"Dik, bagi akak kelapa parut sebiji ek", kata saya pada adik gerai santan tu.
"Ohh, dah abih la kak... tak sempat dah nak mesin lagi sebab saya dah nak tutup kedai", jawab Firdaus yang selalu berkopiah itu.
"Nak pegi Ijtimak ni kak", sambung beliau lagi.
Ohhh, ramai rupa-rupanya yang nak ke sana. Hj Munir jiran kami pun dah pegi sejak semalam (Khamis). Ustaz Sobri pun agaknya dah pegi, tu yang tutup terus gerai ikannya hari ini. Ustaz Wan yang papa jumpa kat masjid masa solat Jumaat tadi pun nak 'gerak' malam ni.
Papa pula baru je saya hantar ke stesen bas tadi. Nanti sampai Rawang papa akan naik komuter Rawang -Nilai. Tak pasti saya papa kena tukar train kat KL Central atau tidak. Harap2 train tu yang dapat terus pegi Nilai (Komuter Rawang - Seremban). So dari Nilai, InsyaAllah papa akan naik 'feeder bus' yang disediakan untuk mengangkut orang-ramai ke Ijtimak Umat Islam yang bertempat di Kuarters KLIA Sepang itu.
Papa tak nak lepaskan peluang untuk mengikuti program 4 hari itu(9 - 12 Julai,2009) kerana ia adalah Ijtimak(perjumpaan) umat Islam yang julung2 kalinya di adakan dalam tempoh 30 tahun. Dari sumber yang didengar, dijangka Ijtimak ini akan dihadiri oleh 300,000 umat Islam dari seluruh pelusuk dunia. Ia di adakan di tapak seluas 100 ekar bersebelahan dengan masjid kuarters KLIA. Berpuluh2 khemah besar didirikan. Dari khabar yang didengar, di tempat ambik wuduk disediakan 50 buah kolam berukuran 15' x 15' dan sebanyak 1500 tandas mangkuk disediakan....perghh.....
Anak saya yang dekat UIA PJ pun telah bertolak ke sana selepas solat Jumaat tadi. Abang pergi bersama rombongan UIA di mana beliau mewakili Marhalah Abu Bakar (salah satu asrama lelaki)...Menurut abang banyak juga trip dari UIA yang akan ke sana. Yang mana ada kelas petang ini akan bergerak malam nanti....
Alhamdulillah.... semoga papa, abang, Syamil(kenet) dan kawan-kawan abang yang lain, Hj Munir, Ustaz Wan, Ustaz Sobri, Firdaus gerai santan serta semua jemaah yang berhimpun akan sama-sama dapat merasai satu 'kemanisan iman' yang luar-biasa sepanjang mereka berada di sana....amiinn....
بسم الله الرحمن الرحيم
Papa ke Ijtimak Ulamak di Sepang
Labels: Ijtimak Ulamak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
aha... ramai yg akan ke sana... abg saya yg sulung bersama 3 org anak dia dh p semalam...
timakasih 10...
Moga Allah permudahkan segala urusan jemaah kat sana...amiin
anak saudara malia dari BALING KEDAH pun pegi gak ke ijtimak ulamak...rasa teruja tengok kat dlm tv...umat islam berganding bahu sama2 bermaufakat...alhamdulilah sumenya berjalan dengan baik kan..
Itu la Malia... ramai sesangat... bapak diaorang dan sume-sume yang pegi tu lagi le lebih terasa bahang semangatnya... ini kita yang melihat pun hati meronta2 kalu dapat join sama... tapi sedia maklum program tu khas buat kaum bapa dan anak2 lelaki je... :)
Waa,,, bagusnya anak sedara malia turun sama...dari kedah lagi...moga sume dapat keberkatan dan kemanisan Iman...
Post a Comment