CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Solat Sunat Tasbih

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... dengan izin Allah kami tadinya beramai2 selamat buat Solat Sunat Tasbih di bawah pimpinan Ustaz Amran di Surau Al-Bayan.

Timbul rasa semangat bila buat solat tasbih ramai2. Kalau nak harap saya buat sorang2, rasanya tak terbuat. Masalah saya, kurang dapat fokus masa mengira tasbih yang dibaca. Dikhuatiri kalau sorang2,tak cukup bilangan tasbihnya nanti. Jadi rasa lebih selamat bila follow ustaz , InsyaAllah sempurna bilangan tasbihnya, cukup 300 tasbih... alhamdulillah..

Sebelum mula solat, ustaz memberi taklimat ringkas berkenaan dengan cara2 solat beserta bacaannya. Alhamdulillah terus faham walaupun ustaz terangkan secara sepintas lalu. Tahu sikit sebanyak cara2nya sebab sebelum ini pernah sekali dua buat, juga secara beramai2 dengan kengkawan usrah.... tapi lamaaaa dulu la...

Ustaz kata, kita tak boleh niat solat tasbih mengikut imam tetapi boleh ikut hanya pergerakan orang yang meminpin solat tersebut. Bacaan tasbih ustaz begitu jelas, jadi kami masing2 dapat ikut bertasbih dengan lebih yakin dan kusyuk...alhamdulillah


SOLAT SUNAT TASBIH

Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih. Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak sanggup, usahakan sekali sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan, sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali dalam seumur hidup.

Solat Sunat Tasbih dilakukan empat rakaat dengan satu salam. Elok dilakukan sebelah malam, namun boleh juga di siang hari. Harus diingat, wlaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yg agak lama, kerana diselangi membaca 300 x tasbih


Bacaan tasbih itu ialah :


"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang hak disembah melainkan Allah, Allah Maha Agung dan tiada daya dan tiada kekuatan (bagi kita)
melainkan dengan (bantuan) Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung."


Solat ini dilakukan 4 rakaat, setiap satu rakaat kita baca 75 x tasbih. 4 rakaat menjadikannya 300 tasbih Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:

1. selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih

2. rukuk - 10 kali tasbih

3. iktidal - 10 kali tasbih

4. sujud - 10 kali tasbih

5. duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih

6. sujud semula - 10 kali tasbih

7. duduk sebentar sebelum berdiri semula/selepas tahiyat awal @ akhir - 10 kali tasbih

Jadi jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih . Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih


Niat Solat Tasbih


Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala


Surah-surah lazim yang kami baca selepas al-Fatihah tadi ialah:

1. Rakaat pertama : Surah al-Kafirun
2. Rakaat Kedua : Surah al-Ikhlas
3. Rakaat Ketiga : Surah al-Falaq
4. Rakaat Keempat : Surah an-Nas


Sekian, Selamat Beramal...


11 comments:

sot said...

Tahniah kerana berjaya mendirikan solat sunat tasbih ini. Sudah tentu memberi kepuasan dan keinsafan berdiri dan bersujud mengharap belas ehsan dan keampunan dari Allah SWT.

fzi said...

Alhamdulillah, berjaya pa!
Nak buat solat tasbih kena kuat stamina... mama tengok jam, time kitaorang mula dalam pukul 3.10 dan selesai semua dalam pukul 4.22 gitu... lebihkurang sejam lebih ambik masa...

Berazam nak buat lagi...InsyaAllah :))

anie said...

assalamualaikum....
kak tgh buat ape?
sory la ani hantar mesej kak akak dalam ni...
hari sabtu ni ani ade buat pertandingan tulisan jawi...
artikel dalam tulisan rumi pas tu tukar kepada jawi...
akak berminat tak nak sertai pertandingan ni...
terbuka kepada orang dewasa
tempatnya kat masjid As Salam Bukit Sentosa...
kalo ade kengkawan akak yang nak sertai, dialu-alukan...
peserta terhad 20 orang je...
tapi sampai hari ni, baru dua orang je mendaftar...

fzi said...

Wsalam ani...
Takpe.. akak ok je, ani anytime je boley nak antar mesej thru sini.. :)

Ohh iya ke pasal pertandingan tu? Waa bagus tuh, dah le dekat ngan umah akak... :)Nnt akak inform kengkawan usrah, k ani... InsyaAllah kalu ada yang nak nnt akak mesej ani. Akak sendiri teringin gak nak join, tapi lambat sikit le anie nak translit rumi ke jawi... merangkak2 nak tulis jawi...hehe.. Tapi kalu translit jawi ke rumi, siang2 akak konfem join! hehe

fzi said...

Ani, ada satu laman web yang boleh tolong kita translit tulisan rumi ke jawi secara online. Suka... akak selalu gi wat latihan kat sana.. :)

Jemput ke:

http://www.ejawi.net/converterV2.php

shami2 said...

Salam kak Fzi..

alhamdulillah...seronok dapat buat solat sunat tasbih ramai2 tu...

Bila dah biasa dah jadi ok...tak rasa kepenatan...
Pernah buat kat ofis lepas zohor setiap hari jumaat sebab rehat panjang...

Kata ustaz saya...solat sunat tasbih ni kalau di amal baik..boleh turunkan berat badan lebih baik dari berjogging...

fzi said...

Wsalam shami...
Betul tu... alah bisa tegal biasa kan...
InsyaAllah kalu selalu buat latihan tu, segala2nya akan jadi mudah bila dah kita terbiasa tuh.

Satu exercise yang baik solat tasbih ni...dengan izin Allah dua2 dapat, kesihatan ruhani dan jasmani ...aminnn
Thx shami :)

Sueozana said...

Salam fzi..

Smoga drahmati Allah swt.. BEST nya fzi dpt buat sunat tasbih b4 ramadhan ni.. dah lama k sue x buat, kna cari kkuatan lawan nafsu lemah/malas dlm diri k sue ni..tringin nak buat jgak..

fzi said...

Wsalam k sue...
Alhamdulillah syukur kerana dikurniakan Allah daya dan upaya untuk turut serta menyempurnakan solat tasbih tu ngan kengkawan.

Saya pun sama akceli k sue, memang pada awalnya timbul rasa lemah/malas nak buat tapi bila tengok kakak2/makcik yang lebih berusia ikut datang, diri ini jadi lebih bersemangat. Ada gak kakak2 yang ada masalah lutut dan sebagainya, gagahkan gak diri ikut solat walaupun secara duduk... Subhanallah

Takpe k sue, kita ada bihkurang 4 hari lagi sebelum mula Ramadhan(termasuk hari ni), InsyaAllah sempat lagi kalu nak buat di bulan Syaaban ni...
Thx k sue... :)

Sueozana said...

Slmlkm...

fzi, kak sue dtg lagi, hehe.. K sue mtak izin cnp (edit sket2) solat Tasbih ni ke blog k sue utk rujukan n manfaat pembaca d sana yer.. tq fzi. wsslm.

fzi said...

Silalah kopipes kak sue... pakat2 kita manfaatkan ilmu InsyaAllah.. :)