Satu hujung minggu yang sarat dengan aktiviti kali ini. Setelah hari Sabtunya pegi kenduri, lain pula ceritanya dengan hari Ahad semalam.
Baru lepas cerah tanah, jam baru tunjuk pukul 7 pagi, keta kami sekali lagi meluncur bergerak ke kL. Fuhhh dua hari berturut-turut turun kL, baru sehari sebelumnya pegi Keramat, penat tak hilang lagi....semalam pegi lagi.... Bermakna masa santai kami untuk bergardening takde lah hujung minggu kali ni....habis la ,,,kena tunggu minggu depan baru papa dapat mesin rumput kat laman yang dah penuh dengan kemuncup tuh.... huuuuu
Kami hanya bertiga kali ini....saya, suami dan Shilah *kakak tak nak ikut sebab nak rehat, kerja masih dalam shif petang*
Tujuan keluar tu nak hantar Shilah ke Kem Motivasi sekerat hari di Masjid Muadz Bin Jabal di Setiawangsa. Kem tersebut sebenarnya program follow-up selepas Shilah terlibat dengan kem sebelum ini di Ulu Langat selama 4 hari 3 malam di awal2 cuti sekolah hari tu.
Tiba di masjid tepat2 pukul 8.00 pagi. Rupanya kami sampai agak awal dari orang lain. Seorang demi seorang peserta lain tiba lepas tu. Semua macam dah jadi geng Shilah.... yang tak kenal sebelum ni akhirnya jadi kawan *sekarang sentiasa berhubung via telefon/my-space* selepas melalui pengalaman bersama di Ulu Langat tempohari... alhamdulillah ....
Lepas tinggalkan Shilah dan kengkawan bawah kawalan tiga empat orang fasilitator, kami pun bergerak menuju ke pasar keramat. Singgah di Restoran Mak Wan dekat2 pasar tu untuk bersarapan. Best dapat makan Nasi Berlauk lauk ikan Aya dan Pulut Pagi....mmmm.....sedappp... Minum pula papa oder Teh Panas yang boleh tahan 'kow' rasanya .... :)
Lepas breakfast, kami ke Jalan TAR.....tujuan nak cari kain untuk uniform sekolah Shilah. Lagi berapa hari sekolah nak bukak, baru mula sibuk nak cari kain....heheh... Tapi InsyaAllah sempat siap uniform tu sebab dah siap2 janji dengan kak yam *sahabat merangkap tukang jahit kami* kena jugak ambik tempahan saya even bagi kain last minute.
Meronda2 lah kami kat Jalan TAR sampai pukul 12.30 tengahari. Sempat ke Sogo sekejap cuci2 mata tengok hand-bag yang cantik... :)
Dalam perjalanan balik ke masjid, singgah beli nasik kat gerai ayam kampung depan Stadium Merdeka. Tapow 4 bungkus dengan lauk ayam kampung, gulai kawah daging dan siput sedut. Jam 1 suku dah sampai kat Masjid Muadz Bin Jabal nak ambik Shilah. Alhamdulillah sampai2 kebetulan masuk waktu Zohor....
Jam 3.00 petang sampai balik rumah..... ohhh kesian tengok wajah papa yang nampak penat, takde rehat weekend kali ni.... :D
Duduk tak lama kat rumah, keluar lagi hantar kakak masuk kerja di kedai buku jam 4.00 petang. Dalam pada tu, kami ambik peluang singgah ziarah sekejap ke rumah encik Wan *kawan papa* yang baru kematian isteri *petang Sabtu* disebabkan derita barah. Luangkan masa hampir setengah jam, fokus dengar cerita en Wan perihal saat2 akhir sebelum kak zah meninggal. Innalillah.... Kami doakan agar en Wan sekeluarga tabah menempuh ujian ini dan moga Allah tempatkan roh arwah kak zah beserta dengan kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh... aminn
bestnya pergi kem motivasi. saya tercari2 activity begini utk anak2 kat jb ni. asik miss aje.huhu
ReplyDeletebz nya kak...tp xpe sntiasa di sisi hubby kan..he he
ReplyDeleteWeekend yg penuh dgn aktiviti sosial dan anak2:
ReplyDelete1. Mesyuarat pembinaan masjid
2. Penuhi dua jemputan kenduri
3. Hantar & ambik kakak kerja
4. Hantar shilah program SSQ
5. Persiapan sekolah shilah
6. Ziarah kawan yg kematian isteri.
Maka bersyukurlah nikmat waktu lapang sebelum sibuk. Semoga ada kelapangan dlm kesibukan.
Ain...
ReplyDeletebetul tu ain, cuti2 sekolah elok intai2 kalu ada aktiviti cang-canggini untuk anak2...manafaatkan masa cuti dari berlalu macam tu je...
e-na....
ReplyDeletememang bz habis dua hari weekend...hehe.... penat... pagi tadi akak sambung terlelap sejam dua... :)
Pa...
ReplyDeletebetul..moga ada lapang dalam sibuk... :)
Salam k.fzi..
ReplyDeletealhamdulillah..dalam kesibukan pun masih boleh see each other around kan.
Berbeza dgn sue dan anak anak,kdg2 tu bila hubby sibuk sampai ke hujung minggu duk outstation je, tak byk program yg dpt dilakukan bersama ank2..
Sbb tu bila si Abah is around, kami tak kisah la kalau dia masih kena ngadap lap top je even kat rumah..asalkan visible, safe and sound..
`ala kulli haal..alhamdulillah.
Wsalam sue...
ReplyDeleteAkak penah rasa situasi camtu masa anak2 kecik dulu sue... memang rasa payah bila kekadang tu terpaksa uruskan anak2 seorang diri...sabar ya sue...permulaan sabar adalah pahit tapi InsyaAllah akan manis akhirnya... akan tiba satu masa kelibat suami selalu ada bila dah terlepas waktu sibuk tu...
salam... lama sungguh x berkunjung ke sini... padat jugak aktiviti kak fzi ye...
ReplyDeleteWsalam 10...
ReplyDeletehehe...dekat2 nak bukak skolah ari tu memang penuh je aktiviti 10..
Alhamdulillah ari ni 4 Jan 2010, Shilah dah selamat ke sekolah ngan uniform baru yang siap petang semalam... :)