Tazkirah Ramadhan 2


Alhamdulillah, sama seperti malam pertama Solat Terawih, keadaan di masjid agak begitu sesak. Oh, ramai sungguh yang hadir...alhamdulillah.

Kali ini solat terawih 8 rakaat kami ikut di selangi di tengahnya dengan tazkirah yang kalau tak silap saya nama penceramah yang diperkenalkan oleh tuan pengerusi ialah Ustaz Shamsuddin dari Kuala Kubu Bharu.


Ustaz mengajak kami sama2 bermuhasabah diri. Tanya diri kita, sudah di tahap mana iman dan amal kita. Diperingatkan juga tentang perkara ibadah di mana ustaz tegaskan cara nak buat ibadah harus berpandukan pada:

  1. Al-Quran yang didatangkan oleh Allah SWT
  2. Sunnah Rasulallah SAW
kemudian selepas itu, barulah kita melihat kepada
  • atsar para sahabat radiallah
  • para tabi'i rahimullah
  • para ulamak yang muktabar
Wajib untuk kita semua menuntut ilmu dalam usaha cuba memahami apa yang dibaca/pelajari. Contoh, untuk nak faham 1 ayat al-quran, kena ada ulamak yang datang syarah, untuk nak faham satu hadis kena ada ulamak mensyarahkan berpandukan kitab. InsyaAllah baru kita akan dapat pemahaman yang betul dan tepat tentang isi Al-Quran dan hadis Nabi SAW.

Menuntut ilmu hendaklah disertakan dengan rasa tulus-ikhlas dan dilakukan semata-mata kerana Allah. Sesudah berilmu hendaklah mengerahkan diri untuk beramal dengan ilmu yang dituntut. Setelah itu bertindak menyampaikan/mengajarkannya pula kepada orang lain dengan tujuan mencari redha Allah Taala serta beroleh ganjaran pahala di hari akhirat nanti.



Wallahu'alam.



Firman Allah:


"Katakanlah: Tiada serupa orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan orang-orang yang tiada berilmu pengetahuan." (Az-Zumar:9)


8 comments:

  1. betul tu, jgn ikut membabi buta, menuntut ilmu adalah dituntut, hingga ke liand lahad

    ReplyDelete
  2. salam kakfzi...
    saye gi surau kat taman saya tu...minggu pertama ni mmg ramai sunggug...mintak2 sampai keakhir ramadhan mcm ni kan...

    ReplyDelete
  3. salam,

    selamat mengerjakan ibadah di bulan ramadhan kak :)

    tersangat la betul. tuntutan ilmu itu harus ada yg pakar mengajarnya. bukan ilmu agama saja, ilmu sekolah pun kalau takde guru susah nak paham..

    ReplyDelete
  4. salam ramadhan, kak fzi,
    apa khabar? sempena ramadhan ni, saya mohon maaf atas segala salah silap saya.
    malam pertama, saya gi masjid as salam. ramai orang kan? :)

    ReplyDelete
  5. Maksu, itu ler... pendek kata elok kena berguru... amalan mesti berlandaskan ilmu...

    ReplyDelete
  6. Wsalam ain...
    Harap2 camtu la kan ain...moga akan ramai sampai ke penghujung Ramadhan... sama2 kita hidupkan masjid/surau...

    ReplyDelete
  7. Wsalam lynn...
    Selamat berpuasa juga buat lynn...
    Benar... sesuatu ilmu takleh berdasarkan pemahaman sendiri hasil dari bacaan je, apa2 pun mesti refer tanya tok guru...

    ReplyDelete
  8. Wsalam nur...
    Selamat berpuasa kita... akak pun sama, sori kalu ada tersilap bahasa dekat nur k...
    Woahh round ya nur, akak takde round lagi...kami solat terawih kat masjid kuning je, suka... penceramah jemputan tukar2 tiap malam...

    ReplyDelete