CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Kisah Computer

Senyum menceriakan hari anda....

Lepas baca citer kat bawah ni, mungkin nanti ada yang akan tersenyum sorang2... cam saya, dah tersenyum sampai ke telinga... hehe
Cerita santai je, dapat dari
forwarded e-mail yang bersusun dalam peti inbox.... :))

___________________________


Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Microsoft Word Helpline (bantuan berkenaan Microsoft Word melalui telefon). Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walaubagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Word Perfect atas dakwaan “Memecat tanpa Sebab”. Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:

Microsoft: Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?

User: Ya, err, Saya ada masalah dengan Microsoft Word.

Microsoft: Masalah bagaimana tu encik?

User: Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang.”

Microsoft: Hilang?

User: Ya, ia hilang.

Microsoft: Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?

User: Kosong, tak ada apa-apa.

Microsoft: Tak ada apa-apa?

User: Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip.

Microsoft: Adakah anda masih didalam Microsoft Word, atau anda telah keluar?

User: Macam mana saya nak tau?”

Microsoft: Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?

User: Apa tu si-perom?

Microsoft: Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?

User: Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon bila saya taip.

Microsoft: Adakah monitor anda ada power indicator?

User: Monitor tu apa?

Microsoft: Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV. Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidupkan?

User: Saya tak tahu.

Microsoft: OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?

User: Rasa-rasanya.

Microsoft: Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda.

User: Yaa, terpasang.

Microsoft: Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?

User: Iya ke?.

Microsoft: Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut.

User: Okay, jumpa dah.

Microsoft: Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda.

User: Alamak tak sampai laa.

Microsoft: Ok… boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?

User: Tak boleh.

Microsoft: Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?

User: Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap.

Microsoft: Gelap?

User: Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya ada adalah dari cahaya tingkap.

Microsoft: OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda.

User: Tak boleh.

Microsoft: Tak boleh? Kenapa?

User: Sebab kat pejabat saya “blackout”, tak ada elektrik.

Microsoft: Blackout… tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?

User: Ada… saya simpan kat dalam almari.

Microsoft: Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu.

User: Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?

Microsoft: Iya, rasa-rasanya macam itulah.

User: Err… okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa dengan pekedai tu?

Microsoft: Beritahu mereka anda terlalu BANGANG untuk memiliki sebuah komputer.


***nota fzi: Kurang2 kita nak kena tau gak sikit2 pasal komputer ni, ye tak... takde la wak segan sangat kalu orang tanya yang basic2 tu... Macam saya, pernah beberapa kali kena deal sendiri dengan technician Tm melalui telefon bila kena internet connection down dan sebagainya. Terkial2 gak le time ikut instruction adik technician tuh suh check wayar sana wayar sini....hehehe


8 comments:

Lynn Nasir said...

salam kak,

hehe..mmg bengong le pemilik pc tu. hahah..mcm tu punya org pun wujud ka? mcm tak logik je kan. dah la keje pejabat, pakai pc plak tu. takkan le pasal blackout tak tau. saje ngorat operator kot :p

p/s: dulu org TM pernah dtg umah saya. ingatkan ada masalah mende la internet tak connect. rupanya wayar terbakar dipanah petir. ish..ish..

indahhouse said...

salam kak fzi,
saya pun dah banyak kali tepon operator. cuma kdg2 dia tanya pasal benda dalam, settingla.. historyla, ish ish... seb baik adik tu baik. hihih..

10 said...

em... macam2 hal la... xda lektik rupanya... tu fasal x leh on... hehehehhe...

Pena said...

haha

fzi said...

Wsalam Lynn...
Itu ler...bunyi cam tak berape logik tapi tak mustahil lynn... mungkin ada yang betul2 tak tau menahu, reti taip je... apa2 pun kita anggap je cerita tu hanya sebagai hiburan... citer lawak...hehe

...memang pc sentitip betol ngan kilat ngan petir... ada umah nbour akak pun kena...

fzi said...

Wsalam nur...
Tu le pasal nur... memang kita yang duk umah ni kena tele sendiri ngan orang Tm... diaorang pun dah paham bukan sume pengguna terer bab setting2 nih... hihi

fzi said...

10...
kira lawak jenaka le tu bih-kurang kan 10... hehe
Tapi hakikatnya rasa ramai gak yang belom betul2 celik IT, kan 10...termasuk le akak ni tau yang basic2 je..hihi

fzi said...

Pena...
Ooo bukan takat senyum, tergelak ya pena.. hehe