CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Ziarah Orang Sakit

"Kita kena rai-kan suasana"

Woahh seronok bila dapat satu ayat power dari Ustaz Nidzam pagi2 semalam dalam slot rancangan Tanyalah Ustaz di TV9. Maksud ustaz, kita kena cuba meraikan suasana hidup bermasyarakat.

Jadi semalam saya dan suami telah 'meraikan suasana' bila kami bergegas ke Hospital Ampang Puteri untuk melawat salah seorang anak saudara yang terlibat dalam kemalangan jalan-raya.

Alhamdulillah keadaan Boboy OK, hanya cedera ringan sahaja cuma bahagian kepala masih dalam perhatian doktor. Kepala Boboy terhantuk kuat di cermin depan kereta sampaikan cermin tu pecah teruk. Doktor dah 2 kali x-ray dan dengarnya masih ada rawatan lanjutan di bahagian itu...ish kesian...sabar ya Boy....

Nak sentuh sikit pasal Boy ni. Menariknya beliau seorang jejaka yang baru berusia 25 tahun tapi bagi saya Boboy tersenarai dalam barisan anak muda yang agak berwasasan tinggi. Masa duk borak2 sambil citer2 pasal accident tu, sempat lah kami tanya2 pasal kerjayanya sekarang. Seronok dengar pengalaman Boy yang dah sampai ke banyak negara termasuk Itali, Korea, Indonesia, Vietnam dan Bangkok walau pun masih dalam usia yang masih muda remaja itu. Berkelulusan Diploma In Mechanical Engineering, beliau selama ini telah terlibat dalam industri oil n gas. Itu yang berpeluang outing ke negara2 luar tu.

Atas katil hospital, kelihatan berselerak dengan buku dan working paper. Boy masih sempat mentelaah pelajaran dan melayari internet dari note-booknya yang setia di sisi. Kena study kata Boy, sebab beliau sambung ambik course di British Council untuk tingkatkan lagi ilmu dan mutu dalam kerjaya. Suti n Uncle doakan Boy berjaya dalam hidup dan sentiasa dalam perlindungan Allah taala. Kuatkan jati diri walau di mana Boy berada. Rasanya siri pengalaman yang ditempuh telah buatkan Boy lebih matang berbanding rakan2 sebaya Boy yang lain.....Ehem.... pasni bawak keta slow2 ya, jangan ikutkan sangat rentak jiwa remaja tu...hehe

Berbalik pada kewajipan menziarahi pesakit, banyak hadis Rasullallah SAW yang menekankan soal ini termasuklah...

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
"Hak seorang Muslim atas Muslim lainnya itu ada lima perkara iaitu menjawab salam, meninjau orang sakit, mengikuti jenazah2 - yang akan dimakamkan, mengabulkan undangan dan mentasymitkan orang yang bersin." (Muttafaq 'alaih)


6 comments:

sot said...

Satu lagi ayat power - cintailah ilmu untuk mendapat hidayah Allah.

amir acap said...

hehe..len kali bwk slow2 la ye bg boy..ahah..

fzi said...

Waaa..papa ambik ayat power ustaz pagi tadi tuh...ayat panjang sikitnya cani...
Cintailah ilmu kerana dengan menyintai ilmu kita InsyaAllah akan mendapat hidayah Allah... :)

fzi said...

bang...
itu la, abang nnt bawak keta berhati2 di jalanraya... tapi tak ley kira gak, kadang kita be careful pun orang lain pulak yang careless, terlanggar kita...kesimpulan: cuba ikhtiar kurangkan risiko, selebihnya berserah pada ketentuan Allah...

Anonymous said...

Salam Fzi

Semoga boboy cepat semboh.

Begitulah nak malang ni bukan nanti bawa kereta laju, terlalai sikit pun boleh berlaku kemalangan.

fzi said...

Wsalam kak ani...
betul tu... malang tak berbau...jangan kan orang muda, kita sendiri pun takleh nak elak kalu dah takdir nak kena. Macam saya hari tu nak ngelak keta yang tiba2 masuk lorong dari belah kiri, terus buat emergency brek, nasib baik keta belakang slow...kalu tak, gedegang dah kak ani...ishk