Mencari Lailatul-Qadar

Ada dialog antara 2 orang kawan:

Lelaki A: Malam Lailatul-Qadar tu jatuh pada 10 malam terakhir kan?


Lelaki B: Hah iya lah... 10 malam terakhir tu kita lebih2kan beramal, banyak duduk kat masjid lagi lah elok...

Lelaki A: Dalam 10 malam terakhir tuh, malam yang mana agak2 jatuhnya malam Lailatul-Qadar tu?


Lelaki B: Yang aku taulah... ianya jatuh pada malam2 ganjil kalu tak silap...


Lelaki A: Ohhh camtu.... agak2 malam ganjil yang mana ya...


Lelaki B: Boleh jadi jugak pada 27 Ramadhan...


Lelaki A: Ooooo..... waktu mana paling afdal kita nak beribadat pada malam 27 tuh?


Lelaki B:
Mmmm.... waktu paling baik nya biasalah... time lepas tengahmalam lah kot...dalam pukul 2 - 5 pagi gitu....

Lelaki A: Errr.... dalam 2 - 5 pagi tu, waktu mana agak2 kau paling afdal?



******


H
ahaha.... semua jemaah tergelak dengar sedutan dialog tersebut dalam slot tazkirah yang disampaikan ustaz malam tadi...

...ishk
...tengok tuh, berkiranya kita dalam nak beribadat pada Allah... nak cari masa yang betul2 tepat, nak tunggu masa yang betul2 ngam pulak dalam mencari Lailatul-Qadar nih... alahai...


Lailatul-Qadar itu adalah malam yang hikmahnya lebih baik dari seribu bulan...kalau kita congak2 seribu bulan tu kiranya lebih-kurang 84 tahun lah.... Ohh....jom kita sama2 mencari malam tersebut, kita hidupkan malam dengan bersungguh-sungguh, beribadat sambil mengharapkan keredhaan semata2 kerana Allah Taala...
aminn


Dari Aishah r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

"Carilah lailatul-Qadar itu dalam malam ganjil dari sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan -yakni malam ke 21, 23, 25, 27 dan 29." (Riwayat Bukhari)



8 comments:

  1. Bukan mudah dapat benda mahal. Kena usaha kuat dan ikhlas. Ustaz pesan hidupkan malam dgn beramal sungguh2 termasuk solat sunat, zikrullah, doa, taubat, ngaji Qur'an di 10 mlm terakhir terutamanya malam2 ganjil itu, insyaAllah jumpalah Lailatul Qadar.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbrt :)

    Makin cantik page akak nie... Penuh ngan keindahan semulajadi... Seronok baca sumber ilmiah dalam blog akak nie... Keep in touch ok...

    Salam ramadhan... Semoga bertambah keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t :)

    ReplyDelete
  3. kita terai ya pa... moga kita tergolong di kalangan mereka yang bertuah dapat jumpa Lailatul Qadar..aminn

    ReplyDelete
  4. Wsalam sofia...
    Tqvm...hehe...
    harap2 sofia tak jemu baca... dan moga ada yang boleh di ambil manafaat..

    Selamat berpuasa k sofia...jom pakat2 terawih kita malam ni... :)

    ReplyDelete
  5. Sesuatu yang baik bila kita memilikinya kita akan menjaga dia betul-betul.

    Semoga kita sama-sama mengerja pahala dan keberkatan di bulan barkat ini.

    ReplyDelete
  6. Timakasih kak ani...
    betul tu, sesuatu yang baik jangan biar terlepas dari kita..
    InsyaAllah sama2 kita mohon keberkatan..
    Selamat berbuka puasa petang nanti kak ani :D

    ReplyDelete
  7. salam k.fzi..lama sue off line.internet 'sakit'..alhamdulillah ptg kmarin baru ok.

    selamat menghayati kemuliaan Ramadhan thn ni, setiap detik yg berlalu amat berharga, kita tak tahu kalau2 kita masih berpeluang atau tak utk menyambut Ramadhan thn dpn..

    gi maghi ..gi maghi..dah masuk fasa ke dua pun..MasyaAllah, cepatnya masa berlalu..

    ReplyDelete
  8. Wsalam sue...
    Tu la lama kita tak berbalas komen..hehe

    Selamat menjalani ibadah puasa juga buat sue sekeluarga. Jom kita meriahkan malam di bulan Ramadhan ini dengan lebihkan baca quran dan solat malam..kan sue...InsyaAllah pahala digandakan dan doa diterima oleh Allah Taala...aminn
    Thx sue... selamat berbuka :)

    ReplyDelete