Alhamdulillah.... tazkirah Ramadhan malam tadi berjalan seperti biasa, Kali ini Ustaz Ali Omar yang di jemput untuk mengisi slot tazkirah untuk malam ke 3 Ramadhan.
Ustaz memulakan tazkirah dengan menyampaikan petikan doa yang ditinggalkan oleh Rasulallah SAW yang berbunyi:
"Ya Allah berkatilah kami dalam bulan Rejab, berkatilah kami dalam bulan Syaaban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan..."
Bersyukurlah kerana kita dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan. Banyak cahaya kebaikan bila diri berada di bulan Ramadhan. Sama2 kita ambik manafaat dari berbagai kebaikan di bulan ini. Majlis ilmu banyak di sana-sini dan malam2 banyak dipenuhi dengan jiwa yang berzikir.
Bila datang ke masjid ustaz syorkan agar kita bawak buku nota dan pen untuk catit berbagai manafaat yang dapat dari majlis ilmu Bukan sekadar mendengar tapi eloklah diambil catatan supaya kita tak mudah lupa. Sesungguhnya sebagai manusia biasa kita tak boleh nak ingat semua perkara. Mungkin boleh ingat sekejap, tetapi tak lama...apalagi banyak perkara yang ada dalam fikiran kita. Oleh itu, tegas ustaz, "ambil lah catatan untuk beroleh lebih kefahaman ilmu."
Ustaz memberi contoh para penghafal al-quran dan hadis yang begitu teliti dalam menjaga pemakanan mereka, tujuan untuk senang nak hafal dan mudah nak ingat. Sedangkan kita orang2 awam yang tidak kisah untuk makan bermacam2 jenis makanan *kari tak kari, tempoyak dll*, lagi lah tak berapa senang nak ingat lama2 apa yang didengar/pelajari....
********
Ustaz membacakan serta menghuraikan beberapa hadis yang berkaitan dengan kegembiraan kita bertemu Ramadhan termasuklah:
- Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana didorong oleh keimanan dan mengharapkan keridhaan Allah, maka diampunkanlah untuk dosa-dosanya yang terdahulu" (Muttafaq'alaih)
- Dari Abu Hurairah r.a pula bahawasanya Rasulallah SAW bersabda: "Apabila bulan Ramadhan telah datang, Maka dibukakan pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan." (Muttafaw'alaih)
- "Setiap amal perbuatan anak Adam - yakni manusia itu, yang berupa kebaikan akan dilipatgandakan pahalanya dengan sepuluh kalinya sehingga tujuhratus kali lipatnya." Allah Taala berfirman: "Melainkan puasa, kerana sesungguhnya puasa itu adalah untukku dan Aku akan memberikan balasannya. Orang yang berpuasa itu meninggalkan kesyahwatannya, juga makanannya semata-mata kerana ketaatannya pada perintahKu. Seseorang yang berpuasa itu mempunyai dua macam kegembiraan, sekali kegembiraan di waktu berbukanya dan sekali lagi kegembiraan di waktu menemui Tuhannya. Niscaya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi" (Riwayat Muslim)
Di akhir bicara, ustaz mengajak agar kita semua cuba semampunya buang mana2 sifat yang tidak baik yang bersarang selama ini. Bersihkan jiwa bersempena dengan Ramadhan bulan yang berkat ini, bersama2 kita kembali pada Allah Taala. Kalau dulu dan selama ini kita suka mengata orang, suka mengumpat, bercakap perkara yang sia-sia dsb maka perlahan2 sama2 kita cuba buang semua sifat mazmumah itu.....
Wallahu'alam.
Ustaz jugak pesan jangan main mercun atau bunga api kerana:
ReplyDelete1. Mambazir - bakar wang
2. Menganggu ketenteraman awam
3. Tak ada faedah.
Namun nak menegur dlm masyarakat kena berhemah, takut nanti org makin jauh bukan makin dekat pada sesuatu kebaikan.
Pa, Itu ler... elok juga elok sebut pasal main mercun tu... banyak yang tak baiknya mercun tu, kurang2 dapat sedarkan mana2 kita yang terlupa.
ReplyDeleteCara penyampaian ustaz berbeza2 kan pa... InsyaAllah kita ambik manafaat mana yang baik...