Assalamualaikum wrt.... Ini posting pertama di tahun 2010. Pagi2 tadi berpeluang dengar tazkirah ustaz hj zahazan di radio Ikim. Dah agak lama saya miss program yang tiap pagi ke udara tu. Alangkah rugi.... tapi nak buat camana, kebetulan ada je urusan dunia yang tak membolehkan saya untuk duduk sekejap di-tepi radio.
Alhamdulillah, pagi ini Allah gerakkan hati untuk terus duduk mendengar walaupun sebelum tu dalam fikiran dah ada plan lain nak buat.
Kata2 ustaz buat saya termenung jauh. Ustaz tadi sebut pasal Solat malam. Ohhh tu satu lagi masalah saya. Hari tu konsisten la jugak dapat bangun malam. Sekarang kenapa la yang jadi payah nak sedar.... walaupun sebelum tidur dah niat nak bangun. Mungkin usaha saya tidak bersungguh-sungguh agaknya. Tak kunci jam pun untuk membantu....tu la pasal.... :/
Sempena tahun baru ini saya berazam untuk istiqamah bangun malam.
"Ya Allah sampai kan lah hajat ku ini. Bangunkan lah aku di sepertiga malam. Senaraikan lah aku di dalam senarai-Mu bagi orang2 yang dapat bangun untuk Solat Malam....aminnn"
Ustaz kata tadi, bangunlah walaupun hanya 10 minit sekurang-kurangnya untuk 2 rakaat solat malam. Kalau tak terbangun juga, sempat lagi nak solat walaupun masa tinggal 15 minit lagi sebelum masuk Suboh. Pokoknya kena usaha untuk realisasikan niat melalui perlaksanaan. Kena usaha untuk improve kan lagi kualiti amal supaya tidak lah hanya tetap berada di takuk lama saja.
"Ya Allah, ampuni lah aku yang mudah lupa ini, bantu lah aku ya Allah, kurniakan lah aku hidayah-Mu, muliakanlah aku di sisi-Mu, pandanglah aku dengan pandangan kasih-Mu... aminnn"
Semoga Allah juga ampunkan saya yg selalu lalai ini.
ReplyDeleteselalu jugak niat camtu... tapi masih x dapat tunaikan...
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteakak, alhamdulillah baca posting akak ni, terus saya juga pun berazam untuk istiqamah bangun malam..:) smg ALlah permudahkan urusan kita ameen..
Ain...
ReplyDeletememang fitrah semulajadi kita sebagai manusia... lemah dan selalu lalai. Sama2 kita cuba baiki kelemahan diri...aminn
10,
ReplyDeleteAkak pun camgitu lah... niat selalu ada dan selalu perbaharui...tapi bab tunaikannya, on and off..huuuuu
Wsalam ummufarhan...
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur lah... akak tumpang hepi kalu ada memana tulisan akak berbekas di hati kengkawan... moga kita sama2 dapat perbaiki hubungan kita dengan Allah...ameen
Just Do It !!
ReplyDeleteInsyaAllah pa...
ReplyDeleteSemoga kita menjadi hambaNYA yang sentiasa dirahmati.
ReplyDeletekak ani,
ReplyDeleteAlhamdulillah...moga semua kita dalam rahmat dan keampunan Allah..