Bila sebut tentang amalan.... "...tak guna kalau kita banyak buat amalan tapi tau2 Allah tak terima amalan kita semasa hisab di Padang Masyhar nanti...."
Itu antara pesanan ustaz tempohari. Hari tu sebenarnya ustaz sambung mengulas terjemahan ayat dari surah Al-Kahfi tapi dalam masa yang sama sempat menyelitkan tazkirah yang ada hubung-kait dengan tafsir ayat yang sedang dijelaskan.
Antara isi tazkirah yang disampaikan ustaz....
"Allah tak terima amalan kita boleh jadi atas sebab:
- kita tidak ikhlas berbuat ibadah... maksudnya niat bukan kerana Allah.
- amalan kita tidak bertepatan dengan perintah Allah yang bersumberkan al-quran dan sunnah Nabi s.a.w
Allah sesungguhnya Maha Adil. Kadang Allah bagi kita untung dalam meniaga. Namun ada masanya kita rugi. Jangan mengeluh bila berdepan dengan keaadaan itu sebaliknya elok kita kembali kepada sifat Allah yang Adil. Dalam masa yang sama, Allah bagi kita sihat - itu dah adil. Allah bagi kita senang hati dan tenteram perasaan, itu dah adil.. maka bersyukurlah...
Dalam mengajak kawan2 lakukan kebaikan contohnya mengajak untuk sama2 datang ke majlis ilmu, kita jangan putus asa. Tugas kita adalah berdakwah, tugas kita adalah mengajak. Yang buat kawan kita tergerak hati untuk datang adalah tugas Allah. Yang memberi Nur dan hidayah adalah Allah. Jadi jangan risau atau rasa putus asa bila ajak2 kawan, dia buat 'dono'...tak nak datang. Its ok, tugas kita sudah selesai sebab yang nak sentuh jiwa adalah Allah.
Majlis ilmu adalah majlis peringatan, untuk hidupkan hati kita yang kadang hidup yang kadang mati. Cuma jangan kita pertahankan ego dalam proses menuntut ilmu. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Jangan disebabkan nak pertahankan prinsip, kita tidak mahu membuat perubahan. Kena kembali kepada Allah." Kena ikut Islam secara keseluruhan, tak boleh ambil separuh-separuh.. yang mana suka kita ikut, yang tak suka kita tinggalkan.
Bak kata Tuk Guru dalam ucapan di majlis Muktamar (yang saya tonton melalui Kelantan Tv bersama suami dua malam lalu) parti *** tak boleh ikut parti ****, parti **** tak boleh ikut parti ***. Jadi takpe, jangan sama-sama ikut. Yang semua kena ikut ialah undang-undang Allah. Peraturan yang Allah buat, semua orang boleh ikut sebab kita yakin dengan yang tukang buat. Tukang buat kita adalah Allah.... " begitulah antara sedutan ucapan beliau (sila klik kelantan tv untuk detail)
Sambung ustaz lagi....
Sebelum mulakan sesuatu urusan eloklah baca doa dulu. Berdoa kepada Allah terlebih dahulu sebelum sebarang usaha dibuat. Selepas itu baru lah bertawakkal. Kurnia Allah kepada kita adalah bersebab. Setiap yang Allah kurniakan ada sebab2 yang tertentu yang tersembunyi berbagai hikmah-Nya. Oleh itu kena yakin dengan Qada dan Qadar Allah.
Dalam setiap gerak-geri kita kena lah banyak bersabar. Jangan diikut rasa marah kerana marah itu berpunca dari api. Api adalah asas kejadian syaitan. Ada yang menyebut bahawa orang-orang yang cepat marah adalah tanda-tanda bakal menjadi ahli neraka. Manakala tanda2 orang yang dapat masuk Syurga adalah orang-orang yang sabar.
Setiapkali kita berjalan pulang dari majlis ilmu, bawalah balik akhlak yang lebih baik dari yang sebelum kita datang ke majlis ilmu. Biar ada perubahan dalam diri. Kalau sebelum tu selalu gelak kuat2 sampai nampak gigi geraham, slow kan sikit. Kalau sebelum tu susah nak senyum, biar lepas balik dari majlis ilmu selalu senyum.
Dalam bab ibadat pula, kalau sebelum tu liat nak baca quran, biar lepas tu jadi rajin. Kalau sebelum tu selalu tinggal solat Dhuha, lepas daripada tu, biar dapat buat dengan tetap. Dan kalau selalunya solat biasa dah nak habis waktu baru solat, maka biar berubah jadi solat di awal waktu.
Hati kita jangan dibiarkan mati. Allah bagi hidayah kepada semua orang. Tapi kena hidupkan hati baru lah hidayah Allah akan sampai kepada kita. Benar, adalah menjadi hak Allah untuk bagi hidayah kepada orang yang Dia kehendaki kerana ia adalah hakmilik Allah. Tetapi kita sendiri kenalah persiapkan diri kita sewajarnya, baru InsyaAllah akan mendapat hidayah dari Allah swt.
Amalan biarlah konsisten atau dengan kata lain istiqamah. Jangan bila rasa sempit baru mula mencari-cari pertolongan Allah. Contoh, selama hari ini tak pernah buat solat hajat tapi bila tiba-tiba ada hilang barang, baru teringat nak buat solat hajat. Tu tak ikhlas namanya kerana berbuat amal hanya pada masa2 tertentu/terdesak sahaja."
Sesungguhnya bila taqwa jadi pakaian, InsyaAllah semua urusan akan dimudahkan Allah... aminn
Selamat beramal. Wassalam.
4 comments:
Tadi masa keluar solat jumaat dgn kawan2 singgah minum sat, dlm bersedekah kena ikhlas barulah berkat. Saya pun menambah betul tu, setiap 1 sedekah Allah balas 10 kebaikan e.g kalau kita sedekah rm1 insyaAllah bertamabah rm10 tapi dlm pelbagai bentuk la kan, tak semestinya dlm bentuk wang juga. Kawan saya menyampuk hmmm aku ni dah banyak bersedekah tapi tak dapat apa2 balasan pun, mungkin aku tak begitu ikhlas kot, katanya. Saya pun menambah, salah tu, Allah akan bagi ganjaran tu, cuma kadang kita tak perasan. Contohnya hang baru di sambung kontrak kerja setahun lagi setelah kontrak kerja hang tamat baru2 ini, itu rezki tu. Ramai yang tak disambung kontraknya oleh majikan. Jadi bersyukurlah dan fahamilah ganjaran dan balasan kebaikan yang telah Allah kurniakan itu. Balasan kebaikan ini juga pasti berlaku, hendaklah kita yakin, cuma kadang tu ditangguh. Jangan putus harap pada rezki Allah, saya membuat konklusi. Semasa menuju ke kereta saya lihat kawan saya itu mamasukkan rm10 ke kotak derma anak yatim di depan cimb, Alhamdulillah.
Assalamualaikum kak, apa khabar? lama x chat baru balik dari kota kinabalu ni menghadiri konvokesyen sambil bercuti dengan family kat one borneo, nur ain sofiya kalau g masjid selalu minta duit nak masukkan dalam tabung..bagus jugak didik anak utk bykkan bersedekah..kat kolej pula..ade kutipan derma utk mangsa kebakaran..jd ramai la yg menderma, rakyat kita juga ramai yg bermurah hati, syukur Alhamdulillah, smg amalan kita semakin bertambah..aminn..
Papa thanx kongsi cerita tu... best dan bermutu... alhamdulillah
Wsalam anie...
Waahh seronoknya jalan2 sambil ada urusan 2 in one sekali...hehe
Baiknya ain sofiya.... tengok tu kecik2 dah ada nilai2 murni dalam diri... Anak2 kalau disemai sifat yang baik dari kecil sampai besar InsyaAllah berkekalan....Tahniah buat Anie suami-isteri...
Post a Comment