CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Raya dan Exam


Abang mendapat pengalaman
yang berharga dalam
menjayakan ibadah kurban...


Hari ini, hari ke 3 Aidil Adha.... Anak2 mula beransur balik ke hostel masing2. Abang akan mula gerak balik kejap lagi ke kolejnya di PJ. Kakak pula akan saya hantar petang esok balik ke sekolahnya di Kuala Kubu Bharu. Tinggallah Shilah yang masih tetap setia menemani kami, jadi adalah teman saya kat rumah sepanjang 6 minggu Shilah bercuti sekolah ni.... :)

Rumah akan kembali jadi sepi selepas agak meriah kami sekeluarga beraya tiga empat hari. Kakak akan balik sambung menghadapi SPMnya yang sedang berlansung. Paper yang paling akhir ialah pada 16hb December ini iaitu bagi kertas Pendidikan Syariah Islam. Abang pula InsyaAllah akan hadapi mid-sem examnya bermula minggu depan...

....moga Allah kurniakan kecerdasan fikiran buat kedua-dua anakku yang berhadapan dengan peperiksaan ini.....aminnnn


Jangan lupa untuk baca doa pendek ini sebelum nak mula peksa tu anak2ku..... ini doa penerang hati...moga Allah terangkan hati kedua anaknda agar boleh jawab peksa dengan baik....aminnn...


yang bermaksud:
"Ya Tuhanku,lapangkanlah dadaku, mudahkanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku." (QS Thaha 27)


4 comments:

sot said...

OK raya dah habis. Kakak fokus SPM ada 7 subjek lagi ye. Papa doakan this week Akaun & Sains dapat score A. You can do it. Abang lak dah start mid-sem exam jadi go all out ye, ingat kena score to get good GPA at the end. Shilah mula azam baru, tusyen start besok. Set target, tampal kat dinding bilek tu. Biar jelas wawasan. Selalu baca doa...Rabbis rahli...

fzi said...

anak2ku...
tolong baca dan faham apa yang papa nasihatkan tu ya... :D

mohd said...

semoga korban mendapat berkat drai allah taala

fzi said...

mohd....
Aminnn...mudah-mudahan begitulah hendaknya.
tkasih... :)