Pergi Tak Kembali


Hujung minggu lepas saya agak berlari2 di jalanan bermula jam 11 pagi bertolak dari rumah. Kiranya hari tu off le kejap production cookies di dapur. Bila tengok date di buku2 yang dipinjam tempohari dah expired *terlewat sehari*, kena pegi jugak library untuk renew date sekali dengan pinjam buku baru. Shilah pula sibuk nak ikut, nak pegi pilih novel2 terbaru.

Janji dengan kakak 12.45, jadi adalah masa duk belek buku lama sikit kat library tuh... campur masa borak2 dengan mona and the gang, tup-tup dah 12.40 tengahari. Terus memecut nak ambil kakak di Samt pula.

Nak cerita, dalam perjalanan balik tu, saya dah cakap siap2 kat anak2 nak singgah ziarah rumah kak maya, salah seorang sahabat merangkap kakak angkat pada saya. Dua-dua setuju... lagipun shilah nak masuk sekolah lambat lagi. Hari Jumaat biasanya 2.30 baru mula sesi petang.

Sesampai rumah kak maya, kena tunggu dalam 5 minit sebab call2 kak maya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah. Sebenarnya kak maya baru saja kehilangan suami yang di kasihi. Pergi yang tak kembali. Innalillah hi wa inna ilai hira jiunnn....


Sedih takkala jumpa kak maya... Jelas tergambar duka di wajahnya semasa menceritakan detik2 terakhir hayat arwah suami. Tergenang air di mata kak maya. Saya dan anak2 hanya mampu mendengar sambil sesekali mengangguk-angguk memberi tindak-balas.

Sabarlah kak maya... setiap yang hidup pasti akan pergi. Suami kak maya salah seorang insan yang terpilih oleh-Nya pergi di hari baik bulan baik ini...Bulan Ramadhan bulan berkat. Bulan rahmat dan bulan yang utama. Moga roh arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh...aminnn...

5 comments:

  1. Tiada yg perlu ditangisi lagi. Setiap kita akan mati. Cuma tak tau bila. Sedekahkan pahala bacaan surah2 Al Qur'an (tak semestinya surah Al Fatihah sahaja) kepada arwah. InsyaAllah itu sangat berharga sebagai harta bekalan di alam barzakh.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbrt :)

    Al-Fatihah...

    Kepada Allah kita datang dan kepadaNYA jugalah kita kembali...

    Assalamualaikum Kak Fzi... Masak menu apa hari nie.. Mesti sedapkan...

    Selamat Menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang :)

    ReplyDelete
  3. kakak n papa...
    Berat mata memandang berat lagi bahu memikul... mama dapat rasa camane kak maya rasa...moga kak maya tabah hadapi dugaan..

    ReplyDelete
  4. Wsalam...
    Timakasih sofia... itu la...kita sendiri pula tak tahu bila tibanya masa akan dipanggil pulang...wallahu'alam.

    Akak masak yang simple2 je...now duk struggle kat dapur nak siapkan cookies..heheh...

    ReplyDelete