Surah Ad-Dhuha

Salam pagi Jumaat....

Alhamdulillah, nak kongsi apa kata
Ustaz Taufik dalam kuliah Maghrib di masjid kami malam kelmarin.

*********
Surah Ad-Dhuha adalah surah yang ke 93 di dalam al-Quran. Surah ini telah ditetapkan susunannya oleh Allah selepas kedudukan Surah Al-Lail di mana pasti ada hikmahnya. Semua surah yang ditentukan susunannya di dalam al-Quran ada hubungkait antara satu sama lain bermula dari Surah Al-Fatihah yang pertama sehinggalah kepada yang terakhir iaitu Surah An-Nas.


Surah Ad-Dhuha
dimulakan Allah dengan satu sumpah iaitu "Demi waktu Dhuha." Kita sebagai hamba Allah hendaklah perhatikan hakikat betapa
pentingnya waktu Dhuha itu sehingga Allah bersumpah dengan waktu Dhuha.

Ternyata di waktu itu ada satu ibadah yang amat digalakkan kita melakukannya iaitu Solat Sunat Dhuha. Biasa orang kata, "..takpe sunat je... buat dapat pahala, tak buat tak dapat dosa..." Hakikatnya dalam membicarakan Solat Sunat Dhuha ini, kita sebaiknya tukar pendapat tersebut biar jadi... " Jika buat dapat pahala, tapi kalu tak buat rugi besar lah kita..."


Ustaz merujuk kepada dua hadis yang memberi gambaran tentang betapa istimewanya Solat Sunat Dhuha ini. Ia dijelaskan dalam Kitab Hadis Riyadhus Shalihin susunan Imam Nawawi...



Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya diwasiati oleh kekasihku - yakni Nabi Muhammad s.a.w dengan tiga macam perkara, iaitu
  • berpuasa tiga hari dari setiap bulan
  • melakukan dua rakaat shalat Dhuha
  • dan supaya saya bersembahyang witir sebelum saya tidur." (Muttafaq 'alaih)

Kata ustaz, jika kita perhatikan, yang paling ringan lah di antara ketiga2 wasiat tersebut ialah buat Solat Dhuha. Sebabnya waktu yang dikhususkan untuk kita bersolat Dhuha adalah waktu yang amat panjang. Kita ada tempoh masa lebihkurang 5 jam dari waktu terawal yang dibolehkan. Amat rugilah jika kita gagal manfaatkan solat Dhuha yang hanya mengambil masa 10 minit sahaja dari masa kita untuk dirikan hanya 2 rakaat.

Satu lagi hadis yang diberi penerangan oleh ustaz ialah:

Dari Abu Zar r.a dari Nabi saw sabdanya:
"Setiap ruas tulang dari seseorang di antara engkau semua itu harus ada sedekahnya pada saban pagi harinya, maka
  • setiap sekali tasbih - bacaan Subhanallah - adalah sedekah,
  • setiap sekali tahmid - bacaan Alhamdulillah - adalah sedekah,
  • setiap sekali tahlil - bacaan La ilaha illallah - adalah sedekah,
  • setiap sekali takbir -bacaan Allahu Akbar - adalah sedekah,
  • menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah,
  • melarang kepada kemungkaran adalah sedekah
  • dan yang sedemikian itu dapat dicukupi oleh dua rakaat yang dilakukan oleh seseorang dari Solat Dhuha." (Riwayat Muslim)

SURAH AD-DHUHA

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Demi waktu Duha.
[2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi.
[3]
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
[5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati).
[6]
Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan?
[7]
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)?
[8]
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan?
[9]
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya.
[10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik.
[11]
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.


Wallahu'alam.



link:

17 comments:

  1. mmg rugi bagi yg buat dunno, thanks

    ReplyDelete
  2. Betul tu Mak Su... kena stat cari keuntungan sekarang...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah memang sebenarnya mengamalkan solat sunat dhuha pada setiap hari dalam waktu 8 - 11 mampu membuka pintu rezeki dan memudahkan segala urusan. :)

    Thanks kerana sentiasa mengingatkan :)

    ReplyDelete
  4. salam, akak slalu melayari blog ni. Bila terbaca makna surah Ad-dhuha ini rasa begitu pilu dan sayu.

    ReplyDelete
  5. Salam kak fzi,
    Banyak kelebihan sunat Dhuha,kan kak.. Untung slalu ada ceramah kat masjid. luas nampak masjid tu. masjid bkt sentosa tu kak? nampak luas pulak. aritu gi, tmpt perempuan tak luas sgt.

    ReplyDelete
  6. Dyla...
    Betul tu... InsyaAllah murah rezeki jika dapat istiqamah solat Dhuha..aminn

    ReplyDelete
  7. Wsalam akak anon..
    Memang menyentuh hati jika dihayati maksudnya. Thx kak sudi jengah2 sini.. :)

    ReplyDelete
  8. Wsalam nur...
    Alhamdulillah kadang ada peluang singgah ke masjid BS lepas antar anak ke kelas malam..
    Ohh akak letak gambar masjid Kuala Kubu Bharu tu, nur... kami singgah solat dhuha semalam balik dari hospital kkb.
    ...memang cantik dan bersih masjidnya nur, ruang solat pun teramat la luas dan lapang.. :)

    ReplyDelete
  9. Jom kita solat dhuha. Waktunya paling panjang iaitu lebih kurang 5 jam, maka tak ada masalah kalau nak, kalau tak nak lain cerita. Dua rakaat je, tapi manafaat nya masyaAllah, sehingga mampu menyelamatkan kita dari azab api neraka, insyaAllah. Sama2 kita usahakan.

    ReplyDelete
  10. salam fzi,
    memang rugi jika kita tidak manfaatkan solat sunat dua rakaat ini,
    alhamdulillah Allah mempermudahkan besolat dhuha sewaktu hari kerja juga

    ReplyDelete
  11. Solat Dhuha^^.
    Semoga kita semua dapat memanfaatkan masa bersamanya=)

    ReplyDelete
  12. salam kak fzi...
    terima kasih info ni...byk sebenar kelebihan solat dhuha ni..tersgt la elok kita amalkan..

    ReplyDelete
  13. Orite pa, jom istiqamah...
    Mohon pada Allah dikurniakan ketetapan hati buat Solat Dhuha...aminnn

    ReplyDelete
  14. Wsalam ibuintan...
    Alhamdulillah... moga berterusan walaupun kita sibuk dengan tugas harian... InsyaAllah selepas selesai Dhuha, tugasan jadi lebih mudah.. aminn

    ReplyDelete
  15. ash_mza...
    ...begitulah hendaknya... moga istiqamah kita mendirikan Solat Dhuha...aminnn

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Wsalam ain...
    Benar...banyak kebaikannya sebagaimana yang disebut dalam hadis Nabi SAW. Sama2 kita cuba rebut peluang yang ada, kan ain...

    ReplyDelete