"Akal yang Allah beri bukan untuk kita mencari ALASAN tapi untuk kita mencari JALAN......"
Itu antara kata2 hikmah dari slot tazkirah semalam yang sempat saya catat. Malam sebelumnya dah plan nak bawak buku nota kecik saya sebab selalunya tazkirah selama 30 minit tu hanya didengar kemudian berlalu macam tu je...dikhuatiri sekejap je ingat lepas tu langsung lupa.
Antara isi tazkirah yang disampaikan ustaz Zawawi Ismail malam tadi.....
Allah memuliakan:
- malam Nuzul Quran iaitu malam mula2 turunnya al-quran
- bulan Ramadhan kerana mula2 diturunkan al-Quran ialah di dalam bulan yang mulia ini. Dan di dalam bulan Ramadhan pula turut diletakkan oleh-Nya satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu malam Lailatul-qadar
- Nabi Muhammad SAW yang Allah jadikan medium/perantaraan untuk sampaikan quran kepada kita semua
- Malaikan Jibril yang menyampaikan al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW
- Bumi Mekah dan Madinah sebab di bumi ini lah di turunkan al-Quran
- Loh-Mahfuz kerana Malaikat Jibril diturunkan dari Loh-Mahfuz ke kota Mekah dan Madinah untuk menurunkan al-Quran.
Oleh itu
- ambik lah al-quran
- bacalah al-quran
- cuba fahami apa yang terkandung
- cuba laksanakan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.
Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah - yakni al-Quran, maka ia memperoleh suatu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda yang seperti itu. Saya tidak mengatakan bahawa alif lam mim itu satu huruf, tetapi alif adalah satu huruf, lam satu huruf dan mim juga satu huruf." (Hadis Riwayat Termidzi)
6 comments:
Alhamdulillah kerana berjaya menghayati sessi tazkirah dan dapat pula berkongsi dengan bloggers sekelian, semoga mendapat nilaian di sisi Allah.
Satu lagi ustaz kata ialah kita ni ibarat UFO iaitu makhluk asing. Bumi ini bukan tempat kita. Tempat kita ialah Syurga Allah. Untuk kembali ke syurga maka kenalah berpandukan Al-Qur'an.
Terima kasih sudi berkongsi ilmu.
Papa.
InsyaAllah moga dapat nilaian di sisi Allah...aminnn
Sama-sama kak ani...
Agak teruja untuk berkongsi ilmu, hepi dengan kepimpinan ajk masjid yang baru yang begitu aktif atur program untuk mengimarahkan lagi masjid. Penceramah jemputan untuk sesi tazkirah(selepas 4 rakaat Terawih) bertukar setiap malam, sangat bermutu dan berwibawa.
Makanya kami audion jadi excited dan bersemangat pulak kak ani... :)
assalamualaikum wbt..
salam fzi dan keluarga.. lama x bertegur sapa..memasing sebok jerk bila dah ke penghujung nih..lebih2 lagi 10 malam terakhir ni,rasa x ckup2 lagi dan x sempurna lagi rasanye mendambakan diri pada yang ESA..
Sedeh pun ada bila nak meninggalkan ramadhan ni.. panjang umur tahun depan baru bertemu lagi..insyaAllah apa yang kita kerjakan dengan penuh khyusu', ikhlas dan sabar ini mendapat tempat disisi NYE ye fzi..
di kesempatan ini kita nak ucapkan selamat menyambut aidilfitri yang bakal menjelang tak lama lagi.. maaf zahir dan batin ye fzi, disepanjang perkenalan melalui blog ni, kalau ada tersilap perilaku dan juga perkataan..
Wsalam mamamin.
Biasa lah tu sume sibuk ngan urusan masing2...hehe
Selamat Hari Raya juga buat mamamin, maaf ya kalu ada silap kat memana... :)
Post a Comment