Dalam seminggu ini macam2 ujian kesihatan menimpa saya....astaghfirullah... bukan mengeluh tapi tulis ni sebab nak jawab pertanyaan dua tiga orang rakan yang bertanya via e-mail dan sms, "ngapa senyap je?".... :)
Bermula dari minggu lepas, saya sakit bahu.... ianya timbul bila saya dengan sukarela tolong papa diaorang cantas pokok bunga kertas kat anjung belakang. Dahan pokok tu dah jadi sebesar pergelangan tangan orang dewasa. Agak membahayakan sebab rumah kami di atas bukit... risau akar2 nya nanti boleh rosakkan struktur tebing di belakang rumah. Sikit punya susah nak potong sebab kami kena hulurkan tangan hingga setakat lengan je dari celah2 gril pagar anjung belakang tu...
Saya dengan parang di tangan, bersungguh2 cuba potong. Bila penat, suami pula ambik alih sambung buat. Lama jugak try, akhirnya terputus jugak dahan yang besar tu dari pangkal pokoknya. Alhamdulillah, lepas dah satu beban pikirkan pokok bunga kertas yang besar kat belakang rumah tu....
Sudahnya dua tiga hari la saya duk menahan sakit. Bahu kanan langsung tak boleh diangkat. "Solat sambil duduk la Ma", kata anak saya. "Takpe lah mama terai slow2, boleh nih....", saya masih tak mahu mengalah dengan keadaan itu. "Benda kecik je nih...",pujuk hati saya.
Dengan izin Allah lepas ambik ubat telan dan krim sapu untuk sakit otot, secara beransur-ansur alhamdulillah sembuh lah akhirnya.
Baru je reda, tiba ujian sakit tekak, batuk dan rasa macam nak demam pulak. Ishk.... saya redakan hati dengan mengulang kata2, "...ujian tanda Allah sayang...sabarrr.."
Dah makan ubat batuk, kemam fisherman friends yang tak manis dan terkini buat jus lemon suam-suam kuku, minum.... Alhamdulillah, rasa lega sikit... Ya Allah kurniakan lah kesembuhan.... aminn
بسم الله الرحمن الرحيم
Tak Sihat Sepanjang Minggu
Labels: celah2 kehidupan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
Wow sedap la pulak nampaknya air lemon suam ni, mintak segelas. Ubat sakit tekak ni. Maka benarlah, orang beriman itu akan sentiasa di uji Allah. Mengikut setengah riwayat setiap 40 hari. Sabarlah menempuh ujian ini. Setiap ujian itu pula sebenarnya kecil saja, jika nak dibandingkan dengan ujian Allah terhadap orang lain, betul tak? Banyakkan zikir dan fikir merenangi kasih sayang Allah.
assalamualaikum kakfzi.apa khabar? mudah2an dah beransur sihat. skrg mmg musim org sakit la kakfzi. klinik2 pun penuh sokmo di klate ni.
moge2 mama cepat sembuh..
saba la maaa..ujian dri allah tande allah syg mama..huhuhu..
=)))
Pa..jus limau nipis pulak ya..hehe
kakak,
..huuhuuu.... :)
Wsalam anis...
Alhamdulillah ansur2 sihat... batuk/selesema yang ambik masa sikit .. thx anis
Salam,
Semoga akak menerima ujian dari Allah dengan tabah..semoga kak fzi bertambah sihat n ceria selalu..amin.
Salam Fzi,
Semoga dah sihat.
Wsalam ummufarhan...
TQ...alhamdulillah dah makin sihat dah...masa tengah weak hari tu je yang rasa takleh bangun...hehe...terpaksa ambik m.c cuti masak.. hehe
Wsalam kak ani...
Alhamdulillah dah sihat, tinggal batuk je payah sikit nak kebah...dalam seminggu ni asyik duk minum air perahan limau je...hehe...
Thanks ya kak ani... :)
Salam kak fzi,
Hopefully akak dah beransur pulih.. sekarang memang dah musim kot kak. banyakkan minum air yer kak.. Moga cepat sembuh...Amin
Wsalam zalieda...
Itu la, musim la ni agaknya tambah dengan cuaca yang tak menentu sekarang ni.. suara kwn2 dalam telefon pun sume serak2 basah je...hihi
Zalieda TQ atas ingatan dan doa buat akak.. aminnn...
lama akak tak update Menu...now hari2 duk masak yang rebus2 je, sup2 je... :)
Salam dari warkah bonda,
semoga sentiasa tabah dan sentiasa kuat menghadapi segala ujian ni ya.. :-)
Minum air limau suam selalu untuk tekak :-) salam
Wsalam Dyla Qistina...
Timakasih doa buat makcik.. :)
Itu la, sekarang hari2 duk buat jus limau...nyaman je rasa tiapkali minum...hehe
Salam kak fzi,
apa khabar? Moga kak fzi makin sihat dan ceria. Semoga jua segala urusan dipermudahkan Allah.
Wsalam nur...
Alhamdulillah akak dah sihat dah...thx nur tanya kabar... :))
..masa tak sihat tu baru ingat nak jaga pemakanan nur, hari2 buat sup sayur dan minum minuman herba...kalau tak, asyik makan yang berlemak dan berkolestrol
je...hehe
salam... lama jugak x jenguk sini... kak fzi x sihat ya... mudah2an cepat sembuh ya...
kalo dah sihat... leh la amik tag kat blog org ek...
Wsalam 10...
Alhamdulillah akak dah OK 10... lama dah tak sakit, jadi bila kena sakit sekali, lemah sangat rasa...huuuu
Thanx 10, nnt akak ke sana ambik :)
Post a Comment