Sempena Tahun Baru 1432 H, jom kita lebihkan usaha menghafal surah-surah lazim dalam Juz Amma. Bila jarang dibawa dalam solat, kenkadang ada yang kita masih tersekat2 bacaan dan tertukar2 tempat. Jom perbaharui tekad untuk hafal Juz Amma...moga dipermudahkan jalan oleh Allah SWT... aminn
Surah Az-Zalzalah
Surah Az-Zalzalah adalah surat ke-99 dalam Al-Quran. Surat ini terdiri atas 8 ayat dan tergolong pada surat Madaniyah. Nama Az-Zalzalah diambil dari kata Zilzaal yang berarti 'goncangan' dan terdapat pada ayat pertama surat ini.
[1]
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
[2]
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
[3]
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”
[4]
Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
[5]
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
[6]
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
[7]
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
[8]
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

No comments:
Post a Comment