CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Doa Selepas Solat

Assalamualaikum...

Kami selalunya sampai agak lewat di masjid untuk sesi Kuliah Maghrib. Dah selamat hantar anak ke kelas malam jam 8.00 di sekolahnya, baru bergegas lalu ikut jalan short-cut menuju ke masjid.

....masuk2 je masjid satu malam tu, ustaz tengah sebut pasal 'Doa'.

"Mintak dengan Allah, mohon hajat kita...."

"Bila ada orang datang mintak hajat dari kita, kita seikhlasnya cubalah perkenankan hajat beliau. InsyaAllah Allah akan perkenankan pula hajat kita..."

Firman Allah dalam Surah Al-Mu’min, ayat 60
yang bermaksud...'Mintalah kepadaku, akanku perkenankan doamu...


************

DOA SELEPAS SOLAT



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.

Ya Allah, akhirkanlah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang buruk.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana bahawa sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

**kredit pada doadoaharian.blogspot.com

10 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah, memang sentiasa berdoa selepas solat. Thanx for the info, kak fzi.

fzi said...

Intan...
Sama2 kita rajin berdoa kan intan... akak selalu pesan kat anak2 suh angkat tangan berdoa esplly sepanjang hari jumaat sebab ada satu saat pada hari itu, Allah akan kabulkan doa orang yang memohon pada-Nya... berdoa je bila teringat nak berdoa sebab kita tak tau bila dan ketikanya kena saat yang makbul itu...
Thanx intan... :)

indahhouse said...

salam kak fzi,
thanks kak berkongsi. lucu plak bila baca pasal shilah tu. hihihi.

fzi said...

Wsalam nur...
Alhamdulillah sama2 kita mengambil manafaat apa2 yang baik nur.. akak now duk terai hafal selawat2 dan doa nur, tapi dapat rasa tak berapa laju dalam bab menghafal skarang ni*...hmmmm..faktor umur barangkali...hehe*

Ohh citer pasal shilah tu ya... itu la, kelakar sikit orangnya, spontan je bila menjawab...sampai kadang mama dia 'no idea' nak jawab apa balik.. :)

anis said...

salam kakfzi. suka bc n3 ttg doa lps solat ni. usaha kena seiring dgn doa n tawakalkn kak. mudah2an Allah makbulkan segala doa kita hamba yg lemah n hina ni. t.kasih kak...

sot said...

Sebuah doa ringkas tapi padat. Eloklah di hafal dan di amalkan. Lagi cantek kalau dapat ingat terjemahannya juga.Dan yg paling utama ikhlas memohon limpah rahmat Allah pada setiap kali bacaan doa kita. Amiin.

fzi said...

Wsalam anis...
TQ anis sudi singgah baca pasal doa lepas solat ni..
Mudah-mudahan makbul doa kita semua...aminnn. Yakin dan percaya Allah dengar permohonan kita... Mengadu hanya pada Allah kerana tiada daya dan upaya kita melainkan hanya dengan kekuatan dan pertolongan dari Allah...
thx anis

fzi said...

Alhamdulillah pa... Istiqamah!

Anonymous said...

Salam Fzi,

Terima kasih Fzi saling ingat mengingatkan.

Hanya Allahlah yang tak pernah jemu menerima doa hambanya. Kalau minta pada orang, satu hari orang akan jemu, tapi Allah lagi banyak kita meminta, lagi DIA suka.

fzi said...

Wsalam kak ani...
Salam di hari Jumaat yang mulia..

Alhamdulillah sama2 kita ingat-mengingati kan kak ani... saya sekali diperingatkan di mana2 kuliah sekali bersemangat. Sebab tu, ustaz pesan kena pastikan kita dapat selalu hadir di majlis ilmu, InsyaAllah dapat hidupkan hati yang kadang2 leka dan lalai...

Benar, mintalah hanya kepada Allah...mengadu hanya pada Allah..
Thx kak ani.. :)