CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Abang Ke Gunung Ledang

Hari ini anak saya yang sulung bersama2 tujuh orang rakannya *Kenet, Mizi, kawan Mizi, Dago, Afiq, Pa'an dan Haziq*akan bergerak menuju ke Gunung Ledang. Semua bersemangat nak sahut cabaran Gunung Ledang setelah alhamdulillah sebahagian mereka telah berjaya menawan puncak Gunung Angsi pada cuti Sem yang lalu.

Kenet dari Sabak Bernam baru saja sampai tadi jemput abang, manakala dua lagi rakan sedang menunggu di stesen ktm Rawang. Mereka berempat akan ke Pasaraya NSK terlebih dahulu untuk membeli barang keperluan makanan sebelum bertolak ke Johor. Empat lagi rakan menanti di Johor di mana dua darinya bertolak dari N9. InsyaAllah abang dan kengkawan akan ditemani seorang renjer dari Jabatan Perhutanan Gunung Ledang semasa sesi mendaki nanti.

Mama harap abang kuat semangat mental & fizikal jika ingin berjaya untuk misi kali ini. Ingat pesan papa, mulakan langkah mendaki dengan Bismillah dan akhiri dengan Alhamdulillah. Iringi langkah abang dengan Zikrullah agar hati kita tidak lupa pada-Nya. Mama doakan abang dan kawan2 selamat mendaki, selamat sampai ke puncak Gunung Ledang, selamat turun dan selamat pulang ke rumah nanti... Mohon Allah lindungi dari segala bahaya....aminnn

19 comments:

ain said...

mesti seronok dapat mendaki gunung ledang!! saya dan anak2 pun ada plan nak becamping kat gunung ledang. tp semuanya tinggal perancangan shj selagi ayah dia org tak balik.

Doakan semoga abang dan rakan2 berjaya menawan gng ledang dgn selamat dan semoga segalanya dipermudahkan Allah!!

kakak said...

ingt pesan papa tuh!!!
hahaha..

kakak doakn jugak slmt sume2..
huuhuhu..
taon depan kakak lak nk gi..kkekee

10 said...

mudah2an semuanya selamat pergi dan balik...

Papa Amir said...

Go Amir & The Gang !! Tawan puncak lagenda Gunung Ledang dengan semangat pahlawan Hang Tuah. Never give up !!

1. Hayati kebesaran dan keindahan ciptaan Allah
2. Kenali hakikat siapa kita? Hamba Allah.
3. Semoga aqidah, ilmu & amal bertambah mantap.

"Ya Allah, berikan kekuatan dan keselamatan kepada anak2 kami ini untuk berjaya pada ekspedisi kali ini." Amiin.

salwaabubakar said...

best sgt gunung ledang..
inshaAllah berjaya sampai puncak. ;)

Lynn Nasir said...

gunung ledang..arwah atok selalu mendaki dgn kwn2nya mencari ubat dan rotan. pernah dia cerita terjumpa harimau kaki tiga ^^

fzi said...

Ain...
Ohh ain pun ada plan nak camping kat sana rupanya...hehe...mesti best tuh!
Akak takleh imagine tempatnya sebab lom penah sampai sana... masa muda remaja hari tu sempat daki setakat Bukit Larut je...hehe
TQ doa dari ain buat abang n kengkawan...akak pun harap sumenya selamat InsyaAllah.

fzi said...

kakak...
papa kasi green light dekat anak laki je...kakak kalu cuti sem pasni mama daftar kat kelas belajar masak je ek...hehe

fzi said...

10,
harp-harap camtu la 10...TQ tolong doakan....kurang2 boleh kurangkan sikit rasa risau dalam hati akak ni...hehe

fzi said...

Pa...
Semangat dari papa mampu legakan sikit hati mama yang nak tak nak terpaksa lepaskan abang ke sana... InsyaAllah Allah mudahkan urusan abang n team ekspedisi Gunung Ledang... aminn

fzi said...

Salwa...
TQ singgah baca citer Amir ke Gunung Ledang ni...lama tak dengar kabar Salwa...makcik harap salwa sekeluarga sihat ya...
Itu la, sama2 kita doakan Amir n the gang sampai ke puncak dan turun ngan selamat k salwa! :)

fzi said...

Lynn...
Ishk berdebar pulak pas baca pengalaman atuk Lynn tu... huhu
Itu yang akak ngan papa dia duk pesan suh abang selalu baca ayat kursi just in case nampak/jumpa apa2 yang tak disangka2...Minta Allah lindungi abang n the gang serta mana2 team lain yang sedang mendaki di Gunung Ledang...aminn

salwaabubakar said...

sekarang sibuk.hehe.
sebab dah nak dekat exam.
tapi hakikatnya,bila masuk koleh mara banting ni,,memang masa saya utk berblogging dah dicuri oleh program ni.
tapi demi mencapai cita2,,saya gagahkan jugak.
dah lama xbalik rumah.rindu keluarga.
huhu
terimakasih.
makcik doakan saya berjaya untuk exam sem ni ya.minggu depan saya exam.
exam ni penting utk placement negara

salwaabubakar said...

saya ada blog baru.
http://salwaabubakar.blogspot.com

fzi said...

Salwa...
Ohh gitu...bizi benar lah kiranya salwa skang ni... ape2 pun makcik doakan salwa success dalam sume yang diceburi...teruskan perjuangan menuntut ilmu... :)
Nnt makcik usha blog baru salwa k!

sekadar satu coretan said...

salam perkenalan...
terima kasih kerana sudi singgah keblog saye ni...dengan adanye blog ni dapat kite bertukar-tukar cerite ye...

fzi said...

Wsalam ainnoraini...
Salam kenal buat ain juga..
Sama2 kita ambil manafaat apa yang baik kan ain...thx :)

anismi said...

Salam,
Anak-anak ni akan rasa seronok bila diberi kepercayaan dalam melakukan sesuatu asalkan yang tidak bercanggah...
Semoga selamat pergi dan kembali dengan sempurna...insyaallah

fzi said...

Anismi...
Benar tu...
Anak2 bila meningkat dewasa perlukan ruang untuk mereka membuat keputusan sendiri. Kita sebagai orang tua hanya perlu cuba membimbing dan berterusan memberi nasihat agar mereka yakin keputusan yang dibuat betul/sebaliknya.
Thx anismi :)