Jauh di sudut hati dah mula rasa sedih bila ingatkan abg akan meninggalkan rumah, lusa. Petang Sabtu ini, abg akan lapur diri di Pusat Asasi UIA di PJ untuk mengikuti kursus asasi kejuruteraan selama minimanya setahun. Kalau tak tersekat dek Bahasa Inggeris, InsyaAllah akan terus ke induk UIA di Gombak bagi tahun berikutnya. Kalau tak lepas, kena sambung asasi untuk setengah tahun/setahun lagi. Cuba buat setahun je bang....
Belajar di peringkat universiti bukan perkara main-main. Kena set di fikiran untuk cuba fokus dan belajar dengan sistematik. Kalau main2, bukan saja tak mencapai target malah akan menyulitkan abg, papa dan mama nanti, terpaksa fikirkan alternatif buat abg kalau tak lepas mana2.
Memang rasa bersyukur sangat2 dengan tempat yang abg nak pergi ni. Moga itu yang terbaik buatnya dalam mengejar cita2. Moga bila keluar nanti anakku akan jadi insan yang bukan saja berilmu malah mempunyai peribadi yang mantap dan beramal soleh. Moga InsyaAllah abg mampu menjadi insan kelas pertama yang sentiasa diredhai Allah....aminn...
Dalam 2 hari yang berbaki ini, banyak lah benda yang nak kena selesaikan. Banyak yang last minute sebenarnya. Hari ini baru nak pegi sah kan sijil, baru nak pegi multi-stem borang2 tu, gambar ukuran pasport belum ambil lagi dan beberapa barang keperluan abg belum beli lagi. Harap2 semua dapat settle dengan mudah dan tak ada masalah.
Semalam selepas ke pasar malam, sempat le singgah pergi cari baju Raihan(baju macam baju melayu tapi digelar fesyen Raihan) yang jadi salah-satu keperluan yang dimestikan oleh UIA. Masa keluar weekend lalu dah cari tapi tak jumpa saiz abg. Yang ada pun, design dan jahitannya pula tak berapa cantik. So semalam lepas round 2 kedai, dapatlah baju Raihan yang pada saya nampak cantik sangat, berwarna plum plum gitu...
Yang jadi buat lebih terasa di saat2 abg nak pergi ini, sebab selama lebih kurang 2 bulan abg kat rumah, banyak masanya hanya dengan saya saja kat rumah sehari-hari. Hari-hari masa abg banyak tolong-tolong kerja kat rumah. Tolong basuh kain, sidai kain kemudian petangnya angkat kemudian seterusnya lipat kesemuanya sampai clear semua. Lepas lipat terus hantar ke bilik masing-masing, takde nak tinggal bersusun kat family hall.
Abg juga banyak tolong dalam kerja2 saya buat frozen food di dapur. Nampaknya lepas ni tak dapat lah lagi nak tolong mama uli tepung....
Ini cabaran buat saya dan suami yang akan mula berpisah dengan anak-anak. Selepas ini abg akan terus mengorak langkah dalam usaha membentuk kehidupannya sendiri. Masanya bersama kami selepas ini mungkin semakin terbatas....ohhh...
Mama harap..."Abang belajarlah rajin2, jadi insan yang baik, sentiasa takutkan ALLAH, sentiasa terbuka hati abg untuk buat baik, solat di awal waktu, cari masa ngaji quran walaupun abg tentunya akan sibuk dengan tugas2 menuntut ilmu di sana nanti...."
بسم الله الرحمن الرحيم
Lusa anakku pergi
Labels: cabaran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
thax mama...!!!! em insya'Allah abg akan wat yg terbaik kat sane nnti....xleyh men2 da....n abg akan berlajar tol2 kat sane nnti...maw bls blik pengorbanan papa n mama....thanks mama...!! i love u..!!!!!!
Abg dan adik2 adalah permata hati mama dan papa. Permata yang Allah pinjamkan, yang merupakan amanah buat kami menjaga dan mendidik. Moga ketiga2nya nanti menjadi bintang yang bersinar yang bukan hanya menyinari diri sendiri malah dapat berbakti pada orang lain... InsyaAllah... Mama doakan segala yang baik buat abang dan adik2.
Perjuangan baru bermula. Think with end in mind. Usaha abang hari ini bakal menentu hasilnya di masa depan. Fokus betul2 time Asasi ni supaya dapt cGPA 3.5 and above bagi melayakkan dapat biasiswa ke tahun 1 nanti. UAI adalah medan jihad abang. Carilah ilmu akademik dan agama supaya 5 tahun lagi abg layak bergelar Jurutera dan Ustaz. Seorang profesional yang faham apa itu Islam dan syariatnya. Selamat berjihad!!
misti makcik sdih nk berpish nnti..
amir tu mmg caring orgnya..
all da best amir=))
nampak gayanya camtu le intan... sedih rasa maybe sebab kali ni amir lama kat umah dengan makcik... hehe
Tapi takpe, kena kuatkan hati... amir, intan dan seangkatan dengannya sume nak pegi menuntut ilmu kan.... :) Thanx k intan...
tahniah atas kejayaan anak fzi, biasa adat anak lelama dia besar dan tinggalkan kita asalkan tak terhenti pemantauan dan pemberian perhatian dan kasih sayang dahlahhh.
Ini antara ujian yg harus dihadapi kita ibubapa zaman ini
Ohh timakasih noor...
Memang begitulah hidup ini... Anak2 kita bukan kecik selama2.
Tapi Noor nasib baik le zaman ni dah ada talian hayat... takde la terasa sangat berpisah dengan anak2...hehe
Thanx noor...
=((((
alololol touching la plak aq bace ni...
hmmm k bang all da best.. i'll pray 4 ur success k!
tahniah skali lagi untuk kak tie and suami kerna berjaya mendidik anak dunia dan akhirat...semoga berjaya dia di sana....jgn sedih2 tau...pj tu bukannya jauh sangat...boleh gi melawat slalu kalau rindu kat abang..
timakasih malia... sebenarnya abg tu baru dalam langkah awal malia... kak ti cuma harap dia dapat kawal diri jadi individu yang baik sepanjang pengajian...
Sedih rasa sebab banyak pendapat yang kata... sekali anak kita melangkah ke universiti bermakna dia akan terus melangkah tanpa menoleh lagi, tanpa kembali... maksudnya anak kita akan terus mengorak langkah membina kehidupannya sendiri...belajar, bekerja dan berkeluarga.... Balik tu memang InsyaAllah balik tapi banyak masa dah tak dengan kita....huuuu sedihnya....
Post a Comment