti lah buat latihan terlebih dahulu sebelum masuk acara 100m. Tak boleh lah terus masuk pertandingan macam tu saja. Sama dengan kita berpuasa di bulan Ramadhan ini, kita sepatutnya sudah ada persediaan di dua bulan sebelumnya iaitu di bulan Rejab dan Syaaban. Kita dah berlatih puasa sunat dan perbanyakkan amalan sebelum melangkah masuk ke bulan Ramadhan. Maknanya sudah bersedia sepenuhnya mental dan fizikal untuk buat solat terawih, bertaddarus, solat malam dsb di bulan Ramadhan.
  2. tak faham tujuan kita berpuasa - Sebagaimana yang disebut dalam Surah Al-Baqarah ayat 183, tujuan kita berpuasa adalah untuk mencapai tahap Takwa di sisi Allah. Jangan puasa kita jadi puasa adat semata2. Hanya menjadikan puasa ibu-bapa kita dan orang2 di sekeliling kita sahaja sebagai contoh teladan bagi kita. Kita mesti cari contoh puasa orang2 soleh yang boleh menjadi ikutan, contoh yang paling sempurna ialah puasa Nabi SAW dan para sahabat. Bawa dan serapkan ke dalam kehidupan untuk kualiti puasa kita.
Ustaz memberi satu peringatan di akhir bicara semasa menerangkan program masjid yang InsyaAllah akan padat dengan majlis ilmu sepanjang Ramadhan ini:

Ilmu itu penting. Dengan ilmulah
kita dapat bezakan yang mana baik yang mana buruk,
yang mana halal yang mana haram...


Wallahu'alam.

6 comments:

sot said...

Alhamdulillah sebuah ulasan dan perkongsian yang baik. Ilmu yg di dapat, disampaikan pula kepada yg lain, maka berkembanglah ia. Alhamdulillah. Sama2 lah kita usaha untuk dapat tahap kedua puasa itu sebagai peningkatan dari takuk lama di tahap satu, insyaAllah.

sekadar satu coretan said...

Ucapan selamat berpuasa. Semoga dapat menjalankan ibadah puasa dgn penuh kesabaran.

Semoga segala usaha dan amalan diberkathi dan dirahmati Allah SWT.

Lynn Nasir said...

harap2 puasa saya lebih ke kategori yg ketiga tu..insyaallah..

fzi said...

Alhamdulillah pa, sampai2kan ilmu, moga ada ganjaran pahala di sisi-NYA...aminnn

fzi said...

Selamat menjalani ibadah puasa juga buat ain... InsyaAllah Ramadhan kali ini lebih bermakna...

fzi said...

Alhamdulillah lynn... walaupun sukar, tak mustahil InsyaAllah...