Teringat nak cerita pasal pengalaman beli kentang. Satu hari tu kalau tak silap dalam 2 minggu lepas, singgah lah kat pasaraya NSK. Macam biasa kalau ada urusan di Rawang, memang selalu lah singgah ke sana. Kalau tak ada nak beli lauk pun, kurang2 singgah beli air mineral dua kotak supaya tak terputus bekalan air minum kat rumah.
Hari tu beli kentang sekali. Saya kerap beli kentang. Sementelah kentang memang satu keperluan untuk projek karipap bagi fzfrozen food kami. Minggu sebelumnya dah beli, tapi tak puas hati sebab bukak2 kotak... kentangnya kecik yang amat! Padahal dah pesan siap2 kat budak yang kerja tu supaya ambik yang saiz besar.
Masa nak bayar tu saya bayarlah harga untuk kentang saiz besar. Macam selalu takde la saya mahupun suami nak check saiz kentang yang dalam kotak tu. Kira harap kat budak tu saja lah. Tup tup bila balik rumah dapat yang teramat kecik la sangat... Sampaikan nak kupas sebiji pun punya la lama ambik masa... apalagi nak kupas untuk buat inti karipap saya*rasanya boleh 'sekerat hari' makan masa*.... aduhai...
Jadi bila pegi kali kedua ini, saya bagitau la suruh cari yang betul2 saiz besar. Sebab tak nak diaorang tersilap ambik lagi. Hah... nak sangat yang saiz besar..... hah, tu dia.....dapat yang extra large la pulak.... hahaha
بسم الله الرحمن الرحيم
Kentang oh kentang....
Labels: senyum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
akak ni rajin la, teringin nak rajin mcm akak, sy kalo buat karipap sy guna ubi keledek(stelo kelate panggil ) yg warna merah sedap manis, kalo kat tawau ni panggil ubi manis kak.Biasa sy beli masak lemak dgn daun manis tu, sedap gak.kat sini kentang pun ade mcm2 saiz jugak tp x de besar sgt mcm akk beli tu ehehhehe. Hari ni hari gaji kak, x la buzy sgt kat opis ni, ade yg g ambik gaji, biasa la kak nk byr itu ini, bulan ni syukur Alhamdulillah bil lektrik rm19 jer, jd x kena byr la bawah rm20...mungkin selalu x da lekrik kat sini kurang bayar bil..ok akk skrg ni tgh isi borang tiket nk balik raya..dtg la rumah kak di Kok Lanas, kelantan.
Ohh sedap tu Anie paka ubi stelo...kena pulak yang merah tu memang manis... akak pula buat inti karipap tu orang2 sini suka inti kentang, tu yang maintain kentang je...hehe
Tapi kentang yang latest beli tu memang bapak besar Anie... tak penah tengok lagi yang besar macam tu...
Post a Comment