CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Hakikat Perkahwinan


Sebenarnya dah lama dapat forwarded e-mail ni....waktu tu dah siap2 forwardkan pula dekat kawan-kawan rapat untuk direnung-renungkan bersama. Tapi hari ini terlintas di hati untuk flash-back kan balik isi tulisan bermutu seorang hamba Allah.... Sudi-sudikanlah membaca dan mengambil hanya apa yang baik.....

************

"Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya orang itu....


Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil orang yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat kali ganda(penjual durian caj lebih..)

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan anda. Anda pun mengeluh, terfikir alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu... sampai pun cepat ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal pula mungkin sedang memikirkan bilalah agaknya dia dapat memandu kereta di tengah-tengah bandaraya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga ikut datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama dan merupakan sunnah Nabi SAW, sebagai saluran yang betul dalam hubungan suami isteri di samping berupaya membina sahsiah dan sebagainya. Tetapi ia juga boleh menjadi perkara sebaliknya bilamana selepas berkahwin ramai pula yang hidupnya jadi semakin tidak terurus.


Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijabkabul selain menghalalkan hubungan, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya menempah jambatan ke neraka?

Berapa
ramai yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Maka perlu persiapkan diri... jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Allah dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya."

************

***dari hati saya: Secara teorinya artikel pilihan di atas memberi sekilas pandangan tentang hakikat perkahwinan. Walaubagaimanapun praktikalnya tidaklah begitu mudah sebagaimana teori. Bila berada sendiri di alam rumahtangga, maka semua dugaan dan cabaran, pahit manis kehidupan secara tidak langsung harus ditangani sendiri. Semuanya sedikit sebanyak perlahan-lahan mengajar kita menjadi lebih matang dalam bertindak sesuatu. Sesungguhnya tidak ada yang sempurna dalam hidup ini. Oleh itu sama2 kita cuba ikhlaskan hati, ikhlaskan hati, ikhlaskan hati.......sentiasa jaga hubungan kita dengan Allah..... perbanyakkan bersyukur dan selalu beristighfar(mohon ampun dari Allah)...........

Wallahu'alam....

6 comments:

ain said...

saya dh 16 tahun kahwin, tp rasa mcm baru je kawin.hehehe

pd saya, kita sudah ada teori dlm menguruskan rumahtangga, cuma perlu praktikkan saja.

fzi said...

Alhamdulillah ain... semoga berbahagia sentiasa... :)

Semalam kat kelas di Surau Bayan, ustaz tegaskan antara perkara yang perlu sentiasa jaga:
- solat fardhu
- puasa kita di bulan Ramadhan
- aurat dan maruah diri
- taat pada suami

InsyaAllah akan beroleh kesejahteraan dan barokah dalam kehidupan.... aminnn

sot said...

Kena selalu sabar dan banyakkan bersyukur, disamping tu cintailah majlis ilmu dan menambah ilmu agama.

fzi said...

ohh papa baca post mama dari ofis..hehe
Ada pesanan penaja lagi...TQ...InsyaAllah... :)

Puan Sue said...

salam k.fzi...
Best la entri kali ni..
Baik utk muhasabah diri..
Apa sebenarnya yg kita cari bila kita melangkah ke alam perkahwinan.

Andai betul niat di hati,
Utk mencari keredhaan Ilahi
InsyaAllah bahagia, ketenangan hati
Milik kita nanti..

Namun sbg hamba kpd Yang Maha Pencipta
kita tetap ada kurangnya
Semuga kita sentiasa berusaha
mendekatkan diri pd NYA
Dlm kesibukan tugas seharian yg tak pernah selesai..

T kasih k.fzi..krn berkongsi ilmu yg bermakna..

fzi said...

Wsalam Sue....
Timakasih juga buat sue yang sudi membacanya.. :)

Memang betul tu sue, kita kena selalu perbetulkan niat...niat semata2 mencari redha Allah.
Bak kata ustaz kat kelas Rabu lalu, nak buat apa2 kenalah bersandarkan al-Quran dan Sunnah Rasulallah s.a.w...
InsyaAllah akan selamatlah kita...
Sambung ustaz lagi,orang yang buat baik di dunia, maka yang baiklah nnt akan menunggu di akhirat...
Oleh itu nak kena perbetulkan apa-apa yang kita rasa tak betul sedikit demi sedikit...

InsyaAllah sama2 kita mencari redha Illahi sue... aminnn