ADAKAH KITA GOLONGAN ORANG YANG BERSYUKUR?
Selamat Sejahtera Assalammualaikum WBT
Nikmat Kesihatan
Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang. (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)
E-mail ini adalah cerita bergambar yang sebenar .
Ianya boleh merubah hidup kita, cara kita berfikir serta maksud hidup kita. Ianya adalah kisah seorang lelaki dari Bahrain yang bernama Ibrahim Nasser. Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya boleh mengerakkan kepala dan jari-jari. Pernafasannya juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan. Ibrahim telah menanam keinginan untuk bertemu dengan Sheik Nabeel Al-Wadi seorang ulama’ dari Kuwait. Ayah Ibrahim telah memohon kepada Syeikh Nabeel Al-Wadi agar dapat menunaikan hajat anaknya Ibrahim untuk berjumpa dengannya.
Ini gambar Syeikh Nabeel di Lapangan Terbang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Ibrahim. Ibrahim tersangat gembira dapat berjumpa dengan Sheikh Nabeel bila beliau membuka pintu biliknya. Kegembiraannya dapat digambarkan pada raut wajahnya sehingga sukar baginya untuk berkata-kata pada mulanya.
Saat-saat bila Syeikh Nabeel masuk ke dalam bilik Ibrahim Dan ini adalah wajah kegembiraan Ibrahim bila dapat berjumpa dengan Syeikh Nabeel
Perhatikan alat pernafasan dileher Ibrahim…dia tidak dapat bernafas secara normal
Syeikh Nabeel mencium dahi Ibrahim
Ibrahim bersama-sama ayah, bapa saudaranya dan Syeikh Nabeel
Syeikh Nabeel dan Ibrahim berkongsi cerita tentang dakwah melalui internet dan segala macam usaha yang diperlukan olehnya. Mereka juga berkongsi cerita tentang perkara lain. Semasa perbualan mereka , Syeikh Nabeel telah bertanyakan satu soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan tangisan lantas menghamburkan air mata.
Ibrahim tidak dapat menahan air mata yang mengalir apabila mengenangkan pengalaman yang menyedihkan
Syeikh Nabil mengusapkan air mata Ibrahim
Tahukah anda apakah soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan kesedihan sehingga menangis sepuas-puasnya ?
Syeikh Nabeel telah bertanya kepada beliau, sekiranya Allah memberikan dia nikmat kesihatan sehingga dia boleh berjalan, apakah yang akan dilakukan olehnya ?
Mendengar Soalan ini, Ibrahim telah menangis sepuas-puasnya sehingga ayahnya, bapa saudaranya dan kesemua orang di dalam bilik itu termasuk juga jurugambar telah menangis .
Dia telah menjawab, demi Allah jika saya boleh berjalan maka saya akan menunaikan sholat saya di masjid dengan penuh gembira dan akan menggunakan segala nikmat kesihatan untuk mendapat redha Allah.
Wahai saudara-saudara sekelian Allah telah memberikan kita semua nikmat kesihatan dan kita semua boleh berjalan dengan tidak ada masalah. Adakah kita menunaikan sholat kita di masjid ataupun kita hanya membuang masa berjam-jam di depan TV dan komputer ?
***nota fzi: tkasih buat suamiku yang baru sekejap tadi forwardkan e-mail yang begitu bermakna ini dari ofis...insaf.. tqvm...
15 comments:
alhmadulillah..
aku bersyukur dgn nkmat yg diberi oleh-Nya..
insaf bace kisah ibrahim..
semmoge die sntiase tabah da sabar dgn ujian yg diberi.
Nikmat Kesihatan dan banyak lagi nikmat lain yang tidak terhitung banyaknya yg di kurnia dan dipinjamkan oleh Allah untuk kita, tapi kita buat dak je, solah-olah itu milik mutlak kita. Maka sama2lah kita renung2kan dan fikir2kan. Cuba letak diri kita dalam situasi hamba Allah yang bernama Ibrahim ini.
Subhanallah...very beautiful story..bersyukur dengan nikmat kesihatan dan kesempurnaan yang Allah kurniakan..sangat2 touching kisah brother ibrahim ni..izinkan saya copy ye kak?
kakak,
sama2 kita ambik iktibar dengan citer ibrahim...moga Allah kurniakan segala kebaikan buat beliau...aminn
pa,
lepas dapat e-mail papa, terus mama post masuk blog...nak kongsi rasa terharu, terpegun, insaf dan macam2 rasa lagi ngan kengkawan blogger... huuu
ummufarhan....
TQ singgah baca kisah ibrahim....itu la, akak pun turut tersentuh hati melihatkan keadaan ibrahim...jelas beliau ada kekuatan tersendiri dalam hubungannya dengan Allah Taala...Subhanallah..
Umar Zakir Abdul Hamid....
TQVM dengan komen yang begitu prihatin... Memang luluh rasa hati baca kisah ibrahim, namun ternyata ibrahim begitu tabah dan jelas redha menerima ketentuan Allah terhadap beliau.... sama2 kita doakan segala yang baik buat ibrahim...aminnn
ummufarhan...sila lah copy, elok forwardkan kat sume rakan2, InsyaAllah beroleh manafaat..thx
semoga kita semua insaf setelah mmebaca kisah Ibrahim ini. tq kak sbb sms sy utk kisah ni.
Alhamdulillah...sama2 kita cuba ambil iktibar dari pengalaman orang lain ain.. kadang kita terlupa ramai lagi yang tidak bernasib baik di luar sana amat mengharapkan nikmat kesihatan sebaliknya kita yang bebas bergerak ke sana ke mari, yang sihat walafiat kadang tanpa sedar terlupa pula untuk menghargai nikmat kesihatan yang Allah beri...
Thx ain...keep in touch.. :)
salam kak fzi,
terharunya baca kisah ibrahim. moga kita sama2 dapat iktibar.
Wsalam nur...
Kisah ibrahim menuntut kita berfikir, di mana kedudukan tahap iman kita sekarang ini... ibrahim walaupun kekurangan dalam kesempurnaan sifat tapi jelas mempunyai nilai taqwa yang tinggi Subnanallah..
ya allah sunggoh terharu nya..
kita sering lupa,nikmat utk kita terlalu bnyk...
kakza nk kutip nk letak kat blog kakzaa yerr...
betul2 insaf dgn keadaan ini..
Sila lah kak zaa...
Jemput kopipes, sama2 kita ambik iktibar dari kisah ibrahim...
Thx kak zaa.. :)
Post a Comment