Sejak ada kitab hadis baru yang tajuknya Muntakhab Ahadith tu, suami saya nampak excited sangat nak membeleknya setiap malam. Sebenarnya dah ada banyak kitab seumpamanya dalam koleksi kami, tapi papa tertarik untuk dapatkan kitab ini disebabkan ada keterangan yang pendek disertakan bagi setiap satu hadis. Yang dah ada tu, kadang huraiannya terlalu panjang. Tu yang buat tak berapa nak konsisten untuk terus membacanya disebabkan kesuntukan masa.
Papa dah plan nak sambung balik program kami sekeluarga untuk nak baca at-least 3 atau 4 potong hadis setiap malam sebelum semua masuk tidur. Hari tu dah komited buat tapi lama2 ada aje hal nya yang menghalang. Biasalah.. hal2 keduniaan la yang selalunya menghalangi...hehe. Contoh yang paling biasa... tarikan TV...apa lagi..
Kebetulan papa balik lambat malam kelmarin dan tak sempat nak ke surau untuk solat Isyak. Jadi selepas kami sekeluarga solat berjemaah, papa bacakan beberapa hadis untuk sama2 diambil manafaat Salah-satu daripadanya ialah...
Keterangan hadis:
Kalimah Tayyibah iaitu La ilaha illallah dikatakan sebagai kalimah yang paling afdal kerana ia adalah asas kepada keseluruhan agama. Tanpa kalimah ini keimanan dan keislaman seseorang tidak akan diterima dan tertolak.
Alhamdulillah dikatakan sebaik-baik doa kerana maksud puji-pujian ialah satu permintaan. Dan doa ialah satu permintaan kepada Allah swt. (Mazahir Haq)
2 comments:
maksu masih ada banyak bahan bacaan yang teringin nak beli tapi masih belum beli, tak jumpa ler, itu ler ini ler. alhamdulillah jika satu family rajin merefer kat buku2 ilmiah gitu :)
Thanks maksu sudi singgah sini..
Kitab tu memang elok kalau maksu nak cari. Harganya RM30.
Memang now rasa nak grab semua masa utk tambah ilmu yang kurang dalam diri ini maksu.. masalahnya tak berapa konsisten..kadang rajin kadang tidak.. Apa yang diharapkan moga Allah terus memberi Nur dan hidayah-Nya...
Post a Comment