"Camane kak min?, tanya saya sambil mengangkat kening pada kak min yang nampaknya dah bersiap-sedia.
Berpaling pulak pada kak maya..... pun nampak dah ready.....
"OK, redah?, tanya saya lagi sambil senyum menunggu jawapan.
"Jom, redahhh je.......", usai jawapan kak min tu, kami tiga orang serentak bergerak laju menuju ke kereta.... meredah hujan yang masih belum reda sepenuhnya .... rasa2nya kalau tak berlari, harus lencun la jugak... :)
Macam tu lah gayanya kami petang ni lepas kelas tadi *kelas yang sepatutnya semalam, diganti hari ini*.... Hujan turun dengan lebat takkala ustaz masih sedang mengajar. Nasib baik masa hujan lebat tu dah hampir ke penghujung masa... dah nak masuk waktu Asar dah.... Jadi hanya sekejap sajalah bunyi suara ustaz 'antara dengar dengan tidak' bagi saya....tak tau lah pulak pada pendengaran orang lain.... hehe
Bila kebetulan ada bahagian cerita yang agak lucu diterangkan oleh ustaz, bagi yang mendengar dengan jelas tu.... tergelak la.... Saya yang berusaha pasang telinga betul2, ikut lah tergelak sama walaupun tak berapa jelas isi ceritanya.... :)
Ohh...hujan lebat....namun Alhamdulillah.... kami redah je....
Moga-moga dengan kehadiran saya dan kengkawan di majlis ilmu tadi, tetap dikira dan mendapat nilaian pahala dari Allah swt... moga Allah memberi ruang Nur dan rahmatnya, moga dikuatkan daya ingatan, ditetapkan iman, diteguhkan hati, di ubati segala sifat yang tidak baik dalam diri, dijauhkan dari bahaya, dikurniakan kesihatan, dimurahkan rezeki....yang jika ada rezeki itu di langit diturunkan, jika ada di bumi dikeluarkan, jika sukar dimudahkan dan jika haram di sucikan dan jika masih jauh didekatkan oleh Allah swt..... aminnnn
Memetik kata2 ustaz tadi, "Keteguhan iman perlu dipastikan agar kita terlepas dari segala penyakit batin. Sesungguhnya penyakit zahir senang di kenali.... boleh diikhtiarkan rawatannya oleh doktor dan pakar kesihatan namun sebaliknya, penyakit batin... hanya boleh dikenali melalui iman kita......"
Wallahu'alam.
بسم الله الرحمن الرحيم
Redah je....
Labels: cabaran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
InsyaAllah berada di majlis ilmu ini ada nilaiannya di sisi Allah jika betul nawaitunya kerana Allah untuk menambah ilmu di dada bukan kerana nak bersosial atau niat lain.
betullah...penyakit batin ni, ubat dia iman aje!!!!
psst...lawalah orkid akak tuuu!! sy suka orkid tp tak reti nk jaga!!!
Pa,
hehe...InsyaAllah...kena selalu perbetulkan niat... :)
Ain,
Moga hati kita sume tidak lah sampai pada tahap yang betul2 sakit dan sukar diubati...nauzubillah...
Okid yang tu lencun kena hujan...hihi
Jom tanam okid ain, tak susahnya nak jaga.. :)
assalamualaikum fzi..
lama nya saya x menjenguk fzi kat sini..semoga fzi dan keluarga di rahmati Allah SWT
Aminnn....tq mamamin, jemput singgah lagi... :)
salam kenal utk tuan rumah..
Wsalam...
Selamat kenal2 juga buat kamsiah..
Tq :)
Post a Comment