"k dahhh....jom...bilik kakak tingkat 7!"
Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memudahkan segala urusan semasa pendaftaran kakak masuk UIA semalam. Pendaftaran bermula sejak Jumaat lagi. Tapi untuk course kakak kena hari Ahad jam 8.00 - 12.00 tengahari. Sekejap je siap semalam. Kami sempat bawak kakak kluar lagi for short outing ke One Utama selepas dah settle urusan asrama. Jam 3.00 petang dan siap2 hantar kakak balik untuk rehat sementara tunggu waktu bermulanya sesi orientasi buat pelajar2 baru.
Kakak akan melalui minggu orientasinya selama seminggu di kampus Sec.17 PJ sebelum dihantar ke kampus pengajian di Nilai. Untuk seminggu ni, kakak ditempatkan di Mahallah Khadijah sebilik dengan rerakan yang sama course *yang sama2 akan ke Nilai nanti.*
Maka bermulalah era baru dalam hidup kakak, InsyaAllah from now onwards kakak dah boleh bergelar pelajar U dah bukan lagi budak sekolah dah....hehe... Maknanya kena tukar sistem le sikit... Kalau dulu, makanan terhidang je dekat Dewan Makan kat hostel tu tiap kali sampai waktu makan, pasni tak lagi. Kakak kena cari sendiri...huuuu..... Harap2 pandai2 lah ya, budget leklok duit makan tu nanti... :)
Sistem belajar pun tak sama macam masa sekolah dulu dah... Pandai2 lah bawak diri di sana nanti k. Cabarannya lebih... Ingat pesan papa, ingat tips yang abang kasi, hati2 dengan suasana sekeliling, selalulah baca ayat kursi sebagai pelindung diri... mama kat umah akan sentiasa doakan kakak... GOOD LUCK ya kak...
... mama dah mula rindu...huuu :))
بسم الله الرحمن الرحيم
Kakak Selamat Mendaftar
Labels: cabaran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Syukur sudah selesai. InsyaAllah, kakak akan pandai bawa diri. Remaja2 sekarang cerdik dan cepat pick-up tapi ibubapa masih perlu membimbing mereka lagi. Seronok ye Kak fzi, anak-anak dah menempatkan diri ke universiti, mudah-mudahan anak2 saya pun akan berjaya sperti anak2 akk suatu hari nanti insyaAllah.
Ummufarhan...
Itu la...syukur pada Allah... :)
Lepaskan kakak kali ini risaunya lebih sikit la ummufarhan, maklum lah anak perempuan... harap2 kakak dapat sesuaikan diri kat sana.. InsyaAllah...
Akak doakan anak2 ummufarhan pun akan mudah perjalanan mereka dalam menuntut ilmu...aminn
Thx ummufarhan... :)
salam kak fzi,
Tahniah buat kakak. Senyum meleret kakak tu, mest ramai peminat nanti. hehehe...
blajar rajin2 tau, kakak. jangan bercinta sebelum dapat ijazah tau.. ;) Moga terus sukses
Salam fzi,
Anak Pak Man pun masuk sana juga. Hari Ahad tu juga. Duduk Mahallah Zainab. Nanti minggu depan pindah ke Nilai.
Semoga mereka semua selamat dan dilindungi Allah selalu.
Wsalam nur...
hehe...itu la.. senyum je sepanjang hari... tapi time nak bye bye mama ngan papa, wajah dah mula berkerut2 dah...hehe
Harap2 gitulah nur, boypren2 harap tangguh dulu..hehe
Wsalam Pak Man...
Ohh anak pak man pun daftar hari tu juga rupanya...tahniah k!
Oo..duduk mahallah zainab, orite le tu..InsyaAllah saing ramai2 ke Nilai nnt, dengar citer hari Jumaat hari berpindahnya pak man. Tapi kami hari minggu kot baru nyusul ke sana...InsyaAllah.
Harap anak2 sume selamat dalam perlindungan Allah Taala...aminn
Kakak dah pindah ke kampus di Nilai. Semoga tabah dan kuat jatidiri.
Mudah-mudahan pa... harap2 selamat sume...mama tengok kampus Nilai not bad kan... selesa nampak bilik kakak siap ada bilik air sekali. Tak payah nak kuar2 dari bilik nak pegi bilik air. Study room pulak betul2 depan bilik masing2. Menyenangkan kakak. Nak basuh baju pun senang pakai washing machine yang masuk coin je. Alhamdulillah kita sempat kutip syiling banyak2 kasi kakak malam tu, senang kakak nak basuh baju... :))
Cuma bab nak beli makan je lah yang mama risau. Kena keluar jalan cari makan sendiri kat kedai2 makan berhampiran.... huhu
Post a Comment