Alhamdulillah, hari ini tergerak hati untuk hadir ke kelas di Surau Al-Bayan. Dah beberapa minggu bercuti, tak tahu lah atas sebab apa sebenarnya... biasalah, macam2 alasan yang nak dijadikan sebab... ouhhh
Ustaz hari ini sambung tafsir ayat 60 - 65 Surah al-Kahfi. Dah banyak sesi rupanya saya terlepas kelas tafsir tu...rugi sangat rasa..
Dalam pada ustaz menerangkan tafsir ayat2 al-Kahfi, ustaz selitkan sama pesanan2 yang berbunyi:
- belajarlah.... pergilah ke majlis ilmu kerana majlis ilmu adalah majlis peringatan... dapat memperingatkan apa2 yang kita terlupa, terleka dan segaligus dapat tambahkan ilmu ke dalam diri kita
- kita menjadi zalim kepada diri sendiri bila contohnya ada orang alim datang sebaliknya kita tidak hadir untuk mencari sinar dari orang alim tersebut.
- berusahalah untuk berjumpa dengan orang alim dan carilah sinar daripada beliau yang datang.
- jangan kita memilih tok guru mana. Kalau dengar ada mana2 ahli ilmu nak datang ke tempat kita, jangan kita hanya berminat nak pegi bila yang datangnya tok guru yang ada nama. Yang biasa2 atau yang kurang dikenali, kita tolak. Seeloknya, asal saja beliau datang untuk bagitau perkara kebaikan, maka pergilah...hadirlah....
- tiapkali kita hendak ke majlis ilmu, biasanya yang paling dekat dengan kita adalah Syaitan. Syaitan sentiasa ada walau dalam keadaan kita cuba berbuat baik apatah lagi dalam keadaan kita berbuat perkara yang jahat. Maka, kuatkanlah hati melawan kehendak Syaitan yang menghasut tak bagi pergi...
- kita mungkin selalu cuba berbuat baik tapi adakalanya amalan atau ibadah kita tidak bertepatan dengan syariat. Oleh itu kena hati2, jangan sampai amalan kita bercanggah dengan sunnah Rasulallah SAW lalu ianya menjadi perkara bidaah pula. Berwaspada terhadap hadis daif(lemah) dan hadis maudu'(palsu).
- makanya perlu diingat, untuk nak buat ibadah kena ada:-
- Ikhlas - contoh nak solat kena ikhlas, nak puasa kena ikhlas, buat umrah dsb
- Benar - maksudnya apa yang kita buat biarlah bertepatan dengan apa yang dilakukan oleh Rasulallah SAW
- Ibadah itu hendaklah berpegang kepada tali Allah yakni berlandaskan al-Quran dan Sunnah
- bila tiga2 ciri tersebut dipenuhi, InsyaAllah terbukalah ruang untuk kita lebih dekat dengan Allah. Banyakkanlah amalan zikrullah *zikir hasbi-rabbi contohnya amat baik untuk diamalkan* dan sentiasalah bersifat redha dengan apa yang kita ada...sentiasa bersyukur...
Wallahu'alam.
0 comments:
Post a Comment